Salam Ukhuwah Fillah ..
Salam Khamis Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...
Cantik ? Cantik tu macam mana ya ? Macam mana cara kita untuk MENAFSIRKAN Cantik !!!
Kecantikan biasanya disertai dengan keanggunan,kehalusan dan keelokan.Ada juga yang mentafsirkan kecantikan itu sesuatu yang indah dan dapat membuatkan seseorang menjadi suka dan mencintai.
Islam tidak menetapkan satu ciri khusus sebagai kriteria “wanita cantik”,juga tidak menyatakan bagaimana seharusnya penampilan seorang wanita agar kecantikannya terserlah. Akan tetapi,Islam adalah agama yang menyeru kepada kecantikan dan keindahan.Kecantikan yang berbentuk maknawi iaitu berupa akhlak,sifat dan sikap,itu adalah kecantikan sebenarnya dalam Islam.
Cantik itu bersifat subjektif dan sering berubah-ubah.Boleh ditafsirkan dengan banyak perkara atau benda.Dari segi percakapan yang baik dan sopan juga boleh dianggap cantik.Baik budi pekerti,manis tutur kata,dan indahnya akhlak dan juga sahsiah itu juga definisi cantik.
Kecantikan wanita yang solehah (isteri) terletak pada 4 perkara iaitu :
- Agamanya
- Keturunannya
- Hartanya
- Kecantikannya
Ramai yang menganggap hanya kecantikan paras rupa itu jaminan seseorang itu untuk hidup bahagia kan? Tidak sama sekali..Tapi yang sebenarnya agama lah jaminan yang kekal selamanya.Betul tu...Jangan kita lupa secantik-cantik ciptaan yang sempurna hanya Dia Yang Maha Berkuasa.Cantik hatinya,maka cantiklah dirinya...
7 Ulasan
amin
BalasPadamjom kita cantikkan diri :)
BalasPadamCantik biarlah pada pandangan mata hati.. itulah sebaik2 kecantikan.. :)
BalasPadamcantik itu harus daripada dalaman baru nampak luaran tu cantik..kan?? :) :)
BalasPadambiarlah cantik di hati... biarlah Allah yg tahu kecantikan hati kita kan....
BalasPadamNice sharing.
BalasPadamcantik x semestinya dari paras rupa..
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.