Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Lawatan pertama sempena cuti sekolah..Sejak minggu awal cuti sekolah lagi anak2 dah sibuk ajak pergi bercuti,pergi jalan2.Oleh kerana abah diaorg bukan Cikgu takde cuti sekolah macam diaorang jadi tak dapat la nak g mana2 hingga la abah dapat cuti.Mula2 diaorang minta nak balik kampung,tak balik lagi,pastu nak g KL tak jugak dapat pergi.Tapi kebetulan hari Sabtu abah ada masa jadi bawak la anak2 jalan2 .Dalam duk tercari2 nak pergi mana,nak pergi mana.Keluar la suara Si kakak ajak pergi Muzium.Jadi kami ambil keputusan untuk ke Muzium Sungai Lembing.Kita belajar sejarah perlombongan ya anak2 ..
Mula2 ingatkan bila dah lalu Jalan Sungai Lembing,kejap jer akan jumpa Muzium.Tapi,jenuh jugak perjalanan nak ke sana.Boleh tahan lama jugak baru sampai..Bila tiba jer kawasan Muzium Sungai Lembing tu terkejut jugak.Ingat dah jalan jauh2 mesti jumpa kawasan yang ala2 kampung gitu.Tapi kami jumpa Pekan kecil..Kawasan ni memang cantik dan kemas.Terjaga gitu,siap ada tempat penginapan untuk pelancong lagi.Sekali tengok dah macam kat Melaka gitu..(Alahai kita punya blog bukan blog travel,tak reti sangat la nak cakap bab2 ni hehehehe..)
Lepas parking kereta,terus masuk kat kaunter tiket..Tiket untuk masuk,cer teka cer teka berapa ringgit?? Heheehe tak yah teka la Lya bagitau,harga tiket untuk dewasa RM2 jer dan untuk kanak2 umur 13 tahun ke atas RM1..Jadi anak2 Lya tak perlu bayar tiket masuk kecuali Umi dan abah jer kena bayar RM4.Murah kan?? RM4 jer untuk masuk ke Muzium Sungai Lembing..
Pengembaraan bermula.Kami meneroka seluruh pelusuk Muzium.Sejarah Sungai Lembing,sejarah perlombongan dan macam2 lagi la.Duk kat dalam ni ibarat dah duduk kat zaman sejarah dulu kala rasanya.Macam2 benda yang kami dapat lihat secara dekat.Ada sesetengah alatan yang dipemerkan Lya pon tak pernah kenal apalagi anak2.Seronok juga sesekali mengenang sejarah Malaysia.Teringat pulak masa duk belajar kat sekolah menengah mengenai sejarah perlombongan biji timah kat Sungai Lembing ni..Kalau dulu kita baca buku sejarah tapi kali ni Lya dapat lihat sendiri semua sejarah yang berkaitan perlombongan biji timah di Sungai Lembing.Anak2 pun nampak enjoy jer meneroka kat dalam ni..
Dah puas duk meneroka kat dalam,masa untuk kita meneroka kat luar.Banyak juga yang menarik kat luar kawasan Muzium ni,tapi tak sempat nak terjah semua sebab hujan.Huhuhuhu.Terjah mana yang sempat jer laaa.Tetiba hujan turun.Hujan oh hujan !!!
Muzium Sungai Lembing,Kuantan Pahang
Kalau sahabat kebetulan ada kat Pahang atau memang orang Pahang..Lya cadangkan,jom pergi melawat Muzium Sungai Lembing.Memang best.Menarik dan dapat satu pengalaman berguna mengenai sejarah Sungai Lembing dan juga perlombongan biji timah.Hehehehe kita belajar sejarah la pulak.Duk layan yang moden jer,jalan2 kat Mall,jalan2 kat tempat baru jer.Sesekali jom kita ke tempat bersejarah.
36 Ulasan
Klu dah ke muzium ni. Kene singgah sungai pasir kubur. Dekat jer. Best sungai tu..
BalasPadamHehehe kat mana tuu ?? Tak kenal ..Kat sini pon baru pergi tak tahu pulak Sungai Pasir Kubu huhuhu...
PadamAde.. Sblum smpi ke muzium tu.. Trsorok sket..
PadamTak pernah sampai sini lagi.
BalasPadamBanyak ke lembing dalam sungai tu?
Hahaha tak tau la,Shikin ..Hehehe Mama Lya pon tak tahu la ada ke tak lembing kat dlm sungai tu hahahaha.
PadamHehehe..
PadamLama dah tak jenguk ke apa2 muzium. Last pergi pun masa sekolah menengah rasanya...skrg kalau cuti gemar lepak kat rumah.
BalasPadamHehehe Kak Lya pon hahaha ..Ni sebab anak2 yang nak pergi Umi abah ikut jer laaaaa..Cadangan anak2 ..
PadamTak pernah ke sana lagi... menarik juga ye Lya.. Thanks sharing. Salam Disember & salam ceria buat Lya sekeluarga.. :)
BalasPadamJom datang jalan2 kat sini pulak KK ..hehehe ......
PadamWah.. Aktiviti bermanfaat di musim cuti sekolah..
BalasPadamYa ..Sesekali melawat kat tempat bersejarah
Padambelajar sejarah sambil bergambar..hehe
BalasPadamHehehe ..suka sangat bab2 bergambar ..
Padamfirst time akak nak ke sini dulu,tiketnya berharga Rm30 untuk seorang dewasa.So,tak jadi masuklaa....lagi baik pergi mandi manda kat gambang resort.
BalasPadamDah turunkan harga tiket baguslah.kan...
Ya ke?? Lya tak tahu la dulu harga dia mahal hehe ..Tapi sekarang mmg RM2 jer utk dewasa dan kanak2 13 tahun ke atas RM1 ..
PadamMenarik lokasi ni... Tapi kenapa xde gambar2 yg memperlihatkan rupa dan keadaan muzium tu?
BalasPadamMenarik ..Tu la BM ..semua gambar kat dalam tu nampak gelap la tak cantik nak publish kat sini huhuhu..Kekadang ada pulak yang nampak mata tu bercahaya sebab suasana kat dalam gelap sikit huhuhu..........Sesetengah jer nampak cerah sikit ..
Padambesttt.. anis suke pegi muzium.. rayau situ satu hari suntuk pon boleh..hihi
BalasPadamMmg best ......
Padamtak pernah jugak sampai sini lagi :D
BalasPadamLain kali blh la datang sini Nani..
Padammcm best jer.. teringin jugak nk pergi sana...
BalasPadamBestt ..Jom jom ..
Padammurah tiketnye
BalasPadamYuppp ..Murah jer terkejut jugak harga murah camtu..
Padamayah NS pernah kerja sini
BalasPadamSeronok dpt kenali sejarah kan,
BalasPadamAsalam lya dan adik2 comel ..wah best kan jejalan bersama ibu..tu ha masuk blog kan best 1 malaysia dek tengok sure..tahniah
BalasPadamAsalam lya hadiah dah kirim tu tau harap cepat sampai ya
BalasPadamperlu mengenali sejarah sungai lembing dan perlombongan..cuti cuti perlu bawa anak anak bejalan paling kurang aktiviti riadah diluar atau berkelah
BalasPadamSeronok anak-anak jalan2 masa cuti kan..
BalasPadamsesekali pergi muzium ambil tahu tentang sejarah pun best jugak bawak anak anak..mesti anak anak kak lya seronok dapat berjalan cuti sekolah ni
BalasPadamcuti-cuti sekolah pasti anak anak nak berjalan-jalan
BalasPadamMemang seronok kalau dapat bercuti dengan anak-anak..:)
BalasPadamWow pasti sangat menarik kalau kesana..
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.