❤ Bukan TIBI Tapi SEL DARAH PUTIH TINGGI !!! ❤

June 26, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Alhamdulillah semalam last day Lya ke Hospital..Semalam jugak result untuk ujian TIBI dan ujian ujian yang sewaktu dengannya dahpon Lya perolehi.Syukur sangat sangat bukan TIBI..Maknanya result Lya NEGATIF TIBI.Alhamdulillah syukur syukur syukur..Cuma yang Doktor Sabiq bagitahu jangkitan kuman dalam paru paru masih ada lagi.Pastu Doktor Sabiq cakap sel darah putih tinggi sikit.Alamak apa benda pulak sel darah putih tinggi..Seyess bab bab ni memang Lya fail.Maka duk tanya jugak Doktor Sabiq tapi tak banyak la yang Lya dapat..Biasa laa masa Doktor yang terhad nak check up pesakit lain yang duk menunggu kat luar sana ..Jadi ambik mana yang penting jer laaa..

Ok SEL DARAH PUTIH TINGGI !!!!..Camner leh jad lagu tu..Nak kena GOOGLE la jawapnyer..Google punya google ..Nah ambik kau banyak pulak yang keluar kat senarai terpilih MR GOOGLE tu bahasanay INDONESIA la pulak.Bahasa Melayu yang mudah aku paham tak banyak la..Camner nak tau kalau tak usaha carik..Maka Lya decide nak PM Dr Shikin Zainal tapi lupa pulak laa apa nama FB Dr Shikin..Carik punya carik tak jumpa padahal dalam friendlist Lya tu Dr Shikin Zainal ni..Adusss nak tanya saper lagi ...Ha aa sorang lagi Dr..Ok aku PM Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar sebab Dr Khairul pernah jugak la ADD COMMENT kat status sakit Lya ..Boleh la kot kalau nak tanya benda bab bab kedoktoran ni...

''Salam Doc ..Selamat menjalani ibadah puasa..Doc..saya ada sedikit kemusykilan utk bertanyapada Doc..Harap dapat membantu ...

21.6 baru2 ni saya ada buat ujian utk TIBI kerana betuk berpanjangan ..25.6 semalam rwsukt jeluar NEGATIF TIBI

Result*

Tapi saya ada sedikit kemusykilan la Doc..Dr yang merawat saya cakap sel darah putih saya tinggi ...Saya dah cuba google mengenai sel darah putih tinggi ni tp yg byk keluar bahasa indon

Doc blh terangkan tak kenapa ya sel darah putih boleh jadi tinggi..Dr cakap mungkin sebab jangkitan kuman pada paru2 baru2 ni...Tapi saya nak tahu detail mengenai sel darah putih tinggi..kalau2 droc ada link berbahasa melayu utk sennag saya faham boleh Doc kongsikan ...''

Soalan Lya yang tak berapa nak skema tu berbunyi seperti kat atas sana sana sana ...Fuhh dah la tak skema penuh ngan TYPO sana sini.Ok,Lya PM Dr Khairul jam 5.44 pagi tadi lepas sahur..Dr Khairul balas jam 8.09 pagi tadi .. Apa kata Dr Khairul tentang ni..Jom baca !!


Sel Darah Putih Tinggi

Ok dah faham sikit laa tentang Sel Darah Putih Tinggi ni...Terima kasih banyak banyak Doktor sebab sudi bagi penerangan yang paling mudah untuk saya faham..Maknanya Sel Darah Putih Tinggi ni akan tentukan antibiotik yang sesuai untuk Lya ambil.Macam tu rupanya.Ok la FAHAM FAHAM.Tapi nak jugak carik lagi nak kasi lebih FAHAM tentang Sel Darah Putih ni..Maka gigih jugak la mencari...

Sel Darah Putih 


Sel darah putih adalah sel yang membentuk komponen pada darah. Sel darah putih disebut juga leukosit. Sel ini mempunyai inti, tetapi tidak mempunyai bentuk sel yang tetap dan tidak berwarna. Sel darah putih dalam setiap milimeter padu darah lebih kurang berjumlah 8,000. Tempat pembentukan sel darah putih adalah pada sumsum merah tulang pipih, limpa, dan kelenjar getah bening. Semua sel darah putih mempunyai masa hidup antara enam hingga lapan hari.Sel darah putih ni ada lime jenis  iaitu limfosit, monosit, neutrofil, eosinofil dan basofil.Alahai macam macam nama..Sah sah memang Lya tak faham..Baca jer laa buat buat faham kengkonon.Hehehehe..

Jenis-Jenis Sel Darah Putih (Leukosit) dan Fungsinya 


Macam yang Lya tulis kat atas tu,Sel Darah Putih ada lima jenis kesemuanya dan fungsi fungsi yang terdapat pada kelima lima jenis ini adalah :

- Neutrofil
Neutrofil adalah sel darah putih yang mempunyai jumlah yang besar iaitu kira-kira 60% hingga 70% sel darah putih (leukosit) dan mempunyai garis pusat dari 10 sampai dengan 12 mikrometer,dan Neutrofil mempunyai 3 inti sel yang berwarna merah kebiruan serta kumpulan dari granula.Neutrofil boleh diketahui dengan melihat butiran yang ada di sitoplasma.Proses kerja dari Neutrofil membunuh bakteria dengan menelannya secara langsung,proses ini disebut dengan fagositosis.proses tersebut dapat diketahui dan dijumpai pada saat luka yang bernanah. Neutrofil dapat bertahan hidup 6 hingga 10 jam.

- Monosit
Monosit adalah sel darah putih yang berjumlah 1-10% yang berubah menjadi makrofaj dalam memerangi benda-benda asing yang menyerang tubuh dengan keluar dari aliran darah dan masuk ke jaringan tubuh. Monosit mempunyai masa hidup yang lebih lama dari pada neutrofil, Monosit akan tinggal dalam aliran darah selama 10-20 jam. selepas itu monosit akan tinggal dalam beberapa hari di dalam jaringan tubuh.

- Basofil 
Basofil adalah sel-sel darah putih yang berjumlah 0,01-0,3%, yang mengandungi banyak granul cytoplasmic yang berjumlah dua cuping dan boleh bergerak ke tisu dalam keadaan tertentu.Basofil sebahagian daripada granulocytes, apabila diaktifkan,basofil akan mengeluarkan sebatian seperti kondroitin, histamine, leukotriena, heparin, lisfospolipase, elastin dan beberapa jenis atau jenis cytokines.

- Eosinofil 
Eosinofil adalah sel darah putih yang jumlahnya 7% dari  jumlah leukosit dalam tubuh kita yang memerangi parasit multiselular dan beberapa jangkitan yang terjadi pada haiwan vertebrata. Eosinofil berdiameter 10 Hingga 12 mikrometer. Bilangan eosinofil juga meningkat disaat terjadi asma, demam dan alergik yang menjadikan hidup eosinofil antara 8 hari hingga 12 hari. Eosinofil berfungsi ATAU berperanan dalam melawan parasit multiselular dan merespon alergik.

- Limfosit
Limfosit adalah sel darah putih yang berjumlah 40 hingga 50%  jumlah terbesar kedua daripada sel darah putih .Limfosit terbahagi atas sel T, sel B dan sel pembunuh semula jadi. Sel T dan sel pembunuh berperanan dalam menyerang sel-sel asing dan membuat racun sedangkan sel B yakni membuat antibodi. Limfosit mempunyai 1 nukleus dan tidak motile. Fungsi secara umum limfosit adalah membuat antibodi dan menjaga kekebalan tubuh.

Ok tu la sikit sebanyak maklumat yang Lya dapat dari Mr Google..Seyess banyak maklumat dalam bahasa Indonesia..Jadinyerr kat sini ayat ayat yang Lya bawak kat dalam entri ni ada jugak la sedikit sebanyak ayat Indon kot..Tak berapa nak faham sangat la walaupon dah cuba translate BAHASA MELAYU ..INDON jugak yang keluar aduhai ........ 

Apa apa pon Lya bersyukur sangat sebab penyakit yang Lya hidapi sekarang ni BUKANNYA TIBI tapi Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru dan jugak Sel Darah Putih Tinggi !!!..Dengar pada Sel Darah Putih Tinggi tu rasa GERUN pon ader...Aduhai ..Kena kaji banyak lagi la bab bab kesihatan...Ok dah habis dah entri kali ni..Kita jumpa lain kali pulak la ya !!! Salam Ramadhan Al Mubarak untuk sahabat ...


Artikel Menarik yang Lain

3 sang pencerita

  1. Moga cepat sembuh kak lya... Bykkan zikir dan doa juga..

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh Kak Lya....

    ReplyDelete
  3. Bila nie Lya? Moga Lya kembali sihat yer...

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..