❤ Pertandingan Mewarna PraSekolah Seri Geliga Bersama Bank Rakyat ❤

April 26, 2015

Salam Ukhwah Fillah ..
Salam Ahad Sahabat ..
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Pagi esok 27 April 2015,Akif dan anak anak sekolah PraSekolah SKSG terlibat dengan Pertandingan Mewarna PraSekolah Seri Geliga Bersama Bank Rakyat.Sejak dari hari Khamis lagi,Akif sibuk ulang cerita mengenai pertandingan mewarna yang akan diadakan.Pendek kata pagi,petang,siang juga malam si kecil Lya ni duk ulang benda yang sama.Dah macam kaset yang direwind dah jadinya.Memang excited sangat.Hari Khamis Cikgu dah hantar gambar persiapan untuk Majlis esok.Apalagi dah makin tak sabar la Akif nak join aktiviti mewarna esok.

Ibubapa juga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.Selain pertandingan mewarna terdapat juga cabutan bertuah,pemeriksaan kesihatan secara percuma,pameran kesihatan dan beberapa acara lain.Akif bila dapat tahu Cikgu bagi kebenaran Ibubapa hadir sama, apalagi bersunggun sungguh pujuk Umi dan Abah turut serta.Mula mula En Hubby tak pergi sebab ada kerja kat Kuala Lumpur.Dek kerana penangan pujukan anak bongsu ni,En Hubby minta orang lain gantikan tempat dia ke KL semata mata kerana Akif nak sangat Abah dengan Umi hadir.Ok settle satu masalah,berjaya juga anak bujang sorang ni pujuk abah dia....Ok esok pagi aktiviti Lya dan En Hubby..Kami ke Pertandingan Mewarna PraSekolah SKSG Bersama Bank Rakyat..Semoga segalanya berjalan lancar.InsyaAlah.

Pertandingan Mewarna PraSekolah Seri Geliga Bersama Bank Rakyat

Pertandingan Mewarna PraSekolah Seri Geliga Bersama Bank Rakyat


Aturcara Majlis

8.00 Pagi - Pendaftaran peserta di Dewan Iltizam, Sekolah Kebangsaan Seri Geliga.

8.30 Pagi - Pertandingan Mewarna PraSekolah

10.00 Pagi - Persembahan NURI bersama murid prasekolah

10.30 Pagi - Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah

- Ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Geliga
- Ucapan Perasmian Penutup oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kemaman
- Persembahan Murid PraSekolah
- Penyampaian Cenderamaat/Hadiah
- Cabutan Bertuah

12.45 Petang - Bersurai


Artikel Menarik yang Lain

15 sang pencerita

  1. Mesti akif pandai mewarnaaa ni .Eheh

    ReplyDelete
  2. Saya dulu masa tadika mmg suka masuk pertandingan mewarna ni.

    ReplyDelete
  3. Seronok acara mcm ni dgn anak2.. all the best ye.. :)

    ReplyDelete
  4. nani dari kecik tak minat mewarna. hahaha

    ReplyDelete
  5. Kak lya, pasnie buat entry hasil karya akif... hehe.
    Semoga akif dapat hadiah...

    ReplyDelete
  6. Wah.. Syok tu.. Teringat kenangan mewarna kecik2 dulu..

    ReplyDelete
  7. wahhh mesti akiff happy .. menang kak ?

    ReplyDelete
  8. lain kali pulak la ye klau ada rezeki :)

    ReplyDelete
  9. dulu dalam pertandingan mewarna angah selalu menang.. :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.