♥ Kelab NAZIM - Kelab Anak Anak Hebat ♥

March 01, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Kelab Nazim Kemaman

KELAB NAZIM


Anak-anak adalah amanah Allah yang sangat berharga buat kita,
insan yang bergelar Ibu Bapa.Kehadiran anak anak akan menceriakan lagi pasangan yang berumahtangga.Setiap Ibu Bapa dari awal lagi telah mempersiapkan segala keperluan anak-anak samada material atau spiritual.Alhamdulillah,anak anak Lya juga ahli Kelab Nazim.Banyak perubahan positif yang berlaku dalam diri anak anak sejak membabitkan diri dalam program yang di anjurkan oleh Kelab Nazim.Sama sama kita mendidik anak anak kita untuk menjadi insan yang sempurna,seimbang dunia dan juga akhirat,InsyaAllah.Aamin aamin.

NAZIM (Nadi Al Azim) atau Kelab Anak-anak Hebat adalah satu kelas yang dianggotai oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kanak-kanak lelaki diadaptasikan daripada karektor seekor anak singa yang lincah lagi cerdik.Manakala kanak-kanak perempuan pula diadaptasikan daripada kuntuman bunga-bunga jasmin yang mewangikan seluruh taman serta menyenangkan mata yang memandang.

Anak anak Lya juga ahli Kelab Nazim.Banyak perubahan positif yang berlaku dalam diri anak anak Lya sejak membabitkan diri dalam program yang di anjurkan oleh Kelab Nazim.Perubahan positif ini amat bermakna buat Lya dan juga En Hubby.Alhamdulillah,sama sama kita mendidik anak anak kita untuk menjadi insan yang sempurna,seimbang dunia dan juga akhirat,InsyaAllah.Aamin aamin.

NAZIM adalah juga merupakan satu inisiatif Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) dibawah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebuah badan bukan kerajaan(NGO).Kelab NAZIM ini ada di seluruh Malaysia mengikut ISMA setiap cawangan negeri.

VISI
- Melahirkan generasi pelapis untuk mendukung dakwah Islam

MISI
- Membina syahsiah anak-anak yang seimbang merangkumi jasmani,emosi rohani dan intelek

OBJEKTIF KELAB NAZIM

- Memupuk perasaan cintakan Allah,Rasul dan Ibu bapa
- Membentuk sifat berani dan berketerampilan
- Melatih kemahiran bersosial
- Melahirkan anak-anak yang menghormati dan mendokong fikrah Islam secara syumul
- Membentuk jati diri seimbang sebagai seorang muslim
- Menjadikan NAZIM kelab yang berjaya sebagai institusi pendidikan 

APA AKTIVITI NAZIM ?

♡ Smart Aulad Circle
- Minggu kedua setiap bulan
♡ Smart Aulad Play
- Minggu keempat setiap bulan♡ Karnival Sukan Nazim
♡ Karnival Kesenian Islam
♡ Pengurusan Diri
♡ Perkhemahan
- Cuti persekolahan semester pertama
♡ Huffaz Cilik
- Cuti persekolahan musim kedua
♡ Program Ramadhan & Syawal
♡ Kraftangan

 SUMBER KEWANGAN PROGRAM

- Yuran program
- Sumbangan ISMA (daripada infak ahli ISMA)
- Projek jualan nazim
- Sumbangan infak daripada ibubapa ahli NAZIM

 PENGGERAK NAZIM

- Terdiri daripada pelbagai golongan yg merupakn ahli ISMA 
- Fasilitator terdiri daripada ahli persatuan belia islam nasional (PEMBINA ) dan ahli KRIM (Kelab Remaja ISMA)

 MODUL YANG DIGUNAKAN

- Modul yg disusun oleh ahli ahli ISMA yg berpengalaman dalam pendidikan dan dibahagi kepada silibus SAC dan SAP

SIAPA BOLEH JADI AHLI ?

- Keahlian NAZIM adalah terbuka kepada semua anak anak sama ada lelaki atau perempuan yang berumur 7 hingga 12 tahun.

BAGAIMANA INGIN HUBUNGI NAZIM KEMAMAN ?

- DR PUAN NOR ADIBAH (+60182920121)
- PUAN AMINAH (+60199379240)

Artikel Menarik yang Lain

5 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..