Kuih Cek Mek Molek

Kuih Cik Mek Molek | Kuih Cek Mek Molek atau lebih dikenali sebagai Cek Mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di negeri Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dengan ubi keledek rebus yang dilenyek dan diadun dengan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Kuih Cek Mek Molek digelar sedemikian kerana bentuknya yang bujur dan licin - molek. Sangat sesuai dimakan pada waktu pagi dan juga petang.

Kuih Cek Mek Molek

Resipi Kuih Cek Mek Molek

Bahan Bahannya :
- Ubi Keledek 
- Tepung Gandum
- Gula 

Rebus

Ubi keledek direbus bersama air dan juga sedikit garam sehingga empuk.Setelah empuk angkat dan toskan air.

Rebus

Buang kulit ubi keledek

Rebus

Setelah itu tumbuk ubi keledek yang telah dibuang kulit menggunakan lesung batu.Kalau tak nak tumbuk pon takpe boleh juga di lenyek menggunakan garfu.Lenyek hingga lumat.

Rebus

Masukkan tepung gandum sesuai dengan isi ubi keledek.jangan terlalu banyak takut nanti adunan menjadi terlalu keras.

Rebus

Kacau dan uli adunan sehingga menjadi doh.Ok adunan kita dahpun siap.Kat atas ni doh ya puan puan bukan bebola api tau...

Rebus

Bulatkan doh menjadi bebola kecil dan leperkan.Proses seterusnya masukkan sedikit gula di tengah tengah adunan dan bentukkan menjadi bentuk bujur.


Bentukkan biar jadi macam ni.Bujur ..walaupun ada juga yang tak berapa nak bujur sangat.


Setelah selesai proses membentuk,boleh lah digoreng menggunakan minyak yang panas.Bila dah nampak kekuningan boleh lah di angkat.


Ok inilah bentuk Kuih Cek Molek yang berjaya Lya siapkan.Sangat sedap dan lazat.Lembut gebu gitu.Al maklum la semua adunan cukup.

PERINGATAN :- Jangan makan semasa panas kerana air gula kat dalam Kuih Cek Molek ni boleh mencederakan bibir anda jika makan semasa panas.


Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. Sedapnya , rasanya macam pernah makan kuih ni dulu..

    BalasPadam
  2. perghhh gebus gebus betul kak lay punya cek mek molek.. mmg molek.. tp mmg kena pakai lesung batu eh?

    BalasPadam
  3. Nak try buatla, da byk stok ubi kat umah

    BalasPadam
  4. Oooo...senang je....tp kan SA ada tgok org buat cek mek molek tp kan....dlm nyer ada kelapa yg mcm org buat sumbat ikan cencaru tu...aoa SA ckp ni....alaaaaa mcm cucur badak tu....tp bentuk mcm cek mek molek

    BalasPadam
  5. macam menarik jer nak mencuba ni...he he he...nanti try...

    BalasPadam
  6. Sally pun selalu buat kalau tak jumpa kat kedai..hahaha...sbb ni jela yg paling senang :P

    BalasPadam
  7. elok je bujurnya tu kak lya...
    balik ni nak cari ubi kayu kat pasar tani lah... :)

    BalasPadam
  8. dah agak lama tak buat cek mek molek ni...

    BalasPadam
  9. comel lote cek mek molek puan Lya :)

    BalasPadam
  10. Sedapnya kalau buat minum petang, tambah pulak kopi o. Memang mantap

    BalasPadam
  11. Nama kuih ni cek mek molek rupanya...Ahha.. Along ske makan kuih ni..cumanya tak tahu nama..dekat nilai ni.. ada satu kedai yang along selalu beli kuih ni... :)

    BalasPadam
  12. tak pernah makan lagi kuih cek mek molek ni..

    BalasPadam
  13. tengok aje dah rasa terliur kita ni.. inshaAllah akan dicuba.. huhu

    salam singgah!

    BalasPadam
  14. oooo ni laa kuih cek mek molek...hehe pernah dengar xpenh pulak makan...

    BalasPadam
  15. senang je rupenya cara nak buat kuih ni...2 hari lepas baru cuba makan..sedap lah..kalau ada masa nak cuba buat sendiri pulak...resepi mcm keria aje kan,,,

    BalasPadam
  16. Buat breakfast sedap ni... menyelerakan... :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.