❤ Majlis Sambutan Hari Lahir Untuk Anak Anak Pra Sekolah Bagi Bulan Januari Hingga Ogos ❤

August 17, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Arini Akif tak ke sekolah sebab demam..Aktiviti kat sekolah Cikgu bagitahu melalui WhatsApp jer la kat phone Umi..Tengahari tadi Cikgu ada WhatsApp bagitahu esok ada MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR kat sekolah.Untuk kelas Ibnu Khaldun dan juga Kelas Ibnu Sina sahaja..



Sambutan diadakan untuk anak anak PraSekolah yang lahir pada bulan Januari hingga bulan Ogos.Maknanya semua anak anak yang lahir pada bulan Januari hingga Ogos akan sambut beady serentak kat sekolah esok..

Bila tahu jer ada sambutan hari lahir untuk esok,Akif macam biasa laaa TERUJA lebih..Banyak benor soklan dia duk tanya.Nak bawak hadiah ke tak,nak bawak kek ke tak,nak bawak makanan apa esok..Adoii nak oii Cikgu dah bagitahu tak perlu bawak semua tu..Cikgu dah sediakan semua sekali.Bawak diri dengan beg sekolah jer sayang !!!

Majlis esok siap ada tema pakaian lagi tuu..Ha aa kena pakai baju melayu yang pakai masa bergambar untuk gambar graduasi baru baru ni..Siap sekali bersongkok dan bersampin..Alahai macam majlis raya la pulak ...

.Untuk Akif dan kawan kawan serta Cikgu PraSekolah..Umi doakan semoga segalanya dipermudahkan dan majlis berjalan lancar..Cikgu jangan lupa snap banyak gambar tau ..!!!

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Semoga majlis berjalan dengan lancar. In sha Allah. aminnn :)

    ReplyDelete
  2. siap pesan bawa beg sekolah sekali..hihih seronok je kan dpt lihat anak-anak happy

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Lya. Semoga majlis akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah bakal dipermudahkan :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.