❤ Resipi Kuey Teow Ladna Special ❤

August 26, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

RESEPI KUEY TEOW LADNA SPECIAL

Bahan Bahan Untuk Memasak Kuey Teow Ladna Special


❤ - 1 Paket Kuey Teow 
❤- Sotong ikut banyak mana anda suka
❤- Udang ikut banyak mana yang anda suka 
❤- Cendawan butang
❤- 4 ke 5 helai daun limau purut
❤- 2 sudu besar tepung jagung 
❤- 4 ulas bawang putih yang di cincang halus.
❤- 1 batang lobak
❤- Sedikit jagung muda
❤- 5 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah cili padi)
❤- Sedikit bunga kobis 
❤- Sedikit sawi
❤- 1 sudu besar taucu 
❤-1 sudu besar sos tiram 
❤- Kicap secukup rasa
❤- Ayam dan daging.  ( untuk air rebusan ayam dan daging )

Resipi Kuey Teow Ladna Special


Cara Cara Memasak Kuey Teow Ladna 


1. Gaulkan kicap bersama dengan kuey teow hingga sebati.Perapkan selama 10 minit.
2. Panaskan kuali dan goreng kuey teow yang telah diperap tanpa minyak. 
3. Angkat dan biarkan seketika.
4. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau.Masukkan daun limau purut.
5. Masukkan ayam dan daging yang ditoskan.
6. Masukkan sos tiram dan taucu 
7. Masukkan air rebusan ayam dan daging.
8. Setelah mendidih,masukkan bunga kobis ,jagung muda,cndawan butang dan juga tepung jagung.
9. Perahkan sedikit limau kasturi
10. Akhir sekali masukkan udang,sotong dan sawi.Masukkan garam secukup rasa.
11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih.Angkat dan curahkan kuah ke atas kuey teow tadi....
12. Hidangkan.


SUMBER : Resipi Sheila Rusly 

Artikel Menarik yang Lain

7 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.