AmMetLife - Impian Untuk Insyirah,Iman & Akif

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...


Anak anakku Insyirah, Iman & Akif..Permata indah yang tak ternilai harganya.Permata bersinar untuk insan bergelar Umi dan Abah.Permata hati untuk disayangi.Permata cantik untuk dihargai.Oh anak anakku,lahirmu ke dunia mengundang sejuta rasa,terbit satu perasaan yang sukar untuk digambarkan melalui tulisan mahupun kata2.Hadirmu satu anugerah,hadirmu satu kebahagiaan,hadirmu pengikat kasih sayang..Hadirmu mengundang keceriaan,kegembiraan juga ketenangan.

Saat menatap wajah suci kamu bertiga waktu kamu dilahirkan..Subhanallah Subhanallah besarnya kuasa Tuhan.Air mata kegembiraan menitis,mengatasi kesakitan..Air mata seorang wanita bergelar Umi..Menatap wajah bersih kamu bertiga,lalu memeluk erat tubuhmu sambil menggenggam jari jemari comel kamu,alangkah bahagianya..Sungguh tak terjangka aku kini seorang ibu...Alhamdulillah..Syukur padaMu Ya Allah, menjadikan aku wanita sempurna yang dapat melahirkan zuriat untuk seorang lelaki bernama suami.

Insyirah, Iman & Akif membesar sihat sempurna.Meniti hari hari indah penuh kebahagiaan.Melakar cerita,menconteng satu kisah dalam sebuah kanvas kehidupan.Hari hari indah kamu bertiga berlaku di depan mata Umi dan Abah.Saat saat bahagia, gembira,suka dan kadangkala duka,semua itu Umi abadikan dalam satu lipatan rasa.Melihat kamu bertiga mengharungi hari hari indah penuh makna..Umi dan Abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu..Mengharapkan kamu membesar bersama impian yang kamu impikan.

#DreamForMyChild..Umi dan Abah mendoakan agar kamu bertiga-Nur Aina Insyirah, Muhammad Adam Iman dan Muhammad Akif Imtiyaz..Semoga kamu membesar sempurna,bergelar insan berjaya..Bukan saja di dunia malah di akhirat juga.Semoga impian Umi dan Abah untuk melihat kejayaan kamu di depan mata bersaksikan mata ini dimakbulkan oleh Yang Maha Esa..InsyaAllah..Kejayaan kamu bertiga,Umi dan Abah doakan setiap saat dan ketika.

Catatan tulus ikhlas dari Umi untuk tiga permata hati..
NUR AINA INSYIRAH,MUHAMMAD ADAM IMAN & MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ. 



APAKAH IMPIAN ANDA UNTUK ANAK ANDA?

Beritahulah AmMetLife dan anak anda berpeluang memenangi sebuah daripada 10 iPad yang dimuatkan dengan aplikasi pendidikan yang menarik! AmMetLife membantu ibubapa merancang pendidikan anak-anak demi masa depan yang lebih cemerlang.

Kempen “Impian Menjadi Kenyataan” AmMetLife (“Kempen”) dianjurkan oleh AmMetLife Insurance Berhad (“AmMetLife”).Kempen ini berlangsung daripada 28 Januari hingga 7 April 2015.
http://www.dreamformychild.com/my/englishmy


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Touching dayah malam2 macam ni..huhu kasih seorang ibu..tambah2 tengoj video tu..rasa macam ada org kupas bawang dekat sebelah je..huhu

    BalasPadam
  2. kita.mendoakan yg terbaiik utk -anak tanpa mengharapkan balasan.

    Semoga impian tercapai. Aamin.

    BalasPadam
  3. In shaa Allah kita berikan yang terbaik untuk mereka dan Allah pasti akan pulangkan kebaikan untuk kita sekelurga.. :)

    BalasPadam
  4. meh singgah rumah.. balik kampung

    BalasPadam
  5. Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amiin

    BalasPadam
  6. anak anak penyeri keluarga kan kak lya ^^

    BalasPadam
  7. Bila anak2 dah besar nanti harap2 diorang dapat baca entri akak ni. Baru dia tahu susah payah mak ayah jaga diorang. :)

    BalasPadam
  8. Semoga dipermudahkan segalanya buat Lya sekeluarga dlm mencapai apa jua impian... aamiin... Anak2 adalah anugerah yg tiada ternilai dgn apa jua harta yg ada di dunia ini...

    BalasPadam
  9. Aamiin...
    Anugerah dan Amanah dr Allah..
    tanggungjawab ibu/bapa berat untuk di beri sepenuh kasih sayang :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.