❤ Pengumuman Penangguhan Tarikh Bermula Sesi Persekolah Tahun 2015 Akibat Banjir ❤

December 29, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

 Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

 Terima Kasih.

 Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014


Artikel Menarik yang Lain

18 sang pencerita

  1. thanks for the info..
    jemput singgah blog saya..
    http://aizfaizi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..semoga air bah cepat surut

    ReplyDelete
  3. Mesti banyak sekolah yang rosak teruk... Moga persiapan untuk musim persekolahan baru berjalan lancar.

    ReplyDelete
  4. Zumal tag Lya kat sini tau http://jindrisska.blogspot.com/2014/12/postcards-giveaway-from-germany-czech.html

    ReplyDelete
  5. Baguslah... sekurang2nya ada tempoh bertenang dlm kesibukan urusan diawal tahun baharu ni.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Nampaknya tersenyum riang la sebahagian pelajar kerana ada cuti tambahan..:)

    ReplyDelete
  7. ya ramai happy berita ini, tetapi kita dalam masa sama kita ingat dan terus doakan agar mangsa banjir tabah hadapi kerosakan yang teruk...

    ReplyDelete
  8. melihat kerosakan selepas beransur surut di blog Zamani..Etuza amat sedih dan simpati..ada rumah hilang ..kereta bergelimoangan..moga mereka sabar

    ReplyDelete
  9. Anak2 pasti melompat gembira mendengar pengumuman ini! Kalau aku budak pun...pasti suka! haha!

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah :) tq atas info nya kak lya :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..moga ianya dapat memberi ruang kepada masa banjir untuk menyediakan persiapan persekolahan anak anak

    ReplyDelete
  12. OK la kan..kesian kat mereka yg kna bncana bnjir

    ReplyDelete
  13. bgus mcm nie.. skolah2 yg rosak dpt dibetulkan semula..

    ReplyDelete
  14. Noted..
    Barang sekolah abe pun xsiapkan lagi. Hehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..