❤ #TazkirahRamadan - NERAKA ~ Tak Kenal Maka Tak Takut ❤

July 15, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

NERAKA - Tak Kenal Maka Tak Takut


Abu Hurairah RA meriwayatkan, 
"Ketika Rasulullah SAW berkata: ‘Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka.’ lalu seseorang bertanya: ‘Ya Rasulullah, adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir?’ Maka Rasulullah SAW menjawab: ‘Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa di dunia, dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia).
(Hadith Riwayat Bukhari)

KESAN NERAKA KEPADA DUNIA KINI


Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia ini lagi berdasarkan hadis Rasulullah SAW...
Diriwayat oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Api neraka mengadu kepada Allah dengan berkata: ‘Hai Tuhanku, bahagian-bahagian padaku memakan di antara satu sama lain.’ Lalu Allah SWT membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pd musim sejuk dan pada musim panas. Inilah sebabnya mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk." 
(Hadith Riwayat Bukhari) 

MAKANAN PENDUDUK NERAKA


Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan ini tidak menyuburkan badan mereka...
Firman Allah SWT: ”Mereka tidak memperolehi makanan selain daripada pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." 
(Surah Al-Ghasiyah, ayat 6-7)


MINUMAN AHLI NERAKA


1. Hamim (air yang mendidih) 
Firman Allah SWT: "Inilah neraka Jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa. Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidih yang memuncak panasnya."
(Surah Ar-Rahman, ayat 43-44) 

2. Ghassaq (nanah dan darah) 
Firman Allah SWT: "Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa."
(Surah Al-Haqqah, ayat 35-37 )

3. Sadid (air danur (nanah) yang keluar dari tubuh ahli neraka) 
Firman Allah SWT: "Dihadapan mereka ada neraka Jahanam, dan ia diberi minum dari air danur (nanah) yang keluar dari tubuh ahli neraka."
(Surah Ibrahim, ayat 16)

4. Air seperti tembaga cair 
Firman Allah SWT: "Dan jika mereka meminta minum ,nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina."
(Surah Al-Kahfi, ayat 29)


PAKAIAN AHLI NERAKA



1. Pakaian dari api 
Firman Allah SWT: "Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka."
(Surah Al-Haj, ayat 19)

2. Pakaian dari minyak tar 
Firman Allah SWT: "Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi oleh jilatan api neraka."
(Surah Ibrahim, ayat 50)

BAHAN BAKAR API NERAKA


Bahan bakar neraka adalah terdiri daripada manusia dan jin yang kafir dan ingkar kepada Allah SWT, serta batu-batu termasuk patung berhala.
Firman Allah:"Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan mengerjakan apa yg diperintahkanNya."
(Surah At-Tahrim, ayat 6)

PENDUDUK NERAKA


Imran bin Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti penduduknya adalah orang miskin, dan aku melihat ke dalam neraka, aku mendapati majoriti penduduknya adalah wanita."
(Hadith Riwayat Bukhari)

NAMA-NAMA NERAKA


Neraka mempunyai beberapa nama sebagaimana telah disebutkan di dalam Al Quran, iaitu:

1. Jahannam 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya neraka Jahanam itu (padanya) ada tempat pengintai."
(Surah An-Naba, ayat 21) 

2. Ladza 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sekali-kali tidak dapat sesungguhnya neraka (Ladza) itu adalah api yang berganjak, yang mengelupaskan kulit kepala"
(Surah Al-Ma'arij, ayat 15-16)

3. Al-Hutamah 
"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Hutamah. Dan tahukah kamu apa Hutamah itu? Iaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan, yang naik sampai ke hati." 
(Surah Al-Humazah, ayat 4-7)

4. Sa'ir 
Yang disebutkan dalam Al-Quran yang bermaksud: 
“..dan segolongan masuk ke neraka Sa'ir.”
(Surah Asy-Syura, ayat 7)

5. Saqar 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Aku akan memasukkannya ke dalam neraka Saqar. Tahukah kamu apakah neraka Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia." 
(Surah Al-Muddathir, ayat 26-29)

6. Jahim 
"Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat." (Surah Asy-Syura, ayat 91)

7. Hawiyah 
"Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. ....iaitu api yang sangat panas.”
(Surah Al-Qari'ah, ayat 8-11)

PENJAGA NERAKA


Al-Quran menyebutkan bahawa jumlah penjaga neraka itu sembilan belas seperti yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Al-Muddathir, ayat 30-31.Salah satu daripada sembilan belas itu adalah Malik, penjaga pintu neraka. Allah SWT telah menyebutkan namanya dalam Al-Quran yg bermaksud:"Mereka berseru,Hai Malik,biarlah Tuhanmu membunuh kami sahaja.Dia menjawab, ‘Kamu akan tetap tinggal di neraka ini’."
(Surah Az-Zukhruf, ayat 77)

Ambillah iktibar, takutlah akan neraka dan takutlah membuat dosa. Takut kepada Allah SWT!

Sumber : Tazkirah & Peringatan 

‪#‎renunganbuatdiri‬ ‪#‎muhasabahdiri‬ ‪#‎kongsiilmubersama‬ ‪#‎sharingiscaring‬ ‪#‎blogger‬ ‪#‎parentingblogger‬ ‪#‎blogakifimtiyaz‬ ‪#‎akifimtiyazdotcom‬ ‪#‎kelabbloggerbenashaari‬ ‪#‎exchangefeedgroup‬

Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.