❤ Tips Pemakanan Sihat Semasa Jerebu ❤

October 25, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Pemakanan sihat adalah penting semasa jerebu,untyk meningkatkan sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri daripada mendapat pelbagai penyakit berkaitan jerebu.

Berikut Lya senaraikan beberapa tips pemakanan sihat semasa jerebu..

- Banyakkan minum air kosong sekurang kurangnya lapan gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi.

- Minum jus atau makan buah buahan dan sayur sayuran yang kaya dengan antioksida,vitamin,mineral dan serat bagu membantu melawan penyakit.Buah buahan dan sayur sayuran juga mengandungi air yang boleh membantu meningkatkan pengambilan air.

 Tips Pemakanan Sihat Semasa Jerebu

- Sediakan makanan sendiri dan amalkan makan di rumah.Jika makan di luar,pilihlah tempat makan yang tertutup dan berada dalam bangunan.

- Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kecil secara kerap dan menyebabkan dehidrasi.

- Kurangkan makanan bergaram yang boleh menyebabkan kehausan dan juga dehidrasi.

- Makan makanan yang mengandungi vitamin C,vitamin E,omega-3 untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.

- Untuk meningkatkan pengambilan air,ambil makanan yang berair seperti sup dan singgang.

Ok dah..Semoga tips di atas dapat membantu dalam menjaga pemakanan seharian kita dalam suasana jerebu yang masih aktif melanda negara..


Artikel Menarik yang Lain

4 sang pencerita

  1. Boleh buat panduan bila jerebu datang lagi...

    ReplyDelete
  2. cik en dah demam sbb jerebu.. tekak dh perit.. skrg kn byk minum o=air kosong

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.