❤ Garis Panduan Untuk Orang Islam Yang Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam ❤

February 05, 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara,perbuatan,perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. Menyertakan simbol-simbol agama seperti salib,memasang lampu,lilin,pokok krismas dan sebagainya.

ii. Menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. Meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. Memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. Tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara,perbuatan,perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian,penyembahan,pemujaan,khurafat dan sebagainya.

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan,perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menjolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan,perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

SUMBER : SINI 

Artikel Menarik yang Lain

15 sang pencerita

  1. meraikan tapi jangan lah sampai macm tu sekali kan..subhanallah

    ReplyDelete
  2. nice info.. bagus untuk pengetahuan kita.. :)

    ReplyDelete
  3. bagus untuk perkongsian supaya kita beringat² :)

    ReplyDelete
  4. kalau ragu-ragu baik tak payah raikan langsung, dikhuatiri secara tidak langsung akan turut mencalarkan akidah. Wallahuaklam

    ReplyDelete
  5. Anak-anak kita kalau tak dinasihatkan mungkin mereka kata apa salahnya..!
    Ini yg kita risau kalau dibiarkan yang tak biasa akan terbiasa...

    Terima lasih Lya .

    ReplyDelete
  6. kadang kadang tak sedar apa yang kita buat tu salah. bagus panduan ni kak lya :)

    ReplyDelete
  7. paling senang adalah dengan tak amek port.. the safest way..
    jadi jiwa pun tak rasa goyah bila dok wish kawan2 ke apa ke..

    ReplyDelete
  8. Bagus betul perkongsian dari Kak Lya ni. Hmmmmm, yang penting kita tahu batas kerana tak salah pun kita wish and celebrate perayaan diorang cuma jangan lebih batas je. Niat cuma untuk menghormati agama mereka seperti mana mereka hormat agama kita. Apa apa pun, bersyukurlah so far tak ada apa apa masalah lagi bila celebrate perayaan kawan-kawan yang bukan beragama Islam.

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang baik kak lya

    ReplyDelete
  10. Bagus entri ni kak Lya. Kadang2 orang kita ni suka sangat meraikan.perayaan.agama.lain tanpa.mengambil kira batas batasnya.

    ReplyDelete
  11. Serba sedikit dpt tahu mna yg x blh kita lakukn,

    ReplyDelete
  12. Semoga menjadi peringatan dan panduan yg berguna buat kita semua.. mmg perlu kita semua tahu ni...

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..