❤ Apabila Allah Tidak Mengkehendaki Kita Lagi ❤

March 16, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...


Kata Ulama,apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:

-Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
- Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak cucu.
-Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
- Allah akan sibukkan kita dengan harta dan wang.
- Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan.Sekiranya kita mampu bertanya pada orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT.Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji,pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita.Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru,tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit,pangkat dan harta mengatasi segalanya.

Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

Sesungguhnya mati itu benar,alam kubur itu benar,pertanyaan munkar dan nakir itu benar,mahsyar Allah itu benar,syurga dan neraka itu benar.

Peringatan untuk saya dan juga sahabat ... 

Artikel Menarik yang Lain

17 Sahabat Setia

  1. nauzubillah... terima kasih atas peringatan..

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas perkongsian ini lya...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas ingatan kak lya

    ReplyDelete
  4. Peringatan untuk kita bersama :)

    ReplyDelete
  5. terngiang di telinga bacaan talking.spt diperenggan akhir tu. Allahuakbar.

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah masih memerlukan kita...insyaallah

    ReplyDelete
  7. untuk ingatan bersama..terima kasih..:)

    ReplyDelete
  8. peringatan yang baik kak lya. ya jeles mendengar adik adik tahfiz yang menjadi imam setiap hari

    ReplyDelete
  9. Trima kasih atas ingatan ini.. ;)

    ReplyDelete
  10. jgn sampai Allah tidak sayang pada kita lagi..yg pasti JM sayang kak Lya heee

    ReplyDelete
  11. Astagfirullah.. semoga kita semua tidak terus leka dgn urusan & sandiwara dunia ini.

    ReplyDelete
  12. huuurm kena tepuk dada tanya diri sendiri..
    ada ke kita masuk dalam golongan2 tu.. huurm nak nangis T.T

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas peringatan nie
    insyaallah kak lya
    same2 lah kite

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.