❤ Akif Punya Lego Umi Abah Yang Stress ❤

October 04, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Akif dengan Abang Iman memang suka main dengan Lego..Biasa Lya dan En Hubby beli Lego kecik kecik je untuk diaorang sebab yang kecik senang pasang dan bendalah yang kecik kecik tu ada sikit je..Takde laa masa nak pasang ada part yang hilang...Masa untuk pasang pon sekejap jer..


Tapi bila En Hubby belikan Lego yang besar..Ini bermakna Umi dengan Abah la yang akan siapkan..466 benda kecik yang diperlukan untuk siapkan Lego ni..Aduss ya ampun tengok gambar kereta kebal tu pon Umi dengan Abah dan stress .Apalagi lagi nak pasang..huhuhuhu meraung kejap adus..takde ke yang kecik sikit .....


Mula mula duk tengok tengok jer dulu.Akif dengan Abang Iman memang tak layan laaa nak buat sebab diaorang tak reti nak layan besar gedabak lagu ni.Masa beli je nak nak nak tapi bila masa nak cantumkan satu
demi satu.Adoi dua dua tak sanggup...
Sanggup tengok jer.Tengok pon kejap je pastu masuk tido sebab pagi nak kesekolah.

Maka bermula la kerja kerja pemasangan benda kecik sekecik kecik ni untuk jadik sebijik kereta kebal..Huhuhu penat oooo nak buat..Tapi demi anak anak yang nak main kereta kebal.Umi dengan Abah ..tetap usaha sedaya upaya buat sikit sikit..Sekejap ok sekejap tercabut sekejap silap tempat sekejap salah letak..Macam macam rasa dah bergabung nak boleh siapkan.Penat campur letih pon ada duk mengadap benda ni..Ya laaa kena fokus fokus fokus..Tak fokus tak jadik laaa kereta kebal..Jadik benda lain gamaknya..Tapi sebab Imi dan Abah jenis boleh fokus walaupon sakit mata tengok benda kecik kecik gini..Maka siap jugak laaa Si Kereta Kebal ni semalam..Fuhh BERJAYA !!!!..Rasa suka sangat lepas dah siapkan..Tapi kalau laaa tercabut satu satu part yang dah cantum cantum ni...alamaknya menangis laaa nak repair balik..Umi tak sanggup dah.Tengok yang lepas lepas bila dah berderai alamaknya susahla nak cantum balik..


Bangun pagi tadi seronok laa tengok dah siap tunggu nak main je nanti..Ha aaa dah petang.Boleh laaa main dengan kawan kawan.Lya dengan En Hubby tak bagi anak anak bawak kat luar sebab benda ni kecik kecik mudah terlerai..Kalau hilang satu alamaknya tak jadik laa nak buat bentuk yang betul...Maka main jer laa kat dalam pagar..Yehaa jemput kawan kawan main sekali..Seronok laaaa..



Tengok tu tengok tu..ada ada jer part yang dia nak baiki..Macam macam laa bila dah main..Ada yang longgar dan tercabut..Kena laaa baiki kalau tak nak terus berderai ..

Akif Punya Lego Umi Abah Yang Stress

Dia kalau seronok main tak sedar dah Umi duk snap gambar dia..Khusyuk noo main tuuu tak pandang kiri kanan dah..Yang penting depan mata Umi.Takde laa Ymi risau sangat kalau anak anak duk kat depan mata..Senang sikit Umi nak masak..Sesekali Umi jenguk kat luar tengok apa dah jadi..Setakat ni Akif Abang Iman dan kawan kawan ok je kalau main ..Takde laa nak gaduh gaduh..Dua dua pon suka berkongsi kalau bermain...Jadi hati Umi ni senang sikit laaaa ...Ok laaa nak sambung masak jap..Jumpa lain kali..K Bye !!!!


Artikel Menarik yang Lain

14 sang pencerita

  1. Gigihnya akak psg..kecik2 plak tu memg mncabar

    ReplyDelete
  2. Gigihnya akak psg..kecik2 plak tu memg mncabar

    ReplyDelete
  3. abah dengan umi yg main lego tuu. pasang sambil kenyit2 mata lettew k.lya n abah

    ReplyDelete
  4. Seronok tengok Akif main belajar buka pasang tu ..lego ni membina idea kreatif. Teringat anak2 Etuza ada lego yang bentuk bongkah..teringat gigih tul anak sulung bena bentuk rumah lah perahu lah ..akif terbaikkan abah akif dan umi akif tu main sama2..

    ReplyDelete
  5. gigih abah n umi yang pasang ye.. hihihihih.. dulu time2 kecik saya main puzzle je kak.. hihihiih

    ReplyDelete
  6. berkat umu abah yang gigih..hehehehe..excited muka dia main ye..jaga elok elok..boleh main lama tu kalau pandai jaga..macam adik sepupu PC..sanggup simpan duit belanja sekolah semata mata nak beli lego..

    ReplyDelete
  7. seronoknya tengok diorang main!

    ReplyDelete
  8. oklah tuu Lya, kan dah lama tak men lego bolehlah guna kesempatan ni sambil susun2 lego dengan abah akif tuu hihi :)

    ReplyDelete
  9. ehehe gigih jugak Kak Lya pasang lego tu.. ehehe..
    CT xde lego.. tapi ada la time kecik2.. ingt main yang block2 tu utk buat robot..

    ReplyDelete
  10. Hehe.. Mmg kena tabah memasangnya... Pernah belisekali utk anak buah.. Suami la ygtererbab memasanggini.

    ReplyDelete
  11. Fuh sangat rajin tapi ia sebenarnya membantu memantapkan kesabaran anak kita kan..

    ReplyDelete
  12. seronok sebenarnya main logo nih.. mengasah skill yg ada.. tp husna tak de beli memana lego lg.. hahaha..

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..