❤ Petua Mudah Kuruskan Badan Dengan Cepat Dan Berkesan ❤

August 26, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Setiap insan terutama wanita memang mengimpikan untuk jadi KURUS.Ya tak ? Ya ya ya..Jangan cakap tak sebab Lya tak percaya.Kita ni kan kalau berbadan gemuk aka comel mesti bila tengok je orang kurus hati terdetik (Wow kurusnya dia,wow cantiknya dia,wow slim melim betul la tubuh dia,wow bestnya kalau aku kurus cam dia.. ).Tak banyak..sikit mesti ada perasaan nak kurus bila kita jumpa orang yang kurus.

Wanita biasala kan,akan rasa tercabar terutama bila dah bersuami dan si suami sibuk main mata dengan wanita kurus.Dalam hati berkobar kobar siap azam setahun nak kurus,nak kurus,nak kurus..Tapi kurus tu idok ler pulak...Ok sahabat Lya yang rasa nak menguruskan badan,malam ni Lya nak kongsikan petua untuk kuruskan badan dengan cara paling mudah.

 PETUA KURUSKAN BADAN 

Petua Mudah Kuruskan Badan Dengan Cepat Dan Berkesan

 MINUM MINUMAN TANPA ATAU RENDAH KALORI


Soda dan minuman ringan yang berkarbonat selalunya mempunyai kalori yang tinggi.Begitu juga minuman seperti teh tarik dan kopi susu,yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.Kerana ia mengandungi gula atau susu pekat yang tinggi.Petua kuruskan badan ialah banyakkan minum air putih.Lagipun air putih tak mengandungi kalori dan kita boleh minum sebanyak mana yang kita inginkan,tanpa menambahkan berat badan kita.

MAKAN SARAPAN PAGI


Jika kita tak bersarapan pagi,kita berkemungkinan akan makan lebih lagi untuk waktu makan kita yang seterusnya.Metabolisme badan kita juga akan menurun,sekiranya kita membiarkan perut kita kosong untuk jangka waktu yang lama.Jadi petua kuruskan badan ialah ambil makanan berkhasiat untuk sarapan pagi kita.Pengambilan makanan yang tinggi bijiran dan serat adalah lebih baik kerana kita perlukan tenaga yang lebih di waktu pagi.Makanan jenis ini akan bantu kita untuk rasa kenyang dengan lebih lama.

MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA SETIAP HARI


Petua kuruskan badan dengan minum 6-8 gelas atau 2 liter air putih setiap hari.Ini dapat menghidrasikan tubuh badan kita agar ia dapat berfungsi dengan sepenuhnya.Jangan tunggu sehingga berasa haus baru kita nak minum air.Ini penting dan juga dapat membantu mengurangkan atau melambatkan perut kita untuk berasa lapar.


4. MAKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR


Ambillah sayur-sayuran dan buah-buahan segar sebanyak mungkin.Ianya kaya dengan serat,nutrisi dan juga rendah kalori.Selain itu,ia dapat membantu kita rasa kenyang dengan lebih lama kerana serat perlukan masa untuk dicerna dan dihadamkan dalam tubuh badan kita.

MAKAN SALAD


Sebagai pemula hidangan makanan utama kita,ambillah salad.Ia akan dapat membantu kita untuk tak makan secara berlebihan,semasa menikmati hidangan makanan utama kita.Petua kuruskan badan ini juga boleh kita gantikan dengan memakan ulam-ulaman segar.

MASAK CARA BAKAR ATAU GRIL


Amalkan hidangan berbakar atau gril.Cara petua kuruskan badan ini mudah disediakan & lebih sihat untuk dinikmati.Dengan memasak hidangan kita secara membakar atau gril,dapat membantu kurangkan kalori dan lemak dalam pemakanan kita.

 PILIHLAH MAKANAN BERBIJIRAN


Makanlah roti ‘whole-grain’ daripada roti putih kerana ianya adalah lebih sihat dan berkhasiat.Untuk sarapan,kita boleh mengambil cereal bijirin yang kaya serat seperti ‘Kellog’s All-Bran’ atau ‘oatmeal’.Pilihan makanan bijiran petua kuruskan badan yang lain adalah seperti nasi perang,roti gandum dan biskut whole wheat adalah pilihan yang baik.

SIMPAN STOK MAKANAN SEJUK-BEKU YANG SIHAT


Jika kita tak punya masa untuk memasak makanan sihat kita,simpanlah makanan sejuk-beku yang mudah dan senang untuk kita sediakan.Petua kuruskan badan adalah dengan memilih makanan sejuk-beku yang mempunyai sekitar 300-350 kalori saja.

PILIH MAKANAN YANG BUAT KITA RASA KENYANG LEBIH LAMA


Protein secara semulajadi mengandungi kurang kalori daripada lemak,dan ia dapat membantu kita rasa kenyang lebih lama dari karbohidrat.Sumber protein petua kuruskan badan yang ideal adalah seperti telur,daging tanpa lemak,ayam tanpa kulit dan susu rendah lemak.

Makanan snek seperti yoghurt,telur rebus dan keju juga akan memberi kita lebih tenaga dan mampu mengawal rasa lapar kita.Jika kita tak boleh makan daging atau susu,sumber protein lain seperti kekacang dan bijiran lain juga dapat membantu.

 TIDUR SECUKUPNYA


Tahukah kita jika kita dapat tidur dan rehat yang secukupnya,boleh membantu tubuh badan kita mengurangkan berat badan?.Kurang tidur boleh menyebabkan kita sering-kali makan dengan berlebihan atau membuat pilihan makanan yang tak sihat.Petua kuruskan badan adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup untuk pastikan kita punyai tenaga yang diperlukan untuk bersenam dan bekerja pada tahap maksimum.

Ok ini saja yang dapat Lya kongsikan buat sahabat sahabat Lya yang ingin menguruskan badan dengan mudah dan teratur.Semoga maklumat yang Lya lampirkan ini bermanfaat buat kita semua.Jom sama sama amalkan..

Artikel Menarik yang Lain

7 Sahabat Setia

  1. sedikit sebanyak cara dan gaya pemakanan kita yg mempengaruhi saiz tubuh bdn.. husna boleh deal dgn air kosong je yg lain tu susah sikit.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Husna ..hehehe..kak lya pulak kurang mkn nasi ..

      Delete
  2. informasi yang sangat bermakna pada Sal...tp tula...pantang nampak yang sedap..lupa dah semua...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha btol gak tu Sal..kalau nampak sedap je mudah tergoda kan hehehe

      Delete
  3. Tips yg sangat bagus ni.. boleh share ngan customer yg nak kurus

    ReplyDelete
  4. bersenam... dan.. main squasy.. haha

    ReplyDelete
  5. you are what you eat..thanx sharing..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.