❤ Sertai Kempen Taja Shopping Raya 2015 Projek Iqra' ❤

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Bantu Orang Susah..Allah Akan Bantu Kita..


Bismillahirahmanirahim..Memulakan langkah untuk menaip entri pada pagi ini ..Lya mendoakan agar sahabat Lya dalam keadaan sihat walafiat.

Sahabat pernah mendengar ayat yang berbunyi begini :-

"Barang siapa yang meringankan beban saudaranya di dunia ini, Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat"..

Setiap kali menjelang bulan Ramadhan kita pastinya tertanya tanya bagaimana anak anak yang kurang bernasib baik membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.Pastinya anak anak ini juga ingin merasai keindahan,keseronokan dan juga kenikmatan dalam menyambut Hari Raya.
Alhamdulillah,Untuk kesekian kalinya Projek Iqra' telah menjalankan Kempen Shopping Raya 2015 dengan hanya menaja RM200 setiap seorang...

Dengan cara ini kita semua berpeluang untuk membantu mereka menyiapkan persiapan raya mereka.Apakata kita sama sama bantu mereka dengan menaja setiap setiap seorang RM200.Jadi tunggu apalagi,jom kita sama sama menyertai Program Projek Iqra'..Sama sama menyokong insiatif Projek Iqra dalam menjayakan Program Shopping Raya 2015.Semoga usaha murni Projek Iqra' ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.Semoga usaha kita dalam mencari pahala Allah akan sentiasa dirahmati dan dipermudahkan...Aamin aamin..

VIDEO PROMO SHOPPING RAYA 2015 PROJEK IQRA'



KEMPEN TAJA SHOPPING RAYA 2015 PROJEK IQRA'

Pada 15 Mei yang lalu pihak Projek Iqra' telah bersiaran di radio Bernama24 jam 8.30 pagi membicarakan mengenai apa itu Shopping Raya 2015.Semoga selepas ini akan lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang prihatin di luar sana tampil untuk membantu.Sama sama kita bantu setakat yang termampu.Jom support Shopping Raya 2015 bersama Projek Iqra'.

VIDEO TEMURAMAH SHOPPING RAYA 2015 DI RADIO BERNAMA24


SAMA SAMA HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN


Untuk maklumat lanjut,anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah:

– Solleh (0176702033)
– Sharifah (0172748904)
– Khairul anuar (0167361067)
Penyertaan tajaan masih lagi dibuka kepada yang berminat.Pihak Projek Iqra' sangat mengalu-alukan sahabat sahabat yang ingin turut serta menaja dalam program ini,boleh lah berbuat demikian.

Untuk menaja sila ke http://bit.ly/shoppingraya2015

Semoga usaha kita sentiasa diberkati Allah SWT.Terima Kasih pada yang sudi membantu.Hanya Allah lah yang akan membalas setiap kebaikan.Terima Kasih !!.

Tidaklah akan berkurang harta yang kita infak/sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah melainkan Allah akan menggantikannya dengan berlipat ganda.

Hidup ini untuk Allah,bukan untuk manusia.Kebaikan kita kepada manusia,adalah kerana kita sedang mencari redha Allah,dan bukannya kerana kita mencari redha manusia.

Jom sama-sama kita mengejar ganjaran Allah !!

#projekiqra #kelabbloggerbenashaari #kbbaprojekiqra #sahabatiqra #sukarelawan #socialmedia #volunteer #charity #shoppingraya2015 #blogger #parentingblogger #blogakifimtiyaz #akifimtiyazdotcom

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.