Ketuk Minda

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

~Bismillahirrahmanirrahim~

Anak-anak buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlau dipuji,yang lemah janganlah kita keji.

Anak cantik,anak cerdik; itu ujian.Cuma pinjaman.ALLAH nak tengok kita demand ke tidak.

Anak biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH.Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga. Tak perlu kecewa anak kita tidak ternama. Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita.

Anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan dunia dan isinya. Jangan lukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

Anak-anak kita bersih, jiwa mereka jernih. Yang salah kita, cepat lupa dengan tipuan dunia. Tataplah mereka penuh amanah.

Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk menjadi ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu anak-anak yang kita tak beri penuh perhatian akan menjaga kita ketika tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Wallahualam..

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Biasa anak yg tak disukai tu r yg akn jga ibubapa bile dh tua..mcm drama2 tu..kn ..
    efg034 membuat laporan :)

    BalasPadam
  2. Yup betul tu, jangan pernah sekali membezakan anak-anak. Jangan pernah merendahkan anak-anak. Mereka permata paling bernilai.

    BalasPadam
  3. nice sharing... setiap anak adalah istimewa...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.