Alhamdulillah..Akif Masih Setia Bawa Bekal Ke Sekolah

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Alhamdulillah minggu persekolahan telah masuk ke minggu kedua.Sejak minggu pertama hingga ke hari ini Lya sediakan bekal dari rumah untuk Akif.Lya doakan agar Akif akan terus setia bawa bekal ke sekolah hingga akhir musim persekolahan.

Kakak Insyirah dengan Abang Iman tak suka bawa bekal makanan.Mula mula jer excited bawa bekal pastu dah malas nak bawa.Al maklum la dah besar dan reti berbelanja sendiri.Cuma bawa bekal air kosong je sebab Lya tak benarkan anak anak beli air di kantin sekolah.Boleh beli air kotak sahaja jika kehabisan air bekalan yang mereka bawa.

Alhamdulillah..Akif Masih Setia Bawa Bekal Ke Sekolah

Berbalik pada cerita Akif...Sebab utama Lya bekalkan Akif bekal ke sekolah pada awalnya kerana tangan Akif yang belum pulih sepenuhnya akibat terkehel pada musim cuti sekolah baru baru ini.Jadi Lya tak nak Akif berebut rebut di kantin untuk beli makanan waktu rehat dalam keadaan tangan yang sakit takut tertolak sesama rakan rakan dan boleh membahayakan tangan yang baru saja beransur pulih.Bila dah bawa bekal Akif tak perlu lagi berasak asak beratur ketika membeli makanan.

Dek kerana selalu bawa bekal hari hari hingga ke hari ini..tabiat Akif untuk bawa bekal ke sekolah dah jadi satu amalan baik untuk dia.Tak perlu tanya letak je bekal kat dalam beg memang dia bawa.Tapi hari hari Akif akan tanya la esok nak bawa bekal apa,esoknya bekal apa..esoknya lagi bekal apa..hari hari la duk bertanya bab bab bekal ke sekolah ni.Jenuh juga Umi nak cerita satu satu apa yang bakal Umi masak untuk hari hari seterusnya.

Bawa bekal juga dapat menggalakkan pengambilan makanan berkhasiat dan terjamin kebersihannya kerana makanan yang Akif bawa disediakan oleh Umi di rumah.InsyaAllah tak sakit perut sebab makan makanan yang Umi masak..Ya kan sayang !!!! Umi masak sedap kan kan kan ..

Bila dah selalu bawa bekal ke sekolah,
dapat juga berjimat.Ya la kan sekarang ni harga makanan di kantin sekolah agak mahal dan kuantiti juga sedikit.Dengan bawa bekal dapatlah anak Umi berjimat cermat..Satu alternatif mudah untuk ajar Akif cara berjimat cermat.Bila dah ada bekal tak perlu lagi membeli di kantin.Wang saku yang ada Akif boleh masukkan ke tabung.Alhamdulillah boleh menabung dengan senang hati.Cukup tahun Akif dah boleh beli kereta..Kikikiki acah acah Umi jer tu.Ok la Umi doakan Akif akan terus berusaha untuk bawa bekal ke sekolah..Go go go Akif !!


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. alahai...comellnya bekal dia...hihihhi

    BalasPadam
  2. Comel je ble bdk laki bwk bekal..hehe..anak ummul pun ummul galakan bwk bekal.smbil ajar ank berjimat dan menabung..kn kak lya..hehe

    BalasPadam
  3. suka bila anak2 bawa bekal. tetapi selalu missed sebab kelam kabut dengan urusan lain huhuhu

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.