❤ #Cabaran20Hari - Kenangan Terawih Di Zaman Kanak Kanak ❤

July 05, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

#Cabaran20Hari
   #Cabaran20Hari -  Kenangan Terawih Di Surau Masa Zaman Kanak Kanak 

 Kenangan Terawih Di Surau Masa Zaman Kanak Kanak 

#Cabaran20Hari untuk hari ke sembilan ialah ~ Kenangan Terawih Di Surau Masa Zaman Kanak Kanak.Kalau nak citer zaman kanak kanak dengan solat terawih,mustahil la kita semua ni takde kenangan kan? Mesti ada walau tak banyak sikit tu mesti ada kan kan kan ??.

Kenangan yang tak pernah Lya lupa masa kat surau di kampung Lya dulu..Tiap kali sebelum solat terawih kami adik beradik akan tunggu kawan kawan lain kat hujung jalan menghala ke surau.Lepas semua dah kumpul kita akan berlari ramai ramai nak tengok siapa yang sampai dulu kat surau...Siapa yang sampai lambat kena susun selipar...Jadi tak seorang pon yang nak sampai lambat sebab tu la kami akan pecut sungguh sungguh..Malam tu sekali sebab suka sangat pecut laju laju terlanggar pulak Mak Cik yang dah siap bertelekung solat cuma tak pakai kain sembahyang je lagi..Akibat rempuhan kuat kami ramai ramai,jatuh tersungkur la Mak Cik tu..Aduh sakit sangat tengok Mak Cik tu beraduh,ya la orang tua jatuh camtu memang la sakit..Kesian sangat tengok..Tapi mak cik boleh bangun cuma sebab sakit nak berjalan Mak Cik tu tak jadik la pergi surau..Sebab kami pecut malam tu seorang Mak Cik tak dapat tunaikan solat terawih..Tu semua sebab kami..Sebab kami nak cepat sampai ke surau...Malam tu kami solat terawih dalam keadaan sedih..Sedih sampaikan takde kekhusyukan dalam solat kami..Masing masing macam rasa bersalah yang amat.Selesai solat kami tak banyak cakap terus balik rumah masing masing..Esok tobat dah tak nak lari lari lagi dah..Tanak lumba lagi..Kesian kat Mak Cik yang tak bersalah tuu...Kenangan yang tak kan Lya lupa !!!

Akhirnya siap juga entri untuk hari ke sembilan dalam menempuh #Cabaran20Hari.Harapan Lya,semua cabaran yang mencabar ini berjaya Lya lalui dengan jayanya.Setakat hari ke - 9 ni masih boleh buat lagi laaa nampaknya..Moga moga hari seterusnya cabaran akan tetap disiapkan..InsyaAllah ..Aaamin aamin ..

#Cabaran20Hari, #HariKeSembilan #ExchangeFeedGroup #KelabBloggerBenAshaari #AkifImtiyazDotCom

Artikel Menarik yang Lain

5 sang pencerita

  1. Sholat terawih sambil nangis ke nih??

    ReplyDelete
  2. kenangan lama² ni sentiasa jadi ingatan..seronok zaman budak² dulu kan

    ReplyDelete
  3. Selamat menempuh cabaran ...
    Jemput join segmen Yaya
    http://stnrsyfh.blogspot.com/2015/07/segmen-memoir-of-ramadhan-by-yaya.html

    ReplyDelete
  4. Hihihii.. kenangan lama mmg seronok bila diingat semula terutama dlm bulan ramadan ni kan.. :) :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.