Bila Akif Kena Cakar....

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Cerita balik sekolah tadi.Balik jer dari sekolah terus cari Umi.''Umi tengok ni Akif kena cakar.Kawan yang buat.Tapi Cikgu dah letak hansaplast dah kat kena ni.''.Bila Umi cakap nak cabut sebab nak tengok camner luka tu,dia tanak bagi la pulak.''Nanti sakit la Umi''.Tapi kan Akif kan kan. ''Hansaplast yang Cikgu letak ni jenis melekat sangat ni sebab gam dia kuat.Kena la buang dulu lagipon Umi nak tengok keadaan luka tu camne.Selagi Umi tak tengok selagi tu laa Umi susah hati.''.Yer laa nak tengok jugak camne bentuk luka,dalam ke,panjang ke,teruk ke.Tapi dia ni kan.Tetap keras tanak bagi buka hansaplast Cikgu dia tu..Adoiii.Anak ni kan kan kan.Nanti sakit katanya.Ok foine tanak bagi sudah..Sila la pergi mandi wahai anak..


Bila dia duk khusyuk layan air.Lya tarik hansaplast tu..Dah kena air mudah la sikit nak cabut.Nasib la dia tak meraung..Bila dah tarik tu dia marah jugak la sebab dah takde hansaplast nak letak kat luka kena cakar tu.''Ok takpe lepas Akif mandi Umi letak yang baru..Yang ni memang dijamin penuh Akif suka..''.Ok lepas dah siap lap tubuh dan Umi pon dah puas tengok tempat luka yang tak seberapa tu.Umi tukar la bandage baru.Ni haaa bandage comel gitu.Memang sesuai sangat la untuk kanak kanak.Non Stick Pad !!!! Senang la nak cabut nanti..


Bandage ni ada tiga design yang berlainan.Dalam satu kotak ada30 keping..Umi Akif tengok pon dah suka..Akif lagi laa suka..


Malam ni tanak cabut pulak dah bandage tu.Sayang katanya..Adoi laaa sayang la pulak..Sayang punya pasal pakai jer la Akif..Budak budak biasa laa kan ...!!!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. fiza pun suka bandage comel tu..memang bagus xde melekat gam...ganas bebudak ni main sampai cakar² ye

    BalasPadam
  2. kesiannya akif..kawan cakar ea.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.