❤ Rahsia Lesung Pipit ❤

April 17, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat ...

LESUNG PIPIT


LESUNG PIPIT adalah kecacatan pada otot zygomaticus di bahagian pipi,iaitu ia pendek dari normal.Jadi,apabila tersenyum akan berlaku ‘lekuk’ di bahagian tersebut. - Fakta -

Namun ternyata ia satu‘kecacatan yang indah’begitu indah ciptaan ALLAH yang dikatakan cacat pun masih tetap menarik.. ALLAHUAKBAR..

Terjadinya sebab untuk Lya menulis mengenai LESUNG PIPIT ni adalah kerana pagi tadi kat Group WhatsApp #exchangeFeedGroup dalam ertikata sembang pagi kitaorang duk cakap pasal lesung pipit jer..Yang memulakan adalah Kak Azilah sebab dia duk tengok gambar lesung pipit Akif.Maka ramai pulak la ahli efg yang muncul selfie lesung pipit hahaha.Ramai juga rupanya ahli efg berlesung pipit..

Ayat Arz Moha hehehe PARODI LESUNG PIPIT AKIF IMTIYAZ.Ada lesung pipit gak rupanya Arz Moha ni..Pastu keluar pulak Ezwan Papa Danish.Dengan muka tak berapa nak sadoo tu senyum sedalam mungkin katanya..Ha aa ada la nampak lesung pipit ciput kat situ hahaha.Pastu masuk pulak ayah angkat Akif hehehe Nazlee PcL,ada jugak sebelah dia punya lesung pipit..Nak jugak katanya hehehe.Akak Gojes pon tak nak mengalah selfie jugak dengan lesung pipit dia.Comel sangat.Lesung batu Kak Lya kata Akak Gojes..krikk krikk..Lesung batu pon lesung batu laa KG..Tetap comel gituuuuuuu... !!!!.Sorang lagi ahli efg yang ada lesung pipit ialah Syira Yaya.Ok tamat kisah lesung pipit ahli efg kita sambung ke rahsia di sebalik lesung pipit.

RAHSIA DI SEBALIK LESUNG PIPIT


Ada masyarakat percaya lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan hujung cili ke pipi bayi.Ini tidak benar kerana lesung pipit terjadi akibat variasi pada otot muka.Lesung pipit boleh muncul di kedua-dua belah pipi atau hanya di salah satunya sahaja dan biasanya akan terlihat dengan jelas pada wajah seseorang ketika mereka tersenyum,ketawa atau bercakap. 

Sebab paling biasa terjadinya lesung pipit adalah kerana kecacatan pada otot muka.Otot yang terhasil pendek.Sedikit sebanyak menjelaskan mengapa lesung pipit pada muka tidak sentiasa kelihatan apabila seseorang itu dalam keadaan rehat (pegun) kerana ketika itu otot yang 'cacat' ini biasanya dalam keadaan asalnya (pendek).Tindakan seperti senyum akan memaksa otot tadi bekerja menyebabkan kulit muka tertarik dan lekukan akan kelihatan.

Sesetengah kes,otot yang terhasil pendek ini boleh meregang perlahan-lahan mengikut perubahan masa.Itulah sebabnya ada orang yang mempunyai lesung pipit ketika mereka masih muda sahaja tetapi ia sudah tidak kelihatan apabila mereka semakin berusia.

Jika salah seorang daripada pasangan suami isteri mempunyai lesung pipit, 25-50% kebarangkalian anak yang bakal lahir akan mewarisi lesung pipit. Jika kedua-dua mereka mempunyai lesung pipit, kebarangkalian tadi akan meningkat kepada50-100%. Ia merupakan 'kecacatan' yang mudah diturunkan kepada keturunan masing-masing.

Lesung pipit/pipi dalam Bahasa Inggeris disebut dimple/+s juga boleh terbentuk pada bahagian badan yang lain, contohnya bahagian dagu dan punggung.

Lesung pipit atau lekuk kecil pada pipi seseorang dianggap sebagai penambah seri wajah tidak kira lelaki ataupun perempuan.

SUMBER : MR GOGLE ...

AKIF IMTIYAZ DAN LESUNG PIPIT 


Rahsia Lesung Pipit

Rahsia Lesung Pipit

Artikel Menarik yang Lain

22 sang pencerita

  1. Comel sangat akiffff!!!..nama syira pun ada gak..hihihi.

    ReplyDelete
  2. wah lya..tak sangka na sampai ambik cili nak bagi ada lesung pipit...btw,akif sangat comellll....

    ReplyDelete
  3. comelnyaaaaa...he he he, kita teringin nak ada lesung pipit...wakakaka, lepas tu Allah bagi satu musibah semasa berusia 12 tahun, kita accident langgar bas, kita yang langgar bas bukan bas yang langgar kita... ha ha ha...jatuh tertumus ke jalan tar, pipi sebelah kanan ke kiri gitu, tiba-tiba ada lesung pipit hasil accident... ooopsss...rahsia kita pun terbongkar di sini...ekekekeke...

    ReplyDelete
  4. Geram kat budak tecik tu...pinjam lesung pipit.

    ReplyDelete
  5. walaupun cacat, comel kott siapa yg berlesung pipit ni..hehe

    ReplyDelete
  6. lesung pipit dan kisah kita di #EFG pagi ni kan Lya, Akif tetap no one lah haha :)

    ReplyDelete
  7. cacat tetap comel . hehee . macam2

    ReplyDelete
  8. ooo... itulah rahsianya.
    manis dan comel pulak tu...

    ReplyDelete
  9. nice . saya suka tengok org yg ada lesung pipit senyum . sweet kan ?

    ReplyDelete
  10. Kecacatan yang paling terbaik :).. COmel

    ReplyDelete
  11. cacat yang comel... :) subhanallah

    ReplyDelete
  12. comel tau kalau lelaki atau perempuan yang ada lesung pipit ni. Untung Akif ada lesung pipit.

    ReplyDelete
  13. manis...comel ..suka tgk senyuman mereka yg berlesung pipit ni

    ReplyDelete
  14. amboi comeinyaaa anak kk lya ni..
    eh lesung pipit kat punggung cmne tuh hahahahahahahha

    ReplyDelete
  15. akif time baby omey angatttttttt

    ReplyDelete
  16. Wahh.. rugilah saya tak de lesung pipit.. nak buatlah hihii.. :)

    ReplyDelete
  17. comel akif. hehe kakak saya ada lesung pipit.. tapi saya takda.

    ReplyDelete
  18. Saya AdaLah SalaH seorang Pemilik LEsung Pipit :)
    AlhamDuLiLah ^_^

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.