❤ Familia Myvi Club (FMC) Janji Bantu Dua Anak Yatim Piatu ❤

May 04, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Familia Myvi Club (FMC)  Janji Bantu Dua Anak Yatim Piatu


KUALA LUMPUR: Kelab Myvi yang sedang disiasat kerana didakwa menyebabkan kemalangan sehingga mengorbankan tiga beranak di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), berjanji untuk menjaga kebajikan dua anak perempuan mangsa.

Ahli-ahli Familia Myvi Club (FMC) pada Ahad mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa nahas iaitu Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari di Batu Caves pada pukul 5 petang.

Bercakap kepada pemberita selepas lawatan itu, wakil FMC Hairul Safuan berkata, ahli-ahli kelab automotif itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menjelaskan kisah kejadian daripada pihak mereka.

“Kami mahu membersihkan nama-nama kami.Selepas kejadian itu,beberapa ahli-ahli kami menerima ancaman di Facebook dan WhatsApp.Individu yang tidak dikenali ini mengugut untuk memukul ahli kami atau merosakkan kereta ahli kelab jika ditemui,” katanya.Hairul menambah, pihaknya turut memberitahu keluarga mangsa bahawa FMC telah bersetuju untuk membela nasib dua kanak-kanak perempuan yatim piatu itu, Nur Firuza Amira,7 dan Nur Firuza Akila, 3 sehingga mereka berusia 18 tahun.


“Kami telah berbincang dan bersetuju untuk mengumpulkan dana bagi membiayai kebajikan kanak-kanak ini sehingga mereka mencapai usia 18 dan kami juga menghulurkan sumbangan awal kepada keluarga mangsa”.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak polis dan keluarga mangsa semasa siasatan dijalankan.Jika didapati terdapat ahli-ahli kelab kami yang melakukan kesalahan, kami tidak akan membela kesalahan itu, ” kata Hairul.

Sumber :  MStar


Artikel Menarik yang Lain

4 sang pencerita

  1. Baguslah.. bukan Myvi atau kelab yg bersalah.. yg salah individu yg tak bertanggungjawab dan melanggar undang2 tu...

    ReplyDelete
  2. Bila dgr dapat tahu pasal hal ni haritu mmg kesian dgn dua orang anak mangsa. Mungkin dah smpai ajal mereka. Sbb Allah menjadikan kematian itu disebabkan atas sesuatu. Tapi harap lepas ni kes macam ni jadi pengajaran buat mereka2 kat luar sana yg suka bawa kete dgn laju.

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..