♡ Karnival Sukan Nazim Zon Pantai Timur ♡

Salam Ukhuwah Fillah ..
Salam Selasa Sahabat ..
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Jemputan buat ibu bapa anak anak NAZIM hebat Kemaman
Karnival Sukan Nazim akan berlangsung pada
Hari Jumaat 1/5/2015
 Bermula pada pukul 8.00pg-11.30pg
Bertempat di Padang Astaka Kemaman,Terengganu.
Acara Yang DiPertandingkan : Lari dalam guni,tarik tali,tarik upih dan menyusun bata.

 Karnival Sukan Nazim Zon Pantai Timur 


Pihak Nazim Kemaman berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk hadir memeriahkan lagi Karnival Sukan Nazim. 

Terdapat pelbagai acara menarik menanti ibu bapa semasa karnival dan juga cabutan bertuah.

Jangan lepaskan peluang ini !!! 

Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapatlah kita mengeratkan ukhuwah serta bersama-sama membentuk generasi yang soleh/solehah serta sihat rohani dan jasmaninya.

Zon Pantai Timur

Untuk aktiviti kali ini Kakak Insyirah dan Abang Iman telah terpilih untuk mewakili Kelab NAZIM Kemaman.Akif sebagai penyokong saja kerana Akif baru berusia 6 tahun.Anak anak yang terpilih untuk mewakili Kelab adalah anak anak yang berusia 7 hingga 12 tahun.

Semoga aktiviti yang bakal berlangsung ini,mendapat sokongan daripada ibubapa dan juga orang ramai diluar sana.Sama sama kita memeriahkan Karnival Sukan Nazim Zon Pantai Timur.Semoga segala perancangan dipermudahkan..InsyaAllah aamin aamin...




Catat Ulasan

10 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.