Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Kata Ulama,apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
-Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
- Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak cucu.
-Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
- Allah akan sibukkan kita dengan harta dan wang.
- Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan.Sekiranya kita mampu bertanya pada orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT.Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji,pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita.Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru,tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit,pangkat dan harta mengatasi segalanya.
Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
Sesungguhnya mati itu benar,alam kubur itu benar,pertanyaan munkar dan nakir itu benar,mahsyar Allah itu benar,syurga dan neraka itu benar.
Peringatan untuk saya dan juga sahabat ...
17 Ulasan
terima kasih
BalasPadamnauzubillah... terima kasih atas peringatan..
BalasPadamterima kasih di atas perkongsian ini lya...
BalasPadamMuhasabah diri seikhlasnya..
BalasPadamterima kasih atas ingatan kak lya
BalasPadamPeringatan untuk kita bersama :)
BalasPadamterngiang di telinga bacaan talking.spt diperenggan akhir tu. Allahuakbar.
BalasPadamSemoga Allah masih memerlukan kita...insyaallah
BalasPadamuntuk ingatan bersama..terima kasih..:)
BalasPadamperingatan yang baik kak lya. ya jeles mendengar adik adik tahfiz yang menjadi imam setiap hari
BalasPadamTrima kasih atas ingatan ini.. ;)
BalasPadammuhasabah diri kita
BalasPadamgood sharing dear
BalasPadamjgn sampai Allah tidak sayang pada kita lagi..yg pasti JM sayang kak Lya heee
BalasPadamAstagfirullah.. semoga kita semua tidak terus leka dgn urusan & sandiwara dunia ini.
BalasPadamhuuurm kena tepuk dada tanya diri sendiri..
BalasPadamada ke kita masuk dalam golongan2 tu.. huurm nak nangis T.T
terima kasih atas peringatan nie
BalasPadaminsyaallah kak lya
same2 lah kite
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.