❤ KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN HARI GANTI SEKOLAH TAHUN 2015 ❤

August 06, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Lepas solat maghrib tadi Lya dapat info dari group WhatsApp sekolah mengenai kenyataan media oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berhubung cuti sekolah yang dikatakan tidak perlu diganti ...Confius sekejap sebab MEMO dah dapat dari pihak sekolah mengatakan persekolahan ganti akan bermula padahari Sabtu ini tiba tiba dengar pula tak perlu ganti..Maka sibuk la ibubapa dan juga Cikgu cikgu dalam group WhatsApp bercakap dan berbincang mengenai kemusykilan yang timbul..Masing masing sibuk bertanya ...

Akhirnya salah seorang Cikgu telah mengumumkan kat group WhatsApp keputusan MUKTAMAD TIADA PENGGANTIAN SEKOLAH PADA HARI SABTU.KESULITAN DIPOHON MAAF,Maklumat daripada Tuan Pengarah JPNT.

Kesimpulannya tiada cuti ganti pada hari Sabtu.Pengumuman akan dibuat di semua masjid.Masjid Geliga,Masjid Kuala Kemaman dan juga Masjid Chendor.Memo daripada Guru Besar SKSG Kemaman Terengganu...

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN HARI GANTI SEKOLAH TAHUN 2015

Sumber : KPM 


KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
HARI GANTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah  memutuskan  penangguhan sesi awal  persekolahan  bagi  tahun 2015 akibat  bencana  banjir  yang  melanda  negara menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2014;
Penangguhan Tarikh Mula Sesi Persekolahan Tahun 2015; bertarikh 29 Disember 2014. Penangguhan ini dibuat setelah mengambilkira;

a.  Sekolah-sekolah  yang  terlibat  sama  ada  sebagai  Pusat Penempatan  Sementara  (PPS)  atau  ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b.  keadaan  guru-guru, ibu  bapa  dan  murid  yang  menjadi  mangsa banjir serta serba  kekurangan  perlu  mengambil  masa  untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. 

KPM  ingin  menegaskan  bahawa  tarikh bagi hari-hari  penangguhan persekolahan akibat  banjir  seperti terkandung  dalam  surat  siaran tersebut  adalah tidak  perlu  diganti kerana bukan  dianggap  sebagai cuti. Tempoh  tersebut  bermaksud  tempoh  pemulihan kepada  semua pihak akibat bencana banjir dan dianggap sebagai hari bekerja. Pihak KPM berharap dengan penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul dalam kalangan pentadbir sekolah,guru-guru dan ibu
bapa.

Terima kasih.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
6 Ogos 2015


Ini bermakna anak anak Lya akan bercuti seprti biasa pada hari Sabtu..Tiada persekolahan ganti..Alahai macam macam hal..Sekejap ganti sekejap tak perluganti..Tapi takpe la nak buat macam mana dah itu yang telah ditetapkan ...Kita terima keputusan secara terbuka ...

Ok anak anak CUTI Sabtu ni...Tapi kami dah batalkan percutian ke Kuala Lumpur..Kalau tahu awal boleh la gerak ke Kuala Lumpur petang tadi..Tapi Lya baru tahu malam ni...Takpe la nak buat macam mana..Kita bercuti lain kali la anak anak ..

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 sang pencerita

  1. lega murid2 n cikgu kat sana kan.. x perlu menganti.. klu x stress rsnye

    ReplyDelete
  2. eh tak de ganti pulak.. kitorang next week gantinya

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!