Salam Ukhuwah Fillah ..
Salam Jumaat Sahabat ..
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...
Karnival Sukan Nazim Zon Pantai Timur
Alhamdulillah 1 May 2015,hari Jumaat penuh barakah telah berlangsung Karnival Sukan Nazim Zon Pantai Timur bertempat di Padang Astaka,Kemaman Terengganu.Karnival Sukan Nazim dianjurkan oleh ISMA,KELAB NAZIM dan juga Biro Keluarga dan Masyarakat Isma (BKN) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman.Antara yang menyertai pertandingan ialah Kelab Nazim Kemaman,Kelab Nazim Dungun,Kelab Nazim Kuantan dan juga Kelab Nazim Temerloh.
Kelab Nazim Kemaman,Juara Karnival Sukan Nazim Zon Pantai Timur
Anak anak Lya,Insyirah dan Iman mewakili Kelab Nazim Kemaman yang telah dinobatkan sebagai JUARA keseluruhan untuk Karnival kali ini.Pasukan Kelab Nazim Kemaman telah bersaing sengit dengan Kelab Nazim Kuantan bagi merebut gelaran JUARA.Alhamdulillah rezeki berpihak kepada Kelab Nazim Kemaman.Go Go Kemaman,Allahhuakbar !!!. Tahniah sekali lagi buat team anak anak Lya,Kelab Nazim Kemaman.Anak anak yang terlibat semua memang hebat dan berbakat.
Alhamdulillah,Terima Kasih
Untuk acara dan aturcara majlis yang berlangsung pagi tadi,alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.Majlis berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.Alhamdulillah juga,hari ni tak hujan..Kesempurnaan untuk majlis pada pagi tadi adalah kerjasama antara semua AJK yang terlibat bersama dengan ibubapa dan juga orang ramai yang hadir.tahniah semua kerana berjaya menyempurnakan majlis hari ini.Syukur padaMu Ya Allah.
Terima Kasih buat semua yang telah membantu dari segi tenaga,wang ringgit serta masa bagi menjayakan Karnival Sukan Nazim Zon Pantai Timur 2015.Semoga dengan amal yang sedikit ini memberi pemberat imbangan kita di akhirat kelak.Syukur alhamdulillah.
Objektif Karnival Sukan Nazim
Berbalik kepada objektif sebenar Karnival Sukan Nazim yang memperkenalkan permainan tradisional melayu iaitu tarik upih,tarik tali,susun tempurung dan juga lari dalam guni.Ianya adalah untuk memberi hiburan dan kegembiraan di samping secara tidak langsung riadah yang dapat mengeluarkan peluh agar tubuh badan dalam tahap yang memuaskan.Karnival kali ini juga dapat membiasakan anak anak dengan sukan tradisional,mengeratkan hubungan baik antara setiap NAZIM dari Zon Timur,menyemai dan mempuk nilai nilai murni melalui sukan tradisional,melahirkan generas islamis yang kuat dari segi rohani dan jasmani serta menyediakan suasana yang solehah dalam sukan.Alhamdulillah tercapai matlamat kita hari ini..Syukur syukur...
Gambar Gambar Sekitar Karnival Sukan Nazim Zon Pantai Timur
Sebelum acara bermula..Snap gambar tiga beradik dulu..Masa mood OK camni gambar pon macam cantik macam comel jer ...
Kakak Insyirah & team..Lebih kurang jer tingginya..
Abang Iman & team menang tempat kedua acara tarik upih...Masa Abang Iman main sukan ni Umi tak sempat nak tengok sebab sibuk dengan Akif merengek panas..
Abang Iman & team menang tempat kedua dalam acara tarik tali..
Team Kakak Insyirah menang tempat kedua acara susun tempurung..Nak gelak pon ada tengok diaorang duk main lempar tempurung hingga keluar garisan..
Panas panas pon sempat lagi bergambar..Sesekali bukan setiap hari duk tengah panas..
Yeyyy Kakak Insyirah & team dapat JOHAN..Alhamdulillah ..Tahniah anak anak Nazim Kemaman..
Sempat lagi masa rehat mengadap aiskrim oreo..Makan jangan tak makan..
Umi menang cabutan bertuah..Yey yeyy bertuah sungguh laaa hehehehe..Kakak Insyirah wakil Umi..Dapat tikar dan jugak tudung yang cantik sangat sangat..Merah gituuu !! Alhamdulillah rezeki.Terima kasih ..
Sekitar karnival pagi tadi...Sero ok tengok anak anak aktif.
Akif tak join aktiviti sekadar pemerhati jer sebab umur Akif baru 6 tahun.Acara hanya untuk anak anak Nazim yang berusia 7-12 tahun.Akif jadi penyokong kuat Kakak Insyirah dan juga Abang Iman untuk Team Nazim Kemaman.Go Go Kemaman !!! Allahhuakbar ...
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..Terima kasih sekali lagi buat semua yang terlibat.Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus erat dan InsyaAllah kita jumpa lagi di program yang akan datang.
SEMOGA ANAK ANAK NAZIM TERUS MAJU DAN BERJAYA !!
SEMOGA ANAK ANAK NAZIM TERUS MAJU DAN BERJAYA !!
8 Ulasan
Best kan tengok budak-budak bila bersemangat nak join aktiviti seperti ini. Hope boleh kekal la sampai besar. Boleh lebih aktif kan :)
BalasPadamwahh bestnyaaa juara! :D
BalasPadambestnya....sukaneka tradisi dah lama betol xtgk... :D
BalasPadammacam meriah je..
BalasPadambestnya..
BalasPadamhensemnya akif !
BalasPadambestnya .. singgah lagi dekat entry niii :)
BalasPadamWahh best2.. tahniah.. suka sgt dgn aktiviti2 mcm ni. Bagus utk kesihatan dan pendedahan yg sihat buat anak2.. syabas.. :)
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.