Fikir Dulu Sebelum Menyebarkan Penulisan Kita

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Sabtu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat ...

Terfikir sejenak untuk menaip entri..Apa benda yang Lya nak tulis..Kepala pusing pusing mencari idea tapi idea tak datang datang juga.Lalu muncullah idea nak menulis tentang VIRAL..Dunia kita sekarang,apa yang sedang viral sekarang,yang tu juga kita nak buat,yang tu juga kita nak tulis.Kadang kadang kita tak fikir apa kita buat apa kita tulis itu adalah saham akhirat kita.Kalau kita tulis yang baik baik Alhamdulillah,tapi kalau benda yang kita tulis tu benda tak baik hinggakan boleh mengaibkan seseorang bagaimana cara untuk kita mendapat sedikit pahala.Kita menambah dosa yang sedia ada.

Kadangkala apa jua yang kita buat,kita tulis,kita taip..Boleh buat orang lain TERLUKA,boleh buat orang lain BERKECIL HATI,boleh buat orang lain BERMURAM DURJA tanpa kita sedar.Kedangkala apa yang kita tulis atau kongsi boleh jadi DOSA yang tak tertanggung oleh kita.Apabila kita mengaibkan orang lain,dosa kita itu sudah tak tertanggung apalagi jika kita berkongsi pula aib orang tersebut dengan penulisan kita kepada orang lain diluar sana.Segala pahala kita beralih pada orang yang kita aibkan.Adakah kita sudah bersedia untuk menerima DOSA dari penulisan,bicara dan perkongsian kita itu.Adakah kita bersedia untuk menjadi MUFLIS diakhirat kelak diatas dosa yang kita lakukan ???  Kadang-kadang apa yang dibicarak,ditulis dan juga dikongsikan,Allah akan uji kembali apa yang kita tulis,bicara dan kongsikan itu.Jadi,nasihat Lya buat sahabat yang ingin berbicara,menulis ataupun berkongsi penulisan jagalah setiap perkongsian kita agar kita tidak terbeban dengan dosa...


Lya ada terbaca mengenai satu hadis sahih yang dipetik daripada Riwayat Muslim membawa maksud seperti berikut :

"Sesungguhnya Nabi SAW bertanya kepada para sahabat
Apakah kamu tahu siapakah orang yang MUFLIS ? 
Sahabat menjawab: 
Orang yang MUFLIS di kalangan kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tidak mempunyai harta. 
Lalu Nabi SAW bersabda: 
Sebenarnya orang yang MUFLIS di kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi semasa di dunia dia pernah memaki sifulan, menuduh sifulan,menumpahkan darah sifulan dan pernah memukul sifulan Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitulah seterusnya terhadap orang lain yang pernah dianiayainya sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiyaan belum lagi habis, maka akan diambil daripada dosa orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepadanya,sehinggalah dia dicampak ke dalam api neraka."

TEPUK DADA TANYA DIRI SENDIRI,APAKAH YANG KITA TULIS,KITA BICARA DAN KITA KONGSIKAN ITU BENAR ATAU SALAH ...


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. agak berat utk menulis tentang gosip, cerita karut dan seumpamanya.. play safe, tulis celoteh sendiri tapi jangan sampai riak...susah kan?

    BalasPadam
  2. perkongsian yg baik.. terutamanya kepada blogger2.. fikir sebelum tulis, fikir sebelum publish..

    BalasPadam
  3. betol tu k.lya. kaadang2 takot ad yg trsalah tulis .

    BalasPadam
  4. jaga pahala sendiri jgn sampai pindah kpd org lain ...

    BalasPadam
  5. Peringatan yg baik buat kita semua.. semoga apa yg kita tulis menjadi saham yg baik di dunia dan juga utk kita tuai di akhirat kelak... aamiin.

    BalasPadam
  6. terbaik kak lya. kadang2 ramai orang tambah2 lagi blogger yang suka tulis tentang perkara yang kononnya viral , padahal semuanya palsu belaka.fitnah.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.