Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari Di Hulu Langat

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat..

Alhamdulillah selesai sudah KBBA Family Day di sebuah Resort yang bertempat di Hulu Langat,
Selangor.Syukur pada Allah SWT aktiviti selama 3 hari 2 malam berjalan sempurna mengikut perancangan.Terima kasih buat semua AJK bertugas yang bertungkus lumus bagi menjayakan program Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari untuk kali ini.Tak lupa juga ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga untuk PENAJA RASMI Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu COSMODERM.

Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Ini adalah program pertama yang Lya join sejak bersama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari.
Alhamdulillah dapat juga bertemu muka dengan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang TERBUKTI ramah tamah semuanya.Terima kasih juga buat En Ben Ashaari kerana bagi peluang untuk Lya berada bersama TEAM KELAB BLOGGER BEN ASHAARI.Terima Kasih En Ben !!!!!

Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Berbalik pada cerita Family Day.Lya tiba di resort selepas selesai suami solat jumaat.
Lepas solat jumaat kami sekeluarga terus bergerak ke resort.Mudah jer jumpa sebab kami guna WAZE.Kalau tak guna WAZE rasanya sesat sebab banyak jalan yang kami tak berapa kenal.Untung ada WAZE yang memudahkan perjalanan kami.Selamat tiba tanpa masalah dan halangan.Yang bestnya,Lya dan family yang tiba paling awal.Nampak tak nampak tak excited benor kat situ hehehe..Tapi takpe laa datang awal parking pon banyak.Boleh snap gambar anak anak dulu..

Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Ok bila AJK dah selamat tiba,pembahagian kunci bilik bermula.Lya dapat bilik baru.Yehaaa suka suka.Dah selesai kemas barang kat bilik,aktiviti seterusnya pembahagian rumah sukan.Yeyy Lya dapat baju hijau.TEAM HIJAU laaa maknanya.Suka sangat dapat baju warna HIJAU.Nah posing dulu..Mak kau HIJAU !!!!!!!!!!!!!!!

Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Sebelum terlajak jauh,Lya nak cerita dulu aktiviti yang kami lakukan kat sana.Antara aktiviti yang diadakan sepanjang berkampung di sana ialah Pertandingan Karaoke,Poco Poco,Flying Fox,Sukan Rakyat,Group Foto,Zumba,Jungle Tracking/Free & Easy.Sepanjang program memang seronok dan dipenuhi gelak tawa.Semua ahli Kelab Blogger Ben Ashaari dan pasangan masing masing memang sporting habis dan Lya cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sebaik yang boleh.Mula mula kekok juga la nak tegur sorang demi sorang tapi alhamdulillah dapat tegur semua rasanya.Kalau ada yang tertinggal tak sempat tegur tu maafkanlah.Masa yang ada cukup singkat tapi kemesraan yang terjalin cukup bermakna untuk Lya.Terima kasih banyak banyak untuk En Ben Ashaari dan AJK bertugas.

Aktiviti pagi hari kedua bermula dengan poco poco seterusnya Flying Fox..Untuk acara Flying Fox, Lya tak join tapi Lya wakilkan Insyirah untuk join..Insyirah memang suka tapi bila tiba kat atas sana jadi takut pulak..Tapi berjaya jugak dia turun.Alhamdulillah takde masalah..

Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Game di darat yang pertama adalah acara Terompah Gergasi..Adoii nak pecah perut kitaorang duk gelak sakan bila team hijau dan team merah bertembung.Alahai seronok sangat tengok gelagat semua yang sporting termasuk la En Hubby yang turut menjayakan acara ini.Tq En Hubby sebab sporting join acara yang diadakan.
Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Selesai acara Terompah Gergasi acara seterusnya Bawa Tiga Bola.Gamat suasana bila tengok acara ni.Aduhai Lya punya turn siap lompat lompat lagi bawak bola.Rasa kembali ke zaman kanak kanak la pulak.Dah selesai acara Bawa Tiga Bola seterusnya acara Pancing Tin.Acara sukan rakyat untuk bahagian atas darat yang paling akhir ialah Bowling..Masa ni memang boleh tengok macam macam gelagat duk baling buah kelapa nak jatuhkan botol mineral.

Acara di air mengambil alih.Mula mula sekali acara keluarkan bola pingpong dari batang paip yang berlubang..Nah usaha laa macam mana nak keluarkan bola ping pong tu dan nak tutup lubang agar air tak keluar.Masa ni lagi gamat sebab dapat sokongan padu dari semua ahli kumpulan.Tapi kumpulan HIJAU tak menang huhuhu..Team UNGU yang menang...Eh team Ungu ke merah ya !! Confiusss dah Lya ..hahahhaa...

Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Dah selesai acara keluarkan bola ping pong,acara diteruskan dengan Gusti Air..Duk atas batang kayu untuk dua team pastu buat la macam mana bagi lawan jatuh..Geletek ke apa ke janji tidak mendatangkan kecederakan pihak lawan sudah.Alahai yang ni pon gamat suasana nak nak bila tengok Ujang terjun mengalah sebab ramai sangat team lawan nak BAHAM dia..Memang kelakar giler masa ni..Lawak pon ada hahahaha...Ujang !! Ujang !! ..Ko memang lawak la Jang.,.!!! Memang WIN WIN WIN laaaa ...

Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Beralih ke acara tarik tali..Yang bestnya tarik tali dalam air.First time la En Hubby join tarik tali dalam air..Seronok katanya.Walaupon TEAM HIJAU tak menang...Ok,dah selesai join sukan rakyat anak anak terus mandi..Seronok la dapat mandi manda..Mandi sungguh sungguh la orang kata..Lama benor tak mandi sungai jadi ambik peluang ni mandi lama lama..Yehaaa mandi mandi mandi !!!


Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Malam terakhir selepas BBQ diadakan pula penyampaian hadiah untuk pertandingan selfie cosmoderm paling kreatif,pemenang karaoke,pemenang sukan rakyat dan juga cabutan bertuah..
Yehaaa bertuah jugak Lya dapat menang cabutan bertuah berupa dua buah novel dari Karya Seni..Terima Kasih !!

Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Sebelum majlis TAMAT pada malam itu kami sempat meraikan hari jadi ahli-ahli KBBA dan pasangan yang lahir bulan September serta anak anak ahli KBBA yang lahir pada bulan yang sama.Insyirah pon join potong kek sekali pada malam itu.Kiranya sambut beday awal laa sebab kalau ikut 20 September hari lahir Insyirah.Alang alang Uzu dah tanya Lya pon letak la nama Insyirah sekali.Takpe la sambut awal hehehe..
Percutian Indah Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari



Hari terakhir..Pagi pagi lagi lepas sarapan duk BERZUMBA bersama RAZI.Fuhh Razi ni bikin panasss pagi pagi..Memang seronok sangat dengan gelagat Razi kat pentas.Ketwa terbahak bahak Lya di buatnya.Adoiii laaa sakit perut tengok gelagat Razi weyyy !!..Dah tamat Zumba acara seterusnya jungle tracking..Lya tak ikut sebab anak anak penat.Balik bilik terus kemas barang sebab jam 12 tengahari dah nak check out..

Akhir kata sebelum Lya menutup bicara indah ini,Lya dan keluarga nak ucapkan jutaan dan bilionan TERIMA KASIH sekali lagi buat COSMODERM yang telah MENAJA Family Day kelab Blogger Ben Ashaari untuk kali ini.Tak lupa juga untuk penaja penaja lain yang telah menaja program kami ini.TERIMA KASIH DAUN KELADI !! NANTI BOLEH LA TAJA LAGI..Untuk AJK KELAB BLOGGER BEN ASHAARI terutama En Ben Ashaari,Lan Careno,Sue Izza,Angah,Najeeb dan
semua sekali yang menjadi tulang belakang untuk merealisasikan program ini menjadi REALITI..
Terima Kasih banyak banyak banyak banyak sebanyak banyaknya kasih.

Semoga pertemuan kita untuk kali ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita..InsyaAllah..Semoga satu masa nanti kita semua dapat berjumpa lagi.Syukur alhamdulillah dapat juga mengenali sahabat blogger Kelab Blogger Ben Ashaari dengan lebih rapat.Ada jodoh pasti ada pertemuan untuk kita BERJUMPA LAGI !!!

Family Day KELAB BLOGGER BEN ASHAARI. “Bukan Sekadar Blogger, We Unite Together.” @kelabbloggerbenashaari
Penaja Rasmi @cosmoderm
www.cosmoderm.com.my
Foto & Video Rasmi oleh @kaiostudio
#kelabbloggerbenashaari
#Cosmoderm
#kbbacosmoderm
#kbbafamilyday
#kbbaazzuha
#azzuhatraveltours
#kaiostudio
#AJCDistrict
#bloggersdayout
#bloggermalaysia
#BukuPTS
#karyaseni
#teamumieofficial
#MalaysianBlogger

Kat entri ni baru sikit gambar yang Lya kongsikan..Nak tengok gambar gambar menarik sepanjang percutian 3H 2M kami di sana boleh FOLLLOW INSTAGRAM @kelabbloggerbenashaari

Catat Ulasan

5 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.