❤ Photoshoot Foto Graduasi Pra Sekolah SKSG ❤

August 11, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Alhamdulillah pagi tadi anak anak Pra Sekolah SKSG termasuk Akif telah selamat menjalani sesi Photoshoot Foto Graduasi yang diadakan di bangunan Pra Sekolah SKSG.Kali ni anak anak telah diseragamkan oleh pihak Pra Sekolah SKSG dalam pemilihan pakaian sempena penggambaran foto untuk graduasi.Bagi pelajar lelaki mereka diminta mengenakan baju melayu cekak musang warna biru dan baju kurung moden bagi pelajar perempuan.Alhamdulillah untuk kelas Akif,kain pasang yang telah diberi oleh guru kelas sebelum hari raya aidilfitri untuk dijadikan baju melayu dan baju kurung moden BERJAYA direalisasikan oleh ibubapa masing masing.Syukur semuanya berjalan lancar tanpa gangguan...

Photoshoot Foto Graduasi Pra Sekolah

Ni la dia salah satu foto yang telah dirakamkan.Alhamdulillah Akif duduk kat tengah kali ni.Biasanya dia selalu kat tepi atau tersorok jer tempatnya.Tapi kali ni Akif ditempatkan dibahagian tengah.Nampak sama tinggi jer Akif dan kawan kawan.Bila tengok sedondon gini semua nampak comel dan ayu.Nampak macam kumpulan nasyid pon ya.Tak sabar dah Lya nak tengok gambar yang akan diframekan oleh pihak yang telah merealisasikan sesi penggambaran ini.Lama lagi nak dapat tu.Bulan 11 nanti sempena HARI GRADUASI baru laaa dapat.Tapi takpe la Lya tenung gambar ni jer la dulu.Harap harap gambar yang sebenar nanti OK la hendaknya.Gambar yang ni ada jugak yang pandang tempat lain,muka tak sedia.pejam mata,kepala letak senget dan ada jugak yang duduk mengiring.Biasala kan budak budak bila dah ramai kat depan jurugambar pon tak perasan dah..

Photoshoot Foto Graduasi Pra Sekolah SKSG

Alang alang dah bergambar.Maka hari ni banyak pula sesi bergambar kat sekolah.Sana sini budak budak ni duk bergambar.Suka sangat la dapat bergambar sakan arini.Semua ceria jer termasuk la Akif.Ha aaa dia kan kaki bergambar memang suka sakan la bab bab snap gambar ni.

Photoshoot Foto Graduasi Pra Sekolah SKSG

Nah Lya belanja satu lagi gambar Akif dan kawan kawan.Alahai semua comel comel kiut miut.Bila dah sedondon gini kita yang tengok ni pon jatuh suka.Suka sangat tengok.Ehhh ni buat kita tak sabar nak tengok Gambar Graduasi ni..Tak sabarnya !!!!!!!


Artikel Menarik yang Lain

1 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..