❤ Lawatan Akif Ke Bukit Gambang Safari Park ❤

October 26, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

22 Oktober 2015 hari Khamis..Akif dan kawan kawan menyertai Lawatan ke Bukit Gambang Safari Park.Alhamdulillah setelah lama merancang akhirnya impian terlaksana.Segala perancangan berjalan lancar  dan perjalanan pergi balik kami dipermudahkan Allah.

7.00 pagi kami ibubapa dan juga pelajar pelajar PraSekolah berkumpul di Dewan Iltizam SKSG dan bersiap sedia untuk mengambil kedatangan.Akif nampak bersemangat untuk menyertai lawatan kali ni.Lawatan pertama Akif bersama sahabat PraSekolah.Enjoy ya sayang !!!!

7.30 kalau ikut jadual bas akan bertolak ke Gambang..Tapi jam 7.30 bas pon tak nampak batang hidung lagi.Maka kami yang dah siap ni sabar jer la duk menunggu kat Dewan Iltizam.7.45 baru la nampak kelibat bas.Jam 8.15 pagi selepas bacaan doa kami memulakan perjalanan ke Bukit Gambang Safari Park.Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan Allah.Jam 10.15 pagi kami selamat tiba di Bukit Gambang.Selepas berehat seketika kami bersarapan mee hoon goreng,sosej dan juga mineral water..Akif tak nak makan sebab takde selera katany..Tambah tambah pulak mee hoon yang disediakan tak menepati citarasa anak bujang saya..Huaaaa,Akif makan sosej je dengan mineral water.Sejarah la pulak makan pagi minum mineral water jer..Nak buat camne pihak sana yang sediakan kita makan jer la tanpa banyak bicara..

 Lawatan Akif Ke Bukit Gambang Safari Park
Layan bergambar dulu sebelum mood malas datang..Snap snap snap ...

 Lawatan Akif Ke Bukit Gambang Safari Park
Best friend Akif ..Rayyan Azfar Shah..Sepanjang kat sana berdua je ke sana ke mari..Al maklum la Mama Rayyan ngan Umi Akif best friend..

11.00 pagi aktiviti pertama bermula.Paintball yang dikategorikan bukan paintball sebenar.Paintball yang tembak tembak orang tu bukan bukan bukan bukannn..Tapi ni paintball tembak tembak piring ke apa ntah tak berapa jelas sangat kat bawah sana sebab ibubapa tak boleh masuk anak anak je masuk..Nak snap gambar pon orang lain yang tolong snap.Ok laa Akif boleh jugak pegang senapang paintball..Bila tanya berapa yang kena..8 kena..Yahoo 8 Ok laa kot..

 Lawatan Akif Ke Bukit Gambang Safari Park
Tak boleh nak masuk kat dalam tu..Ni mintak tolong orang snap gambar..Dapat jugak sekeping gambar layan paintball..

 Lawatan Akif Ke Bukit Gambang Safari Park
Ok laaa dapat jugak pegang senapang paintball..Yehaa senyum je.Suka ler tuu suka ler tuu..

Dah selesai acara paintball aktiviti padang bermula..Bawak bola pingpong dalam sudu jangan bagi jatuh.Bawak air mineral dalam talam jangan jatuh.Memang tak jatuh la sebab Akif steady jer bawa hingga ke garisan penamat...

 Lawatan Akif Ke Bukit Gambang Safari Park
Wah relaks je anak Umi...Go go go Akif..

Dan akhir sekali part TUNGGANG KUDA aka NAIK KUDA..Yehaaa sejarah la Akif tunggang kuda sebab sebelum ni tak penah tunggang kuda Akif takut..Tapi kali ni takde pulak sifat takut tu.Ok laa dapat round 2 pusingan.Nasib jugak la kuda tu tak buat hal.Yang tak berapa nak bestnya..jenuh juga la duk menunggu selesai acara tunggang kuda.Al maklum la orang ramai kuda tiga ekor jer..Sabor jer la duk tepi padang menunggu hingga tamat acara naik kuda.Huaa berpeluh peluh jugak la duk menunggu..

 Lawatan Akif Ke Bukit Gambang Safari Park
Nampak tak nampak tak..Dah tak takut dah..Bukti Akif tunggang kuda..Yehaaa tak takut dah..Tapi muka tanak senyum tu kenapa eaaaa..

Ok sempat rakam video untuk bagi abah,kakak dan abang iman tengok.Yahoo ya bedabeduu tunggang kuda..Berat pulak videonya nak masuk kat sini.Takpe laa kita letak gambar jer..

1.30 makan tengahari.Huaaa sejarah jugak la makanan tengahari kami,nasi goreng kampung ke nasi goreng apa ntah Lya pon tatau dah huhuhu dan popia goreng.Akif tak nak makan sebab dia nak nasi putih..Katne nak cari nasi putih takde huhuhu..Adoilaa seksanya,dah la pagi tadi tak makan mee hoon tengahari pon tak makan jugak..Umi jer makan.Akif punya tak sentuh langsung..Tak sedap katanya.Selesai makan solat zohor dulu sebelum tunggu jam 2 petang untuk masuk ke Safari Park.

Lawatan Akif Ke Bukit Gambang Safari Park
Ok.Dah tak sabar nak meneroka alam haiwan..

2.00 petang kami masuk ke Safari Park.Kalau nak tahu Bukit Gambang Safari Park ni terletak bersebelahan Bukit Gambang Water Park.Mula mula masuk ingatkan tempat ni kecik je.Bila dah masuk dan meneroka kat dalam tu baru tahu,mak oii luas benar kawasannya.Mula mula sekali kami di bawa menaiki tram meneroka kat dalam Savannah Wild terlebih dahulu.Untuk pusing pusing tengok binatang kat Savanah Wild memang kena naik tram kerana haiwan yang ada di sini dibiarkan hidup bebas dikawasan berpagar.Semua binatang yang ada kat sini dibiarkan bebas bergerak di kawasan masing masing.Jadi sepanjang perjalanan nanti kena la pastikan semua tingkap dan pintu dikunci.Ok Umi duk tepi jadi Umi dah kemaskan semua tingkap..Jom kita mengembara ke Afrika..hehehe Afrika sangattttt !!!!

Lawatan Akif Ke Bukit Gambang Safari Park
Kat dalam tram...Muka excited benor nak tengok binatang kat dalam sana..Agak agak binatang apa la yang ada kat dalam sana ya Umi .. Ntah laa nak oii kita tengok je la nanti..Sabar sabar..

Lawatan Akif Ke Bukit Gambang Safari Park
Sekejap kanan sekejap kiri duk berkalih duduk sebab bukan satu arah jer ada binatang.Ada duduk sebelah kanan ada duduk sebelah kiri..Maka berpusing pusing la Akif sekejap kiri sekejap kanan.

Antara binatang yang terdapat di sini ialah badak air,cheetah,harimau malaya,singa,
buaya,kambing,genu,gajah,rusa,lembu,kerbau,burung unta,burung emu dan banyak lagi.Tapi dalam duk seronok tengokbinatang,ada jugak yang tak seronoknya.Bukan semua binatang yang ada kat dalam tu kita boleh tengok.Sebab pe tau sebab kebanyakannya sedang tidur dan berehat di tempat masing masing.Hanya sesetengah sahaja yang ada di kawasan yang dilalui tram kami.Yang duk tidur duk berehat tu kami tak boleh nampak sebab jarak jauh.Al maklum la waktu tengahari biasanya kebanyakan haiwan tidur.Ada juga sesetengah binatang yang sedang menyejukkan diri dengan berendam kat dalam kolam.Sempat jugak la tengok harimau belang dan juga badak air duk berendam.Ok meh sini kita teropong antara binatang yang sempat Lya tangkap gambar masa kat sana...

Bukit Gambang Safari Park
Cheetah...Fuyooo dia punya bergaya masa duk berjalan tu..Langsung tak pandang kami kat dalam tram ni haaaa..Relaks jer duk melenggang sopan gitu...Nak ke mana tu..

Bukit Gambang Safari Park
Lion king..Masa ni pak singa duk melepak nun hujung kat tempat khas..Memang jauh laa nak snap gambar..Kena laaa zoom jejauh bagi nampak..Dapat jugak sekeping gambar pak singa..

Bukit Gambang Safari Park
Yehaa burung unta duk patuk patuk cermin tram..Terperanjat kejap Akif bila tengok burung unta dekat cam gini..Tak pernah lagi tengok dekat camni..Biasa nampak duk jauh jauh je..Kali ni betul betul depan mata..Yang memisahkan cuma cermin tram jer..

Bukit Gambang Safari Park

Bukit Gambang Safari Park

Bukit Gambang Safari Park
Rusa..ke kambing..Ahahaha tak tahu..Lupa udah rusa kah atau kambing kah ...

Bukit Gambang Safari Park
Harimau Malaya..Panas sangat gamaknya..Pak Belang duk berendam jer kat dalam air masa tram kami lalu kot sini..Relaks je duk berendam..Jangan terkam tram sudah...

Bukit Gambang Safari Park
Lembu kacukan dua negeri..tak berapa dengar pulak tour guide tu cakap kacukan dari negeri mana sebab bising..Agak agak dari negeri mana laa lembu lembu ni ya..

Kerbau..Ni Lya lupa dah apa nama kerbau ni dan datang dari mana..Tak berapa nak dengar dah tour guide tu cakap apa sebab bising dengan suara budak budak kat dalam tram..

Bukit Gambang Safari Park
Lembu lagi..Bukan sebarang lembu tau..Lembu dari Afrika ...

Bukit Gambang Safari Park
Ha aa ni pulak Burung Emu nama dia.Burung Emu adalah burung asli terbesar di Australia dan spesis burung kedua terbesar di dunia selepas burung unta.Burung Emu tidak boleh terbang kerana ukurannya yang terlalu besar dan berat.

Bukit Gambang Safari Park
Ni apa nama ntah..Banyak sangat duk tengok binatang mak jemah dah lupa dah apa nama ntah..Kuakuakua tak ingat wey nama apa..

Bukit Gambang Safari Park
Rusa lagi...nampak tak tu kat sebelah mak rusa tu ada anak rusa..Baru empat hari usia anak rusa tu masa kami ke sana ..

Bukit Gambang Safari Park
Kambing Afrika.Ermm masa kami lalu kawasan ni kambing dua ekor ni duk seronok layan makan makan..Punggung jer mengadap arah kami.Nak tak nak snap jer laa gambar yang ada hehehehe.

Ok dah tamat menjelajah kat Savannah Wild.Entri panjang sangat jadi kita sambung lain kali..Umi Akif pon dah penat duk mengingat cerita yang lepas..jadi tunggu sambungan cerita Lawatan Akif Ke Gambang Safari Park untuk episod seterusnya.Tu pon kalau rasa nak tunggu nak baca laa.Kalau tak nak takpe hehehee..Agak agak bila la nak tulis sambungan huarghhhh...Panjang no citer nak tulis ni..Ok bye jumpa lagi..

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 sang pencerita

  1. Wah..meati best kan Aqif dapat tengok binatang kat safari tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha aa seronok la dia duk tgk binatang2 yang tak pernah tengok..Bukan selalu tengok binatang..Tq Wa sudi singgah sini

      Delete
  2. Replies
    1. Seronok la Anum..Kita yang tua ni pon tersa keseronokannya..hehhee

      Delete
  3. Dah besar dah adik Akif. Hehehe, good move bagi pendedahan dengan pelbagai aktiviti! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe dah besar laaa Abang Pojie sebab Umi bagi makan hari2 hahahaha...Betul tu Pojie bila diaorang didedahkan dengan segala macam aktiviti sel2 otak diaorang ni makin berhubung dan berkembang..Thanks singgah

      Delete
  4. wah akif naik kuda lagi ya..tahn ia pasti happy kan jumpa ramai teman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ha aa Cikgu,..First time naik kuda ni..Happy la dapat join aktiviti bersama kawan2..

      Delete
  5. Bestnya Akif ramai2 pergi safari tu ^-^

    ReplyDelete
  6. wahh seronoklah akiff dapat ke bukit gambang tu..banyak aktiviti buat dan dapat tengok binatang

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!