❤ KBBA Blogger's Day Out - 26 April 2015 ❤

April 23, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Tinggal dua hari lagi akan berlangsungnya KBBA BLOGGER,S DAY OUT bertempat di Kelab Komuniti Cyberjaya.Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan.InsyaAllah..Aaamin aamin.


Untuk maklumam semua KBBA Blogger,s Day Out merupakan aktiviti terbesar yang pernah diuruskan oleh team #kelabbloggerbenashaari sendiri dan mendapat tajaan daripada KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA,CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC) terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia,Cyberjaya.


KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA,CYBERJAYAVIEW SDN BHD.


KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA,CYBERJAYAVIEW SDN BHD telah wujud sejak 2006 lagi dengan menyediakan fasiliti untuk kemudahan sukan dan riadah antaranya ialah :-

 - Gelanggang Futsal
- Gelanggang Badminton
- Gelanggang Tennis, 
- Gymnasium, 
- Driving Range, 
- Sirkit Go-Kart, 
- Gelanggan Squash, 
- Gelanggang Basketball, 
- Gelanggang Paintball, 
- Dancing studio dan juga kolam renang. 

Selain itu KKTTC juga menerima tempahan untuk mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan dan seminar atau mesyuarat perniagaan.

Kemudahan asas yang tersedia : 
- Keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa. 
- Perkhidmatan katering juga boleh terus ditempah disini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi 03-8318 0008 atau boleh terus ke laman instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.

Aktiviti KBBA Blogger's Day Out


Antara aktiviti yang telah dirancang adalah  golf,badminton,go kart dan juga paintball.
Menurut founder #kelabbloggerbenashaari,Encik Ben Ashaari,Anda di luar sana dijemput hadir bagi memberikan sokongan moral dan memeriahkan lagi majlis.Apalagi,jangan lepaskan peluang untuk besama ahli ahli Kelab Blogger Ben Ashaari,bersama beramah mesra dan kenal mengenali sesama kita pada hari tersebut.Datang jangan tak datang ya...Kehadiran anda kami dahulukan dengan ucapan Terima Kasih..

 Penaja KBBA Blogger's Day Out


Cyberview Cyberjaya  www.cyberview.com.my
Yeos Malaysia  www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise  www.stampnprint.blogspot.com

#KBBABlogger'sDayOut  #KelabBloggerBenAshaari #Blogger Gathering #BlogAkifImtiyaz #Blogger #BloggerMalaysia 

Artikel Menarik yang Lain

16 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..