Hati Baru Buat Zharif

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...


Sayu hati saat melihat wajah comel ini hanya baring tak bermaya.Tersentuh hati Lya saat mengetahui anak comel bernama Muhammad Zharif Al Hafiz bin Muhammad Mohd Zulfazrul menghidap penyakit bengkak hati.Hati Adik Muhammad Zharif hanya 20% yang berfungsi dan beliau memerlukan pemindahan hati dengan segera.

Keadaan Adik Muhammad Zharif semakin hari semakin lemah.Seluruh tubuh menjadi kuning dan kurus serta perjalanan darah yang tidak stabil.


Pembedahan akan dijalankan segera jika duit mencukupi.Kos pembedahan dianggarkan berjumlah RM150,000-RM200,000 untuk pembedahan,perubatan dan rawatan susulan.
Pembedahan akan di lakukan di China.

Untuk makluman,penderma yang bermurah hati untuk mendermakan hati untuk Adik Muhammad Zharif telah ditemui.Bantuan yang diperlukan segera adalah kewangan,doa dan kata2 semangat untuk kedua orang tua Adik Muhammad Zharif.Jom sama2 kita membantu.Hulurkan bantuan ringankan beban..Sama sama kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, membantu mengumpul dana bagi membolehkan Adik Muhammad Zharif menjalani pembedahan pemindahan hati baru.Adik Muhammad Zharif memerlukan anda ketika ini..


Moga tabah buat insan2 terpilih dan kesayangan Allah ini.Sesungguhnya Allah sedang mengujimu wahai sahabat.Moga kamu bersabar dalam menghadapi dugaan dan ujian Allah ini.Sama2 kita mendoakan agar Adik Zharif selamat menjalani pembedahandan dapat menjalani hidup normal seperti kanak2 lain.InsyaAllah..Aaamin aamin...

HATI BARU BUAT ADIK ZHARIF

#Pray4Zharif #Pray4Zharif #Pray4Zharif #Pray4Zharif #Pray4Zharif# Pray4Zharif#Pray4Zharif#Pray4Zharif
#Pray4Zharif #Pray4Zharif #Pray4Zharif #Pray4Zharif

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Aminnn. moga dipermudahkan segala urusan adik ini. moga terus tabah mengaharungi ujian yang allah turunkan buat dirinyaa :)

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan perjalanan hidup adik zharif. Semoga cepat sembuh nak

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahkan ...sedihnya, kesian sikecil ini.

    sama sama kita bantu dan doa utk adik zharif

    BalasPadam
  4. semoga anak ini dipermudahkan urusan..

    BalasPadam
  5. Ya Allah sebak dada ena tengok zharif.. kecil lagi dah menghidapi sakit sebgitu rupa.. ya Allah, semoga Allah permudahkan segalanya untuk si baby yang comel ni

    BalasPadam
  6. semoga bersama kita doakan yang terbaik buat Zharif dan dipermudahkanNya segala urusan.Amin.

    BalasPadam
  7. Ya Allah moga semuanya dipermudahkan.. mulianyaaa hati orang yang nak dermakan hati tu.
    tabah lah emak ayahnya.. ada hikmah huurm.

    BalasPadam
  8. bersama kita doakan untuk adik zharif..

    BalasPadam
  9. semoga ALLAH tolong adik zharif. Aamin ~

    BalasPadam
  10. Kesiannya.. sedih tengok mcm ni.. Kita sama2lah doakan yg terbaik buat Zharif.. semoga keluarganya ttp diberi ketabahan dari Allah swt dlm menempuh segalanya... aamiin...

    BalasPadam
  11. semoga dipermudahkan segala urusan adik ini

    BalasPadam
  12. ..dan Allah pun telah menjemput adik Zharif sebentar tadi T_T

    BalasPadam
  13. innalillah. dah baca entry sebelum ini

    BalasPadam
  14. al-fatihah . tuhan lebih menyayangi dia

    BalasPadam
  15. Hmmmm. Sedih bila baca entri ni sebab dah baca entri terbaru. Allah lebih menyayangi adik ni. Mungkin ini juga terbaik buat dia.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.