Hukum Memberi Upah Daging Qurban Sebagai Upah Kepada Tukang Sembelih

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Hari Raya Aidiladha disambut dengan melaksanakan ibadat korban iaitu menyembelih binatang seperti unta,lembu atau kambing bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.Ibadat korban ini bertepatan dengan dalil Al-Quran dan hadis berikut (bermaksud):

''Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah''..

(Surah al-Kauthar: Ayat 2)

Nabi SAW telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk.Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dengan menyebut nama Allah SWT dan bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Sedikit kemusykilan mengenai pemberian upah daging qurban kepada tukang sembelih dan tukang lapah sebagai upah ...

Soalan: Apakah hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?

Jawapan Daripada Ustaz Azhar Idrus:

Ini banyak sangat yang terjadi,dah macam lumrah,sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!Saidina Ali r.a berkata,

"Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata:Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).

Adakah sah qurban itu ?
Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.

Jadi, macamana nak upah mereka?
Nak bagi upah boleh,upah dengan duit.Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.

Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?
Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini,maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban,belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.

SUMBER : Soal Jawap bersama Ustaz Azhar Idrus 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Entry best boleh menambahkan pengetahuan :)

    Blogwalking dari Blog Kak Uzu (EmasPutih) :D

    Alja no 28 (www.cahayapermata.my)

    BalasPadam
  2. Hukum yg perlu diketahui dan diberitahu kepada mereka yang terlibat. Semoga ibadah di terima Allah SWT.

    BalasPadam
  3. terima kasih diatas perkongsian tersebut :D

    BalasPadam
  4. jarang orang akan memberi upah pada mereka yang menolong aktiviti ibadah qurban ini

    BalasPadam
  5. Ilmu yg patut kita tahu dan ambil peringatan buat semua. Salam Aidiladha buat Lya sekeluarga... :)

    BalasPadam
  6. yang penting kita niat sedekah..bukan niat upah :)

    BalasPadam
  7. Terima kasih, info yang memberikan pengajaran..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.