Surat Pengesahan Penempatan Tahun 1,2016

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Alhamdulillah dah masuk hari ke tiga di bulan Ogos.Bila masuk jer bulan Ogos,kat dalam kepala Lya dah memang SET dah...masuk bulan Ogos kena pergi panjat Pejabat Sekolah untuk pengesahan penempatan Akif ke sekolah rendah bagi sesi persekolahan tahun 2016.Setiap tahun sesi pengesahan telah ditetapkan pada bulan Ogos bermula 1 Ogos hingga 30 Ogos 2015..Jadi siang tadi Lya dan En Hubby ke pejabat sekolah untuk buat pengesahan persekolahan Akif.

Surat Pengesahan Penempatan Tahun 1 2016

Jumpa kerani bertugas kat sekolah dan bagi Mykid Akif..Tak sampai dua minit dah jumpa nama Akif dan juga dah disahkan penempatan Akif adalah di sekolah yang sama denganAbang Iman dan juga Kakak Insyirah.Alhamdulillah,berkat Lya daftar awal maka Akif dapat bersekolah di sekolah yang kami pilih..Selesai urusan penempatan persekolahan Akif.Sebelum balik,kerani sekolah bagi satu surat pengesahan kelulusan penempatan yang dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Terengganu dan juga slip pengesahan penempatan tahun 1,2016.Alhamdulillah syukur,Akif akan belajar di sekolah yang sama untuk tahun 2016.

 Surat Pengesahan Penempatan Tahun 1,2016

Sahabat Lya dah buat pengesahan ke belum ?? Kalau belum jangan lupa buat pengesahan penempatan tahun 1, 2016 untuk anak anak sahabat yang akan bersekolah Tahun 1 bagi tahun 2016.PENTING untuk buat pengesahan kerana jika pengesahan tidak di buat nama anak anda tidak akan tersenarai untuk tahun 1 pada tahun 2016.Jadi apa tunggu lagi cepat cepat la ke pejabat sekolah untuk buat pengesahan ...


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. buat awal lagi senang kan kak Lya.. Xpyh nanti kelam kabut.... :D

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah akhirnya akif dpt satu sekolah ngan kakak dan abg..senang la nanti...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.