❤ Soalan Latih Tubi Tatabahasa UPSR Bersama Insyirah ❤

November 26, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Entri ini adalah entri sambungan untuk pembelajaran Insyirah petang tadi.Syukur alhamdulillah banyak soalan yang telah berjaya dijawap oleh Insyirah.Semoga dipermudahkan untuk menjawap semua soalan yang Umi muat turun dari lama Scribd.Ok laa tak nak cerita panjang panjang,Lya sertakan sekali soalan yang telah berjaya Insyirah jawap petang tadi.Jom ler kita sama sama belajar.Semoga entri ini bermanfaat buat semua..

KATA GANTI NAMA TANYA


KETERANGAN:Kata ganti nama Tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat.Kata ganti nama Tanya digunakan untuk menanyakan manusia,binatang,benda dan tempat.Contoh : apa, mana dan siapa.

LATIHAN KATA GANTI NAMA TANYA

Pilih ayat yang menggunakan kata ganti nama pertanyaan yang betul.

1. “ Boleh saya tahu, yang datang semalam itu _______ ? ” tanya Rizal kepada Suzi.
A bila
B siapa
C apa
D mana

2. “ Tolong buka beg , saya nak tengok _______ yang ada di dalamnya,”Kata Cikgu Ani kepada Ayu.
A bila
B siapa
C apa
D berapa

3. “________ Pak Adib dan isterinya akan berangkat ke Mekah ? ” tanya Haji Sudin kepada isterinya.
A Bilakah
B Di manakah
C Siapakah
D Bagaimanakah

4. ________ kamu tidak datang ke kelas tambahan semalam ?
A Bagaimanakah
B Berapakah
C Mengapakah
D Bilakah

5. ________ harga sekilogram buah duku ini ?
A Di manakah
B Bilakah
C Berapakah
D Adakah

6. Selamat pagi, ________pesanan cik ?
A bilakah
B apakah
C adakah
D di manakah

7. _______ kamu akan bertolak ke London ?
A Bilakah
B Siapakah
C Berapakah
D Di manakah


8. _______ caranya kamu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ?
A Bilakah
B Berapakah
C Siapakah
D Bagaimanakah

9. Bilangan pelajar yang dipilih menyertai pertandingan lukisan itu ______?
A bila
B siapa
C apa
D berapa

10. Tuan punya kereta berwarna putih itu ______ ?
A siapa
B apa
C mana
D berapa

11. Harga buku yang kamu beli itu _____ ?
A mana
B kenapa
C berapa
D bagaimana

12. Beg yang kamu beli itu untuk ______?
A berapa
B siapa
C mana
D apa

13. “______ lagi yang tidak kena ,Amin ?”tanya ibu.
A Apa
B siapa
C Bila
D Mengapa

14. Pada hari ______kah kamu akan pulang ke Negeri Sembilan?
A bila
B apa
C mana
D berapa

15. Yang ______kah baju yang sesuai dipakai untuk majlis di istana nanti?
A bagaimana
B siapa
C mana
D apa

16. Cara untuk menenun kain songket _____?
A bagaimana
B berapa
C mengapa
D siapa

17. Lelaki yang datang ke rumah kamu semalam _____?
A apa
B siapa
C mana
D mengapa

18. Perasmi sukan tahunan sekolah kamu _____?
A berapa
B apa
C siapa
D bila

19. Yang duduk di hadapan guru besar itu _____?
A apa
B bila
C berapa
D siapa

20. Adik-beradik awak _____ orang?
A apa
B siapa
C berapa
D bagaimana

KATA GANTI NAMA TEMPAT DAN TAJUK 


Kata Ganti Nama Tempat
Digunakan untuk mengganti nama tempat.Terdapat tiga jenis kata ganti nama tempat iaitu:
Sana – tempat yang jauh dan tidak kelihatan.
Sini – tempat yang dekat
Situ – tempat yang agak jauh tetapi tidak sejauh sana dan tempat ini masih kelihatan.

Kata Ganti Nama Tunjuk 
Digunakan untuk menunjukkan manusia,haiwan,benda dan tempat.Terdapat dua jenis kata ganti nama tunjuk iaitu:
Ini – menunjukkan sesuatu yang dekat.
Itu – menunjukkan sesuatu yang jauh.

LATIHAN KATA GANTI NAMA TEMPAT DAN TUNJUK

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. “ Mesin basuh yang baru tiba itu ___________?” tanya Fatin kepada jurujual itu.
A mana
B ini
C apa
D siapa

2. Peristiwa ______________ masih segar dalam ingatan Pak Abu.
A ini
B sini
C itu
D situ

3. Ulang tahun kemerdekaan Negara kita pada kali _____________ jatuh pada hari Jumaat.
A itu
B sana
C ini
D sini

4. Suria tidak ke _______________ sepanjang cuti persekolahan yang lalu.
A apa – apa
B mana – mana
C bila – bila
D siapa – siapa

5. “Wakil rakyat itu akan datang ke _______________ sebentar lagi,” kata ketua kampung kepada pemuda di sebelahnya.
A sana
B sini
C ini
D itu

6. Para tetamu diminta duduk di ________________ tempat yang masih kosong.
A mana – mana
B apa – apa
C mana
D sesiapa

7. Letakkan meja dan kerusi rosak ini di _____________ bilik yang mempunyai ruang,” kata gurudisiplin kepada murid – murid.
A mana – mana
B siapa – siapa
C bila – bila
D apa – apa

8. “Di ___________kah letaknya masjid Putrajaya?’ tanya Encik Adam kepada lelaki itu.
A mana
B berapa
C apa
D siapa

9. “Awak berasal dari ______________?” tanya Umar kepada jiran barunya.
A apa
B mana
C siapa
D bia

10. Jika tiada ______________ pertanyaan tentang kertas soalan, mulalah menjawab soalan itu.
A mana – mana
A bila – bila
C apa – apa
D siapa – siapa

11. Puisi _____________ saya tujukan untuk ibu tersayang yang telah pergi buat selama – lamanya,”kata Mira.
A sini
B itu
C sana
D ini

12. Kedai hiasan dalaman di seberang jalan ____________ dihias sangat cantik.
A itu
B sana
C ini
D begitu

13. Di _____________lah berlakunya kemalangan ngeri yang menyebabkan semua penumpangnyameninggal dunia.
A ini
B sini
C begitu
D begini

14. Perbuatan pemuda itu mencuri barang – barang surau akan menimbulkan kemarahan penduduk di _____________.
A ini
B begitu
C situ
D demikian

15. Jika ada _____________ perkara yang tidak diingini, sila maklumkan segera kepada pihak polis.
A apa – apa
B bila – bila
C mana – mana
D siapa - siapa

16. Ketuhar ________________ lah yang dimenangi oleh Mak Teh secara percuma semasa acaracabutan nombor bertuah yang diadakan di Pasar Raya Mutiara.
A situ
B ini
C sini
D itu

17. Pilih ________________ kasut yang padan warnanya dengan baju kebaya itu.
A siapa - siapa
B bila – bila
C mana – mana
D apa – apa

18. ________________ lah nasib yang dialami oleh Lebai Malang itu.
A begini
B situ
C begitu
D sini

19. ________________ sajalah buah tangan yang dapat saya berikan kepada kamu.
A ini
B sana
C itu
D sini

20. Kita perlu berusaha gigih, rezeki ada di ______________ .
A bila – bila
B siapa – siapa
C apa – apa
D mana – mana

KATA GANTI NAMA TAK TENTU 


KETERANGAN:Kata ganti nama tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu atauseseorang secara tidak tentu.Contoh : apa-apa, mana-mana, masing-masing,seseorang,sesuatu dan siapa-siapa atau sesiapa.

LATIHAN KATA GANTI NAMA TAK TENTU

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1._________ yang berminat mengambil bahagian dalam perlawanan itu, dikehendaki membuat pendaftaran.
A Apa-apa
B Siapa-siapa
C Bila-bila
D Mana-mana

2.“Serahkan _________ yang ada di dalam beg itu kepada aku!” kata perompak itu kepada Mak Munah.
A mana-mana
B siapa-siapa
C apa-apa
D bila-bila

3.Salim tidak menjamah _________ makanan pun hari ini.
A apa-apa
B siapa-siapa
C mana-mana
D bila-bila

4.Entah _________ lagi kami sekeluarga akan dapat pulang ke kampung.
A mana-mana
B apa-apa
C bila-bila
D siapa-siapa

5.Emak melarang adik ke __________ semasa beliau membayar harga makanan di kaunter.
A mana-mana
B siapa-siapa
C bila-bila
D apa-apa


6.__________ yang kehilangan jam tangan, sila berjumpa dengan saya.
A Mana-mana
B Siapa-siapa
C Bila-bila
D Apa-apa

7. Antara baju-baju ini pilihlah __________ yang adik berkenan.
A apa-apa
B siapa-siapa
C bila-bila
D mana-mana

8.Adakah __________ berita tentang keadaan ekonomi negara kita?
A bila-bila
B mana-mana
C apa-apa
D siapa-siapa

9.Pesanlah __________ makanan yang awak hendak.
A mana-mana
B siapa-siapa
C apa-apa
D bila-bila

10. Hasnah tidak suka __________ pun bertanyakan masalahnya.
A bila-bila
B siapa-siapa
C mana-mana
D apa-apa

11. Kami akan tiba __________ masa sahaja.
A bila-bila
B siapa-siapa
C mana-mana
D apa-apa

12. _________ barang yang berharga eloklah diselamatkan dahulu.
A Apa-apa
B Mana-mana
C Bila-bila
D Siapa-siapa

13. Tiada _________ dibenarkan masuk ke dalam bilik itu kecuali kakitangan yang berkenaan.
A apa-apa
B mana-mana
C sesiapa
D bila bila

14. “Pilihlah _________ kuih yang adik suka,” kata Puan Rokian kepadaanak bongsunya.
A mana-mana
B siapa-siapa
C apa-apa
D bila-bila


15. __________ pun pandangan kita tentang vandalisme, fenomena ini wajar dibanteras.
A Mana-mana
B Sesiapa
C Apa-apa
D Bila-bila

16. __________ yang tidak mengikut arahan akan dikenakan tindakan.
A Siapa-siapa
B Bila-bila
C Apa-apa
D Mana-mana

17.__________ yang tidak faham, tolong angkat tangan.
A Siapa-siapa
B Bila-bila
C Mana-mana
D Apa-apa

18. Kamu tidak dibenarkan menulis __________ sehingga dibenarkan berbuat demikian.
A apa-apa
B bila-bila
C mana-mana
D siapa-siapa

19. Duduklah di __________ yang kamu suka kerana tempat duduk ini tidak bernombor.
A apa-apa
B mana-mana
C bila-bila
D siapa-siapa

20. Tidak ada __________ lagi yang boleh kamu buat kerana semua kerja telah disiapkan.
A mana-mana
B bila-bila
C siapa-siapa
D apa-apa

KATA KERJA


KETERANGAN:Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.Kata kerja terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
i. Kata Kerja Transitif – menebas, menyidai, menulis
ii. Kata Kerja Tak Transitif – bangun, lihat, lulus
iii. Kata Kera Pasif – ditebas disidai ditulis

LATIHAN KATA KERJA 

1.Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang berat itu di muara sungai.
A menghulurkan
B meletakkan
C melontarkan
D melabuhkan

2.Kakak ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung dalam hujan yang lebat itu.
A mencapai
B menggarap
C menduduki
D merangkul

3.Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Ledang telah _________ di kawasan hutan tebaldi kaki bukit.
A terjumpa
B berjumpa
C dijumpai
D menjumpai

4.Pihak polis telah berjaya ________ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
A menumbangkan
B menewaskan
C menundukkan
D menumpaskan

5.Hakisan tanah dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan.
A penghapusan
B penerokaan
C pembersihan
D pembasmian

6.Pak Cik Amit ________ batang kayu itu untuk dijadikan tiang rumahnya.
A mengikis
B meraut
C menarah
D mengupas

Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.

7. A Ali suka membaca buku.
B Dia pancing ikan di sungai.
C Ahmad tendang bola itu.
D Farid dan Ahmad baca cerita di perpustakaan.

8.A Adik saya suka menangis.
B Air sungai itu mengalir deras.
C Ahli perniagaan itu dan keluarganya melancong ke Turki.
D Puan Jamilah seorang guru yang rajin dan berdedikasi.

Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul .

9. A Pak Mat sedang membelah kayu.
B Ruzila sedang memasak kuih.
C Noraini sedang makan buah rambutan.
D Datuk sedang tidur dengan nyenyak.

10. A Jangan melompat.
B Dia lompat jauh.
C Dia senyum kepada saya.
D Ani bersalam dengan saya.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

11. Anjing liar itu ________ seketul tulang.
A mengepit
B menjamah
C mengonggong
D memakan

12. Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.
A ditipu
B ditegur 
C disapa
D dikunjungi

13. Dagu atuk luka terkena pisau semasa dia ________ janggutnya.
A mencabut
B memotong
C mencukur
D menggunting

14. Aina dan keluarganya sering ________ nenek tua yang tinggal keseorangan di teratak buruk itu.
A melancong
B menziarahi
C mendatangi
D menemui

15. Beberapa orang pekerja wanita di restoran menjual sate ________ daging pada lidi sebelum membakarnya.
A meraut
B memasuk 
C menjolok
D mencucuk 

16. Puan Syarifah seorang deklamator yang tersohor dan sering diundang untuk ________ puisinya.
A menyanyikan
B mengalunkan
C mempamerkan
D mendendangkan

17. Piala kejohanan pertandingan hoki itu ________ oleh para pemain Sekolah Kebangsaan Kampung Aman.
A diangkat
B dipegang
C disambut
D dijulang

18. Sekawan anak itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.
A menyudu
B menyodok 
C meminum
D mencedok 

19. Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat melanggar seekor gajah.
A tergelincir 
B terbabas
C tersangkut
D tersangkut

20. Mak Cik Minah asyik ________ tikar mengkuang di bawah pokok di tepi pondoknya.
A menenun
B menyirat
C menganyam
D menyulam

Ok dah siap..Terima kasih sudi baca..Jumpa lain kali di entri yang lain pula.Selamat malam sahabat..Esok kita jumpa lagi !!


   






   




Artikel Menarik yang Lain

1 sang pencerita

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.