❤ Review Aku Penghibur | Siapa Di Sebalik Nama AKU PENGHIBUR ❤

May 19, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

KENALI SIAPA DI SEBALIK NAMA AKU PENGHIBUR 


Aku Penghibur ? Mula mula Lya dengar nama Aku Penghibur,terdetik kat hati Lya,''Ooo,si penulis blog ini pastinya suka menyanyi dan suka menghiburkan orang lain dengan nyanyian.Itulah pandangan jujur Lya mengenai pemilik akupenghibur.com pada mulanya.Tapi,sangkaan Lya meleset sama sekali.Jauh benar lari dari diri pemilik blog Aku Penghibur.

 Domain akupenghibur.com yang cukup unik dan versetail.Tatkala melihat nama domain ini,tanggapan pertama kita pastinya blog ini adalah sebuah blog yang berkait rapat dengan hiburan.Betul tak ? Kalau betul sila angkat kaki..Opsss angkat tangan laa !!

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging.Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik".Di situlah Acik mendapat nama Aku Penghibur untuk digunakan dalam dunia blogging.

Acik...Aku Penghibur


www,akifimtiyaz.com

Nama di beri Mohd Izahar Bin Sabtu,seorang pemberi motivasi di laman sosial memberi penekanan terhadap gaya hidup,perihal cinta,kehidupan remaja,jurnal kekeluargaan dan advertorial.

Berkelulusan Bachelor Mass Communication (hons) Broadcasting UiTM dan pemegang Diploma dalam Pemasaran Politeknik Merlimau Melaka.


Pemilik yang mesra disapa Acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog.Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat,untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Seorang yang pernah gagal dan tidak putus asa untuk mencuba sesuatu yang baru.Lahir dari keluarga yang sederhana dan menulis melalui jiwa melalui penceritaan di blognya.

Secara peribadi pula,Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia.Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna,bagai kata-kata seorang abang kepada adik.Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model,dahlah comel,boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya! Acik juga seorang yang 'low profile' 

Disebalik kejayaan dalam dunia blogging,Acik sebenarnya mendapat sokongan paling kuat dari ibu sendiri yang sentiasa mendoakan kejayaan Acik.Sokongan tanpa jemu juga hadir dari adik beradik dan keluarga,sahabat di alam realiti dan juga sahabat maya,serta pembaca di Blog Aku Penghibur.

Sebagai seorang blogger,Lya sangat sangat berbangga dengan Acik.Apa taknya dua tahun berturut turut Acik telah memenangi Best Lifestyle Blog MSMW.Acik pernah memenangi Best Lifestyle Blog MSMW untuk tahun 2014 dan untuk tahun 2015,sekali lagi Blog Aku Penghibur telah dinobatkan sebagai JUARA..Tahniah Acik.Antara bait bait kata Acik selepas dinobatkan sebagai pemenang."Bila tahu menang,mak selalu ingatkan Acik.Terbanglah tinggi semana mahumu,tapi jangan lupa pada tanah yang banyak berbudi.Dari tanah kita datang dari tanah juga kita kembali.Itulah yang tersemat di hati ini''.

Satu entri Acik yang dipublish pada bulan Disember 2011 Islam Bukan Sekadar Pengenalan Diri , sangat memberi kesan pada diri Lya....Lya sertakan serba sedikit coretan Acik,..Untuk lebih memahami dan menghayati cerita sebenar disebalik coretan Acik,sahabat Lya boleh KLIK link merah,di atas..

Sebagai seorang yang telah beriman kepada ajaran yang benar dan beriman kepada Tuhan yang benar,maka sepatutnya kita berbangga sebagai penganut ajaran Islam.Ini kerana hanya agama Islamlah agama yang diterima disisiNya.

Firman Allah s.w.t.

"Sesungguhnya agama yang diredhai Allah hanyalah Islam"
Surah Ali-Imran : 19

Aku Bangga sebagai Islam..!

Namun jangan sekadar ucapan dibibir sahaja..!
Lidah mengatakan 'Aku Bangga sebagai Islam',namun jiwa dan peribadi masih lagi menunjukkan peribadi dan akhlak yang sama seperti orang-orang bukan beragama Islam.

Apa tanda kita bangga sebagai Islam...?

Apabila kita berbangga sebagai Islam,maka sudah pastinya kita akan menjalankan segala suruhan Allah s.w.t. dan mengamalkan sunnah baginda s.a.w. dalam kehidupan.Kita berbangga mengenakan pakaian menutup aurat di khalayak ramai kerana mengikuti suruhan Allah dan bukannya bertujuan menunjuk-nunjuk....

Ok,Lya dah cerita sedikitt sebanyak mengenai Acik,tapi ada lagi yang belum sempat Lya cerita.Kalau sahabat semua nak tahu pelbagai cerita mengenai Acik,jangan malu jangan segan jemput SINGGAH KE BLOG AKU PENGHIBUR .Pelbagai input menarik yang boleh sahabat perolehi jika selalu berkunjung ke akupenghibur.com.Tak percaya..Kalau tak percaya,cuba TERJAH dulu sekali kat Blog Aku Penghibur.Lya yakin,sahabat Lya pasti akan berkunjung bukan sekali,bukan dua kali,bukan tiga kali tapi anda akan berkunjung berkali kali kerana Blog Aku Penghibur pasti menjanjikan sesuatu yang TERBAIK buat anda...

Akhir kalam..Tahniah lagi sekali buat Acik.Kak Lya doakan Acik akan terus berjaya dalam dunia blogging,berjaya dalam hidup di dunia dan juga akhirat.InsyaAlllah..Aamin aaminn...

JOM KITA SERANG BLOG AKU PENGHIBUR !!!!!!!!!!!!!!
  
AKUPENGHIBUR.COM

Artikel Menarik yang Lain

17 sang pencerita

  1. acik ni blog dia menarik perkongsiannya...

    ReplyDelete
  2. Good Luck Acik...

    family #EFG sentiasa mendoakan kejayaan Acik.

    ReplyDelete
  3. bagus akak kongsikan entry Acik tu... sangat mendalam maksudnya kan... :)

    tahniah Acik...!!

    ReplyDelete
  4. allahurabbi terima kasih kak lya..May Allah bless you

    ReplyDelete
  5. Islam generasi sekarang..hanya pada nama.... Tugas blogger, sampaikan dakwah melalui penulisan.... :)

    ReplyDelete
  6. terimakasih atas perkongsian entry acik yang itu, k.Sue belum jumpa&baca lagi rupanya

    ReplyDelete
  7. tahniah acik selepas penat lelah berjuang dalam stdy

    ReplyDelete
  8. Selalu jg berkunjung ke blog achik ni terutama masa mula2 berblog dulu. Penulisannya santai dan kemas.

    ReplyDelete
  9. penulisan diblog achik sgt memberi kesan kpd pembaca..

    ReplyDelete
  10. Acik adalah antara blogger lama yg mula2 saya kenali waktu awal berblog dulu.. semoga Acik terus sukses.. :)

    ReplyDelete
  11. penulisan blog acik mesti ada kisah tersendiri sebagai panduan hidup

    ReplyDelete
  12. sama la kak ingatkan penghibur betul gitu hehee . .

    ReplyDelete
  13. aku penghibur..sangat menghiburkan.. :D

    ReplyDelete
  14. blog banyak madah cinta.. kes cinta.. hahaha..
    kdg2 singgah tp jadi silent reader..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.