❤ Liebster Award By Parihh ❤

February 08, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...


Cakap bab Liebster Award ni,dulu pernah la jugak Lya di tag tapi banyak yang tak berjawap.Tup2 kali ni ada lagi.Kita jadi mangsa Tag Parihh la pulak..Parihh siap drop komen lagi bagitahu kita di tag.Hehehe,nak kena menjawap la ni ya ?? Ok la Kak Lya jawap ...Check jawapan okey !!!

Soalan Parihh dan Jawapan Kak Lya 

1 . Apa pendapat ikhlas mengenai Blog Parihh ?
Pendapat ikhlas ni tau ..Ok kalau nak cakap bab Blog Parihh,blog ringan,tak semak ngan widget,simple but nice,pengolahan ayat dalam entri memang best,banyak tutorial yang best2,Suka terjah blog Parihh sebab tuan blog memang sempoi dan tahu menghargai pembaca.

2 . Agak2 apa perasaan bila hidup takde phone ?
Main agak2 ni yang susah ni..Tapi dulu pernah sekali kena phone rosak,takde phone la maknanya kalau dah rosak tu hehehe..Masa tu la anak tak sihat nak berhubung ngan En Hubby pon susah,nak mintak tolong orang pon susah sebab baru pindah tak berapa kenal jiran,Public phone jauh giler dari rumah.Seksanya takde phone bila kena camni.Parihh tanya perasaan jer jadi tak nak la citer lebih2 hahaha..Perasaan LOST !!!

3 . Blog mana yang selalu anda pergi ?
Blog yang selalu Kak Lya singgah,Blog Parihh pon selalu jugak laaa..Lain2,Blog Cikgu Etuza,Blog Si Hati Merah Jambu,Blog Khir Khalid,Blog Dr Shikin Zainal,Blog Asha Lya,Blog Mommy Irra,Blog Aniss,Blog Nani,Blog Bonde,Blog PcL,Blog Maria Firdz,Blog Pojiegraphy dan banyak lagi laa tak tersebut..Kan sebut semua kan penuh wall Kak Lya ni haaaaaaa..

4 . Ada prinsip ke dalam hidup ?
Ada memang ada ..Takkan la dalam hidup kita ni takde prinsip kot..Prinsip hidup Kak Lya simple jer tak susah ''BUAT SELAGI TERDAYA''

5 . Selalu bila rasa kesepian apa yang anda buat ?
Kesepian ??..Huhuhuhu kesepian dah ni bila anak2 ke sekolah dan En Hubby kerja.memang sepi sesepi sepinya umah Kak Lya.Tapi bila tengok blog,layan cerita lama anak2.Tengok video anak2 kat HP memang hilang dah sepi tuu..Tang mana pergi pon tatau..Takde sepi lagi dahh hahahaa..Bila bersabit dengan anak..Hidup memang jadi ceria..

6 . Target yang nak capai dalam blogging ?
TARGET ?? Wah cam nama satu kumpulan yang tak berapa nak popular kat Malaysia dulu2 jer hahaha..Target eaaa..Target ..Target tu apa ?? Heheehe.Target nak capai dalam ber blogging.Ok,kalau boleh nak la jugak orang kenal blog Kak Lya yang ciput ciok ni.Nak kembangkan lagi blog agar satu hari nanti dapat menjana pendapatan hasil dari berblogging.Boleh tak ?? Boleh la InsyaAllah.

7 . Anda ni orang yang jenis macam mana ?
Kak Lya jenis macam mana ?? Jenis macam ni laa..Haha huhu hehee gitu.Kuangkuangkuang,jenis happy go lucky depan anak2 dan En Hubby serta ahli keluarga terdekat.Kalau depan orang akan jadi seperti kura kura yang memasukkan kepalanya dalam cengkerang.I is pemalu laa ngan orang
luar.Huhuhu.Sebenarnya Kak Lya jenis terasa hati,pantang tengok orang susah.Pantang tengok orang sedih.Mudah jer air mata ni mengalir.Huhuhu sob sob sobbss ..

8 . Agak2 apa pendapat tentang Ahmad Faris Bin Ahmad Fadzil ?
Alamak pendapat tentang dia pulak dah.Adoii susah nak bagi pendapat ni sebab tak penah jumpa.Kan bagi pendapat kan salah kita pulak kena marah..Terasa pulak hati kita.menangis tak berlagu pulak Kak Lya nanti huhuhu.Tapi bagi jugak la sikit..Sikit jer ..Ok Ahmad Faris Bin Ahmad Fadzil seorang yang rajin UPDATE blog,seorang yang tak kedekut berkongsi ilmu kat blog.Seorang yang sempoi,seorang yang boleh buat kawan.Seorang yang baik hati sebab selalu singgah komen kat Blog Kak Lya hehehe..Wahh kuat tul memuji..Mintak sini 2 posen.

9 . Lelaki / perempuan yang macam mana anda nak jadikan pasangan ?
Hahaha soklan ni salah ni,kena tukar soklan sebab Kak Lya dah kawen.Krikk krik krik..Hehehe lelaki yang macam EN SUHAIMI ABD AZIZ tu laaa..Suami saya dunia akhirat.Pembimbing untuk Kak Lya dan anak2..Bapa dan jugak suami yang penyayang..Dia,seorang insan yang cukup sifat kasih sayang,seorang pembimbing untuk keluarga dan seorang yang sangat2 Kak Lya cintai..Love U Mr Perfect 10..hahaha..perfect di mata saya..

10 . Makan sayur ke tak ? Kalau tak kita geng .
Mak aii soklan untuk mak2 surirumah ni..Kita tak geng laa sebab Kak Lya ''Hantu Sayur''..Lau takde sayur tak sah..Kena selalu ada sayur kat depan mata walaupon timun batang jer huhuhu.Sayur ni bagus untuk kesihatan.Anak2 dan suami Kak Lya memang peminat sayur.Keluarga i keluarga sayur tau hahahaha...

Wah tak sedar dah soklan akhir rupanya..Syiokk pulak duk menjawap soalan Parihh ni.Akhirnya siap jugak jawap soklan Parihh yang susah giler tuu..Moga Parihh puas hati ngan jawapan Kak Lya ya.Kalau tak puas hati kita jumpa kat luar minum air dulu secawan dua..Nak tahu jawapan sangatttt..Hehehe..Untuk Parihh Kak Lya doakan semoga Parihh berjaya dalam pelajaran dan kerjaya..InsyaAllah..

Kita tak nak tag sebab kita tak tahu nak tanya soklan apa kat mangsa tag nanti..Jadi Liebster Award berakhir kat sini jer laa..Tak nak sambung tag tag tag udahhh..hehehe..

Happy Blogging ❤❤


Artikel Menarik yang Lain

29 Sahabat Setia

  1. Hahahha. tak tahan betul soalan no 10 tuu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh tak dpt ku tahan huhuhu

      Delete
    2. Soalan yg comel. Kita geng kak lya gak!

      Delete
    3. Tu laa soklan Parihh ni kiut miut jer

      Delete
  2. Lya: rajinnya menjawab,detail lagi huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe mood tgh rajin ,.menjawap pon rajin laa kak ana,..

      Delete
  3. Hhaha ehh tq Kak, slalu singah ke blog lya

    ReplyDelete
  4. cam kena interview meletop la... haha

    ReplyDelete
  5. Macam artis menjawab soalan! Baca pun seronok jer...
    Semoga berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhikhik mcm artis la pulak ,., seronok vpbaxa alhamdulillah , tq BM

      Delete
  6. haha.. keluarga sayur yg tak menahan tu..huhuhu...

    ReplyDelete
  7. sengeh je baca ni hahaa . terima kasih kak , amin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pin sengeh gak ni ^____________^ hehehe..sama2 parihh

      Delete
  8. terbaik perkongsian..tahnia Lya

    ReplyDelete
  9. Ada org sahut blog titew laa...tq kak lya....semoga impian berblogging menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  10. suka dengan jawapan no 9...yess..No 10 tu pun sama..kalau x de sayur ibarat x de kicap Jalen!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha no 9 jugak yg JM suka..hehehe moga lps ni JM pon akan jumpa Mr Perfect dlm hidup JM.Kak Lya doakan yang terbaik okey..

      Delete
  11. Yeay! Saya termasuk dalam list blog yang akak selalu singgah. Terima kasih kak! Truly appreciate that. Saya memang dah lama perasan Kak Lya antara yang sudi singgah blog saya and drop comment yang memang detail and nampak la Kak Lya baca entri saya. Terasa dihargai pula penulisan saya. Terima kasih. Semoga berjaya! Hehehe. Soalan no 10 tu tak tahan. Jawapan Kak Lya pun kelakar juga hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..Alhamdulillah syukur masih ada yang suka penulisan kita kan pojie,.teruskan menulis..kak lya lau singgah blog kawan2 mmg kak lya baca sbb nak bg komen ..klau tak baca camner nak komen huhihu.Terima kasih jugak sbb sudi drop komen kat blog ciput kak lya ni ya..hehehe no 10 eaaa suka suka suka..kak lya lagi suka hehehe..peace ^_______^.

      Delete
  12. hihi musim liebster award dah bermula.. CT ada kena tag tapi dak buat2 lagi..

    ReplyDelete
  13. ahahaha apa Parih tak makan sayuq ka.. isk isk..

    ReplyDelete
  14. wah ada lagi ye liebster award ni..fiza yang dulu pun tak berbuat lagi ni..good job kak Lya

    ReplyDelete
  15. Hehee kelakar pulak baca ni.. :D :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.