❤ Word Verification Mengganggu ❤

December 10, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Alahai hari ni saja bila singgah kat blog yang Lya biasa singgah tetiba keluar Word Verification.Mula2 ingatkan sesetengah blog yang Lya tak biasa kunjungi jer benda ni berlaku tapi bila singgah nak komen kat blog sahabat yang biasa Lya singgah benda yang sama terjadi..Bukan seorang dua tapi ramai juga yang Lya singgah blog diaorang keluar Word Verification.Ala tetiba je keluar benda ni,hati rasa pelik la 
pulak.Takkan la si empunya blog ubah setting.Nak buat apa letak Word Verification.Nak komen pon jadi TERBANTUT sebab nak kena letak nombor,huruf bagai.Tetiba pulak mood nak tinggalkan komen takde.Dari rajin nak komen terus jadi malas.Aduhai.Word Verification ni mengganggu betul la.Semua blog yang menggunakan POPUP WINDOW pada setting komen memang jadi gini bila Lya nak tinggalkan komen.Adakah disebabkan POPUP WINDOW ??? 

Sahabat Lya ada yang berdepan masalah camni tak?Adakah blogspot bermasalah atau Lya sorang jer kena camni bila nak tinggalkan komen?Adoiiii poning kejap.Yang paling sakit sekali bila baca ayat ni SILA BUKTIKAN ANDA BUKAN ROBOT.






Cuba tengok setting komen sahabat ..Adakah sama setting dengan Lya punya ?? Atau cuba tukar setting sama macam Lya punya kot2 menjadi.Mana tahu lepas ni tak keluar lagi dah Word Verification yang menyusahkan tu ..Hehehehehe.Pada sahabat yang guna POPUP WINDOW tukar setting ke EMBEDDED tengok kot2 menjadi..



Artikel Menarik yang Lain

43 sang pencerita

  1. Salam..terima kasih atas entry berinformasi ini . Berguna kepada org mcm say yg baru nk ber blog.. Salam ukhwah.. Blogfying berlepas ...tqtq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam ..terima kasih sudi singgah dan sudi bagi komen..Sebenarnya saya sendiri pon bingung kenapa masalah ni berlaku hanya kepada blog ynag menggunakan POPUP WINDOW pada setting komen sahaja..Yang lain2 OK takde masalah ..Salam Ukhuwah Fillah.

      Delete
  2. Sha guna Google+... tapi kalau comment kat blog yang guna popup ni memang semua kena word verification...

    ReplyDelete
  3. A ah lah... banyak yg hari ni mcm tu.. yg dah lama berblog pun mcm tu juga ni. Mesti ada sesuatu tak Lya huhu.. Tp agak susah berbw ada word verification tu terutama bila bw guna hp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KK ..Lya pon naik susah jugak bila tgk ada benda alah tu hehehe

      Delete
  4. Memang pun word verification sebenarnya sangat mengganggu.
    Tapi mungkin mereka ada alasan sendiri kenapa mereka pasang semua tu i.e untuk
    mengelakkan komen-komen yang tidak sepatutnya terbit tanpa bertapis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lynn tapi yang Lya cakap ni kawan2 yang mmg tak guna tapi tetiba jer keluar WV dengan sendirinya ,..Padahal diaorg tak sentuh pon setting komen diaorg..

      Delete
  5. Entahlah kenapa... Tapi blogspot yg problem sebenarnya, bukan salah blogger.
    Komen kat blog Lya ni pun kena word verification juge...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikkk ya ker BM ..Alamak setakat ni takde pulak yg bagitahu Lya ..kotak komen Lya ni kena WV jugak ..Adoiii pening sudahhhhhhhhhh

      Delete
    2. Saya komen ok je pulak kat sini huhu.. :D

      Delete
    3. Hehe Lya tanya sahabat yg lain diorg ckp takde..tak tahu laa ok ke tak..tp td Lya komen kt blog yg ada tapi tak tulis WV tu komen lepas jer ..

      Delete
    4. Sesiapa yg komen guna google account, OK
      Tapi kalau komen guna Name/URL atau yg lain2mesti kena word verification ni..

      p/s: Maaf ya...test kat sini :)

      Delete
  6. Perasan juga benda alah ni jadi. Selalu komen tak ada. Skrg ada pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Jia..Bila ada benda alah ni MOOD nak komen tu dah ke laut dah hehehe..

      Delete
  7. saya pun baru prasan.. tetiba ramai plak yg pakai word verification tu.. ni mesti blogspot ada tukar setting secara default ni..
    n yup, saya perasan bnda ni jadi kat blogger yg pkai pop up window.. so far yg cara embedded ni x kacau pun... hmm..
    harap2 ramai yg perasan pasal hal ni.. kalau tak leceh sikit nk komen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Pha Is ...Baru jer perasan ..Mula ingatkan diaorg tukar tapi diaorg cakap tak ..Msalah jugak tu kalau keluar WV ..Mmg leceh nak komen kalau camtu hehehehe..Pha Is thanks sudi singgah lagi ..Ingatkan dah tak nak singgah dah blog akak ni hehehe..

      Delete
  8. As'salam Lya ada etuza buat entry ni tukar je ke embedded ..agaknya google dan blogspot tak larat dah nak layan pop window tu..semua yang guna pop window ada code pengesahan..tu.payah nak komen..code tak jelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Cikgu Etuza..Oooo ya ke ..Lya tak perasan la kot ..Hehehe ..

      Delete
  9. hari tu memang ramai yang jadi macam ni kak lya. bogspot kot yang bermasalah

    ReplyDelete
  10. semua blog kena macam tu..boleh abaikan saja kotak tu..komen macam biasa dan publish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ya ke Diana..Maknanya tak yah letak la WV tuuu...Terus langkau jer laa...Thanks Diana..

      Delete
  11. Entah ler Lya zumal tengok setting tu ok jew. Tapi bila komen still kuar word verification tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ramai cakap setting diaorg OK jer tapi taktau kenapa blh jadi camtu ..

      Delete
  12. Sekarang zumal dah tukar dari popup window ke embedded, pastu dah tak kuar word verification tu tapi kalau guna gadget kecil macam zumal kekadang tak timbul ruang komen jenis tu... Hehe, pening I ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke ..Adoii macam2 halla pulak ..Jadi susah jugak nak komen kalau tak nampak kotak komen ka ?? Adoiii ..

      Delete
  13. Saya pun sama ni kak. Macam mana ni? Mungkin blogspot ada masalah kot. Banyak rakan lain pun ada Word Verification ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Sally semlm akak nak komen pon jadi camtu huhuhu..

      Delete
  14. aah bru perasan la.. stress jugak.. nie msti ade yg xkena dengan blogspot.. huhu.. saya bukan robot la incik blogspot..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu tu la sabor jer la nak buat camner huhuhu

      Delete
  15. betul la lya...banyak juga yang kena...

    ReplyDelete
  16. Word verification membuatkan saya malas untuk blogwalking :)

    ReplyDelete
  17. betul tu kak . ayat senang tak pe , ni ayat berbelit 2 3 kali baru lepas . adoii

    ReplyDelete
  18. hmmm saya cuba komen guna google account

    ReplyDelete
  19. komen guna google akaun ok tapi bila komen guna name/url kat blog kak lya pun ada VW....ini bermaksud jika guna name/url memang keluar VW la

    ReplyDelete
  20. Lya dah tukar dah x guna pop up window..harap2 ok la kak

    ReplyDelete
  21. Kadang-kadang kalau kita guna Name & Url untuk komen kita mesti jumpa word verification tu.. :)

    ReplyDelete
  22. memang menganggu tapi setakat yang fiza jumpa kalau tak masukkan word verification pun komen boleh lepas publish :) so xde masalah :)

    ReplyDelete
  23. K.Lya, saya punya blog ada tak?
    Takutlah kot2 tertekan tak perasan masa modify..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.