❤ 'Safe Mode Kids' Maxis Dan Waze - Pemanduan Selamat Bersama Anak Anak ❤

July 10, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Musim perayaan bakal menjelang tiba.Terkejut seketika bilamana mengetahui Malaysia adalah negara ke 17 yang mempunyai jalan jalan paling berbahaya.Bila difikirkan balik kita sekeluarga terdedah kepada bahaya kemalangan sekiranya tidak berhati hati dan berhemah dalam pemanduan.

Syarikat telekomunikasi Maxis dan aplikasi pemanduan Waze telah melancarkan Maxis Waze Safe Mode Kids Campaign - Safe Mode Voice Pack untuk Mod Selamat yang pertama di dunia.Ini adalah cara paling berkesan untuk mengingatkan rakyat Malaysia untuk memandu lebih selamat.'Safe Mode Voice Pack' (Maxis Waze Safe Mode Kids Campaign) menggunakan navigasi suara kanak-kanak ini pasti dapat membantu 1.4 juta pengguna Waze di Malaysia memandu dengan selamat.
Navigasi suara kanak-kanak diilhamkan berdasarkan satu kajian yang mendapati 97% daripada ibu bapa Malaysia berkata mereka memandu dengan lebih selamat apabila anak-anak mereka berada di dalam kereta.

Safe Mode Kids

APA ITU "SAFE MODE KIDS"?


Safe Mode Kids adalah kerjasama pertama seumpamanya antara Maxis dan Waze.Ianya telah diilhamkan oleh kajian yang mendapati bahawa 97% daripada ibu bapa Malaysia yang mendakwa mereka memandu lebih selamat apabila kanak-kanak berada di dalam kereta.

Projek Safe Mode Kids telah menggunakan suara kanak kanak Malaysia berusia 3 hingga 12 tahun dalam membangunkan satu cara inovatif mengingatkan ibu bapa untuk memandu dalam keadaan selamat.

Maxis Safe Mode Kids adalah berbeza kerana ianya menjemput kanak kanak untuk menyumbangkan suara mereka bagi prom arah (directional prompt) dengan peringatan yang menarik untuk pemanduan selamat. Antara peringatan yang menarik yang terkandung dalam pek suara khas ini adalah seperti: All set,Don't forget your seatlbet,Re-routing. Eyes on the Road ! ,Accident reported ahead , Please be careful, ok?.


Safe Mode Kids


Pelancaran Safe Mode Kids juga tepat pada masanya memandangkan musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi bakal membentuk tempoh perjalanan yang paling sibuk untuk tahun ini.

Untuk melihat dan mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai Safe Mode Kids sila KLIK link di bawah . 



Bagaimanakah Cara Untuk Mendapatkan Pek Suara Save Mode Kids 


Berikut adalah cara untuk mendapatkan pek suara Save Mode Kids

- Muat turun aplikasi Waze
- Tetapan pilihan
- Klik pada suara
- Pergi ke bahasa
- Pilih "Bahasa Inggeris (AS) - Safe Mode Kids" (powered by Maxis)


Safe Mode Kids

Untuk maklumat lanjut sila layari ​ www.maxis.com.my/safemode   

Safe Mode Kids boleh membantu pemandu terutama ibu bapa untuk memandu dengan lebih selamat.Anda kini boleh memilih pek suara Safe Mode Kids di bahagian tetapan suara aplikasi Waze.Semoga aplikasi ini dapat membantu anda dalam pemanduan yang lebih lancar dan berhemah serta selamat.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!