Latih Tubi Tatabahasa UPSR Bersama Insyirah

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Sedar tak sedar dah masuk waktu petang.Hari ni sempat luangkan masa untuk Insyirah siapkan latih tubi Tatabahasa UPSR.Alhamdulillah hari ni dapat belajar dan buat latihan untuk Kata Nama Am,Kata Nama Khas,Kata Ganti Nama Diri,Kata Ganti Nama Tanya,Kata Ganti Nama Tempat dan Tunjuk,Kata Ganti Nama Tak Tentu,Kata Kerja,Kata Adjektif,Kata Sendi Nama, Kata Hubung,Kata Tanya,Kata Seru,Kata Bantu,Kata Nafi,Kata Penegas,Kata Pemeri,Kata Penguat,Kata Bilangan,Kata Perintah,Ayat Aktif Ayat Pasif,Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah,Imbuhan,Tanda Baca,Penanda Wacana,Penjodoh Bilangan,Peribahasa,Sinonim,Antonim,Kata Banyak Makna,Imbuhan,Kata Majmuk,Kata Ganda dan Bandingan Semacam..Fuh banyak no pelajaran hari ni..Umi pon dah penat sangat ni..Tapi dalam duk penat tu Lya sempat sediakan satu entri untuk pembelajaran Insyirah hari ini.Jom selusuri Kata Nama Am,Kata Nama Khas dan Kata Nama Diri untuk entri kali ni.Nanti ada masa Lya cuba sediakan untuk tajuk lain yang dah dilaksanakan Insyirah.Tunggu entri Lya ya !! Terima Kasih sudi baca entri Lya..

Latih Tubi Tatabahasa UPSR 


KATA NAMA AM 


KETERANGAN:Kata Nama Am ialah kata yang menamakan manusia,haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda, tempat dan sebagainya secara am atau umumKata Nama Am boleh terbina daripada kata dasar atau pun kata terbitan.Kata nama dasar ialah kata nama yang tidak mengalami proses pengimbuhan.
Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil akibat proses pengimbuhan pada sesuatu kata dasar.

LATIHAN KATA NAMA AM

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1.__________ yang terletak di hujung kampung mengeluarkan hasil yang lumayan.
A.Kebun
B.Pokok
C.Buah  
D.Tumbuhan

2.Mak Lijah mengikat sebilah __________ pada galah itu untuk mengait jantung pisang.
A.tajak
B.parang
C.gunting
D.pisau

3.Kerja sebagai seorang anggota __________ adalah untuk menangkap dan membawa penjenayahke muka pengadilan.
A. tentera
B. rela
C. polis
D. kastam


4._________ handalan itu telah memecahkan rekod acara 100 meter yang bertahan selama lima tahun.
A.Orang
B.Atlet
C.Pasukan
D.Pemain


5.Kawasan itu akan dimajukan sebagai kawasan __________ yang baharu tidak lama lagi.
A. perumah
B. perumahan
C. rumah
D. berumah

6.Seorang __________ ternama sedang bermain golf sambil berbincang urusan jual beli dengan rakan-rakannya.
A. pekerja
B. pegawai
C. peniaga 
D. usahawan

7.Bapa saya pernah menjadi __________ sekolah di kampung ini.
A. ketuaan
B. mengetua
C.ketua
D. pengetua

8.Banyak _________ gemar melawat tempat-tempat menarik di negara ini.
A. pelancung
B. pelancong
C. pendatang
D. pelawat

9.Para pelajar sedang sibuk menghias __________ sekolah kerana majlis anugerah kecemerlanganakan diadakan lusa.
A. taman
B. kantin
C. dewan
D. kedai

10. Pada zaman dahulu,banyak _________ datang ke Melaka untuk urusan perniagaan.
A. pengurus
B. penjual
C. penjaja
D. pedagang

11. __________ yang dibonceng oleh abang tersadai di tepi jalan kerana kerosakan enjin.
A. Bas
B. Basikal
C. Kereta
D. Motosikal

12. Pemuda buta itu pandai mengayam _________ daripada buluh.
A. tikar
B. kotak 
C. bakul
D. bekas

13. Abang baru membeli sebuah __________ berjenama Sony.
A. jam
B. radio
C. komputer
D. gitar 

14. Saya dan Samy belajar di _________ yang sama sejak dari tahun satu hingga kini.
A.dewan
B.tadika
C. sekolah
D. bala

15. Adik saya menyertai pertandingan menulis __________ bagi kategori murid tujuh hingga sembilan tahun.
A. cerpen
B. skrip
C. cerita
D. novel

16. __________ itu diminati kerana kelunakan suaranya apabila beliau mendendangkan lagu.
A.Penari
B. Penyair 
C. Penyajak
D Penyanyi

17. Anggota rukun tetangga bertugas untuk menjaga __________ saya pada setiap malam.
A.pekan
B. kampung
C. negeri
D. negara

18. Di dalam tin kosong itu terdapat banyak __________ kerana air bertakung.
A.jejentik
B. lelabah
C. riang-riang
D. umang-umang

19. Saya telah mengirim sepucuk __________ kepadanya untuk bertanya khabar.
A. kad
B. nota
C.kertas
D. surat

KATA NAMA KHAS 


KETERANGAN:Kata Nama Khas ialah kata yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.


LATIHAN KATA NAMA KHAS


Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.


1. Pemenang program realiti TV 10 telah menerima sebuah kereta ________ .
A.Sony
B.Gen 2
C.Nokia
D.Del

2. Kes pembunuhan berprofil tinggi itu telah diketuai oleh ________ .
A.Mejar Amran
B. Inspektor Haris
C. Hakim Saljit Singh
D. Peguam Bala


3. Jam tangan berjenama ________ telah dihadiahi oleh Datuk Kamal kepada kepada anak kesayangannya.
A.Pilot
B. Darlie
C. Rolex
D Satria


4. Pada hari minggu ayah membawa kami ke ________ untuk membeli belah.
A. Pasar Raya Tesco
B. Hotel Perdana
C. Stesen KLIA
D. Bangunan Petronas


5. Khazanah purba negara banyak tersimpan di ________ .
A.Masjid Negara
B. Taman Negara
C. Zoo Negara
D.Muzium Negara


6. Murid-murid menghadiahi guru-guru mereka pelbagai hadiah sempena sambutan ________ peringkat sekolah setiap tahun.
A.Hari Ibu
B. Hari Guru
C. Hari Bapa
D.Hari Pekerja


7. Tunku Abdul Rahman telah dianugerahi gelaran ________ .
A.Bapa Keamanan
B. Bapa Pemodenan
C. Bapa Kemerdekaan
D. Bapa Perpaduan


8. Negeri ________ juga dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi Malaysia.
A. Joho
B. Kelantan
C. Pahang
D. Kedah


9. Orang ramai telah berkunjung ke ________ untuk melihat gerhana matahari yang berlaku baru- baru ini.
A.Bangunan KLCC
B. Planetarium Negara
C. Menara Kuala Lumpur
D. Pusat Dagangan Dunia


10. Ramai pembesar negara hadir ke ________ untuk meraikan istiadat pertabalan Yang DipertuanAgung.
A. Istana Negeri
B. Dewan Merdeka
C. Istana Negara
D. Bangunan Parlimen


11. Hukuman gantung sampai mati telah dijatuhi oleh ________ kepada pengedar dadah itu.
A. Peguam Kamal
B. Perdana Menteri
C. Ketua Polis
D. Hakim Gopal Singam


12. Pameran Pertunjukkan Akrobatik Maritim Antarabangsa ( LIMA ) telah diadakan di ________.
A. Pulau Pinang
B. Pulau Pangkor
C. Pulau Langkawi
D. Pulau Redang

13. Pesakit yang malang itu merayu orang ramai untuk mendapatkan derma bagi menjalani rawatandi ________ .
A. Institut Aminuddin Baki
B. Institut Pengajian Tinggi
C. Institut Jantung Negara
D. Institut Perguruan


14. Seekor lembu peliharaan Pak Mail telah mati dibaham oleh ________ ketika meragut rumput dihujung kampung.
A. Sang Kancil
B. Sang Rangkak
C. Pak Belang
D. Pak Bedal


15. Abang membawa kami ke ________ untuk menyaksikan tayangan filem hindustan.
A. Pusat Sivik
B. Dewan Pleno
C. Pawagam Odeon
D. Taman Tasik


16. ________ merupakan seorang pahlawan Melayu Melaka yang tersohor pada zaman dahulu.
A. Tok Dalang
B. Hang Li Po
C. Tok Selampit
D. Hang Tuah


17. Banyak rumah yang telah musnah akibat dilanda bencana ________ beberapa tahun yang lepas.
A. Chikungunya
B. Tsunami
C. Malaria
D. Gerhana


18. Negeri Sarawak menjadi tuan rumah ________ peringkat kebangsaan .
A. Pesta Ria
B. Pesta Tani
C. Pesta Air
D. Pesta Heboh


19. Pasukan Brazil telah memenangi Kejohanan Bola Sepak ________ yang berlangsung di Jerman.
A. Piala Emas
B. Piala Dunia
C. Piala Agung
D. Piala Thomas


20. Kempen ________ sedang giat dijalankan untuk membentuk masyarakat penyayang.
A .Bahasa Jiwa Bangsa
B .Cintai Bahasa
C. Budi Bahasa Budaya Kita
D. Sayangi Budi Bahasa Kita


KATA GANTI NAMA DIRI


KETERANGAN:Kata Nama Ganti Diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.Kata ganti nama diri dibahagikan kepada 3 bahagian :
1. Kata Ganti Nama Diri Pertama – contohnya aku, saya, hamba,patik,beta,kami,kita.
2. Kata Ganti Nama Diri Kedua – contohnya kamu, awak, engkau, anda, saudari,saudara.
3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – contohnya dia, beliau, baginda, mereka.


LATIHAN KATA NAMA DIRI

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.


1.“Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.
A.beta…hamba
B. yang mulia…beta
C. baginda…hamba
D. tuanku…patik


2._______mesti berlatih bersungguh-sungguh jika ingin menentang_________,” kata ketua pasukan kepada sahabatnya.
A. awak… mereka
B. Kita … mereka
C. Anda … aku
D. Awak … saya


3.”Masalah itu patut______selesaikan supaya____________tidak merajuk lagi,” kata Ali kepada kawan-kawannya.
A. awak … mereka
B. aku … kita
C. engkau … beliau
D. kita … dia


4. “Ampun _______, apakah hajat ________meminta ______ datang menghadap?” sembah Bendahara Tun Perak
A, baginda … tuanku … hamba
B. tuanku … beta … patik
C. beta … baginda … hamba
D. tuanku … tuanku … patik


5. _______ bertiga telah diarahkan oleh________membersihkan taman mini ini.
A. Kami … awak
B. Mereka … beliau
C. Beta … dia
D. Mu … kami


6. “Perbuatan ________memang tidak ________gemari,” kata Adnan kepada budak-budak itu.
A. anda … dia
B. kita … beliau
C. kamu … ku
D. awak … saya


7. Pen ini________hadiahkan kepada__________,” kata Ani kepada Ayu.
A. nya … awak
B aku … kami
C. kita … anda
D. ku … mu


8. Amin bermain bola sepak di padang. ________bermain bersama rakannya.
A. Mereka
B. Kami
C. Dia
D. Engkau


9. “Pukul berapa________akan sampai di rumah?” tanya Puan Aini kepada Taha.
A. kami
B. mereka
C. awak
D. kamu


10. Kami berikrar akan melakukan apa sahaja yang ________suruh.
A. kita
B. mereka
C. awak
D. kami


11. Sultan Muzaffar telah mangkat. Jenazah_________akan dimakamkan di kawasan makam diraja.
A beliau
C dia
B baginda
D nya


12.“________ yang melakukan kesalahan, bukan saya,” kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah AhHong.
A Saya
C Dia
B Kami
D Mereka


13. ________ akan berangkat ke balai persidangan tidak lama lagi.
A Baginda
C Beta
B Aku
D Hamba


14. Murid-murid di dalam kelas itu mengutamakan kebersihan. _________ ingin belajar dalam suasanayang ceria.
A Mereka
C Kita
B Kalian
D Kamu


15.“________ telah dirompak oleh ________,” rintih kumpulan pelancong itu sambil menunjuk ke arah perompak yang melarikan diri.
A Hamba, dia
C Kami, mereka
B Kita, nya
D Saya, dia


16.Sami ialah anak angkat Encik Siva. Ibu bapa _______ meninggal dunia setahun yang lalu.
A kami
C kita
B mereka
D nya


17. Ayah Amin sakit. Kami sudah melawat _______ di hospital semalam.
A nya
C mereka
B dia
D beliau


18.Aini dan keluarga _______ telah berpindah ke Kuantan sejak dua tahun yang lalu.
A ia
C nya
B kami
D dia


19.Kepulangan ________ sekeluarga dari Mekah telah disambut oleh sanak-saudara dan penduduk kampung.
A. kita
B. saudara
C. kami
D. ianya


20.Perdana Menteri telah sembuh selepas ________ diberi rawatan di hospital.
A. dia
B. kalian
C. baginda
D. beliau

Ok siap jugak entri hari ini.Semoga bermanfaat untuk semua.Terima Kasih sekali lagi sudi singgah dan sudi baca entri Lya.Jumpa lagi !!



.
.


Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.