Dua Tahun Telah Berlalu...

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Sesi mengimbas kembali..Gambar sebelah kiri Lya rakam ketika Akif berusia 4 Tahun 2013.Gambar sebelah kanan Lya rakam ketika balik kampung baru baru ni,umur Akif 6 Tahun 2015.Lokasi masih lagi tempat yang sama di bawah pokok mangga.Underneath pokok manggakkk gituuu !!!

Perubahan setelah dua tahun.Apa yang masih sama ?? Senyuman dia kekal sama seperti dulu.Gigi masih lagi kekal takde yang rosak lagi setelah dua tahun.Ramai yang cakap,pandai Akif jaga gigi comel jer gigi dia..Hehehe tu Umi dia yang uruskan..Alhamdulillah sampai arini masih kekal camtu takde masalah bab bab penjagaan gigi Akif.

Beza yang ketara pada gambar..Rambut Akif laaa yang paling ketara..hehehehe.Kalau dulu tahun 2013 Akif empat tahun tak masuk sekolah lagi rambut dia memang panjang.Al maklum la anak Umi ni Ustaz Akhill Hayy Junior..Akhill Hayy la sangat.Ok untuk tahun 2015 ni rambut Akif dipotong pendek,lebih kemas sikit sebab Akif dah sekolah.Walaupon Pra Sekolah,rambut kena pendek jugak macam sekolah biasa.Jadi tak boleh laa nak berambut panjang macam dulu..

Camner boleh timbul nak update entri ni ?? Tetiba jer bila tengok gambar Akif yang terbaru kat bawah pokok mangga tu teringat gambar lama dia masa usia Akif 4 tahun.Tu laaa tercari cari gambar tu jumpa kat FB.Gabungkan dua gambar masuk IG dan hari ni siap buat entri ... Layan gambar budak kecik ni kejap !! ..Lya ada kerja nak buat ni..Jumpa lagi sahabat !!

Dulu Dan Sekarang


#diasukasengeh #diasukaposing #diasukasenyum #diaanaksaya #diaanaklelakisaya #diakawanketawasaya #diatemangaduhsaya #diabuahhatisaya #diasukagelak #diasukaketawa #blogger #parentingblogger #blogakifimtiyaz #akifimtiyazdotcom #kelabblogggerbenashaari #exchangefeedgroup

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. whoaa! stylo sangat rambut akif 2013 tu, gambar bertocang takde ke lya,
    duluuuuu la "masa zaman pakat2 iron rambut tu".. i is suka gak tengok lelaki2 bertocang ni.hehe

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.