❤ Johan Anugerah Trofi Blogger 2014 By Etuza ❤

December 10, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Wah wah wah siap dapat trofi bagai..Menang apa ni ?? Ok jom baca kisah disebalik trofi ini.Hari ni baru Lya dapat sambung entri ni.Maklum la bila tiba musim cuti sekolah memang Lya sibuk sikit dengan anak2.Tambah pulak line internet bermasalah sejak seminggu dua ni.Jadi banyak entri TERSEMAT kat draf jer la.Sekarang ni ada masa dan line OK jadi Lya sambung menulis.


Yeyy trofi daripada Cikgu Etuza dah selamat Lya terima minggu lepas.Alhamdulillah selamat sampai tanpa apa2 kecederaan.Masih elok terletak takde yang rosak.Syukur syukur Ya Allah.

Nak citer camne Lya boleh dapat TROFI ni..Lya dapat trofi ni sebab join satu Cabaran yang telah diadakan di blog Pesona & Mustika,blog milik blogger Cikgu Etuza.Mula2 Lya sertai cabaran ni,kena buat satu entri mengenai PENCARIAN ANUGERAH TROPI UNTUK BLOGGER 2014 BY ETUZA.Bila dah siap buat entri,cabaran seterusnya Lya kena jawap soalan kuiz yang telah disediakan oleh Cikgu Etuza.Seramai 12 Blogger terlibat dalam pencarian ini termasuk Lya.Soalan kuiz yang dikemukakan adalah mengenai penulisan Cikgu Etuza di paparan blog Pesona & Mustika.Alhamdulillah Lya berjaya menjawap 10 soalan dengan TEPAT dan menjadi JOHAN untuk ANUGERAH TROPI UNTUK BLOGGER 2014 BY ETUZA.Alhamdulillah,sungguh tak sangka Lya berjaya menjadi JOHAN.


Inilah trofi yang dah selamat Lya terima..Macam biasa la model tak berbayar ni sentiasa ada untuk snap gambar.Hehehe 1,2,3 yehaaaaaa..Saya menang saya menang !!!!!.Sekeping gambar jer sempat snap sebab ini budak mood sudah lari ..Nasib jugakla gambar ni menjadi.Yeyyy dapat trofi la kita !!!!


Dapat sijil jugak tau.Alahai terharu sangat dengan kesungguhan Cikgu Etuza buat macam ni.Rasa sangat2 dihargai.Ya la kita salah seorang yang menyertai bila dapat HADIAH macam ni rasa TERHARU dan bangga jugak la.Lama dah tak dapat sijil dan trofi tup2 dapat dari kawan blogger nun dari Sabah sana.Alhamdulillah syukur.Lya akan simpan sebagai kenangan sampai bila2...Agak2 lepas ni ada lagi tak Anugerah Trofi camni Cikgu Etuza ???? 
Selain daripada trofi dan sijil,Lya dapat satu kotak minuman 5 in 1 Premix Instant Coffee with Ginseng and Ginkgo Biloba Extract,ELCAFE jenama Elken.Alhamdulillah murah rezeki Lya dapat banyak hadiah dari Cikgu Etuza.Terima Kasih daun keladi ya Cikgu Etuza.Pada sahabat Lya nak mengenali Cikgu Etuza yang peramah ni boleh KLIK blog Pesona & Mustika.

Ok itu saja untuk kali ni..Nanti kita corat coret lagi .
Happy Blogging ❤❤

Artikel Menarik yang Lain

54 Sahabat Setia

  1. siap trofi lagi tu..Tahniah Kak Lya

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Bagus betul Cikgu Etuza anjurkan something yang lain dari yang lain. Hadiah pun istimewa.

    From FAMF Tower

    ReplyDelete
  3. Tahniah berkali-kali. Asyik2 menang je ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tahniah lya...Farah tumpang happy untuk lya...

    ReplyDelete
  5. tahniah kak! elcafe tu sedap! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks CF..Kak Lya tak minum lagi hehehee

      Delete
  6. Tahniah kak. Hehehe. Kalau dapat 2 trofi dah nak minta dah tadi.

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak Lya , Alaa bestnya dapat hadiah lain dari lain .Siap dapat sijil lagi . ^^

    ReplyDelete
  8. Tahniah yer Lya... Banyaknye hadiah Cikgu Etuza bagi yer ^_^

    ReplyDelete
  9. Lya, maaf la lama tak singgah sini sebab phone zumal bermasalah. Charge asyik tak masuk, bila guna phone lama nak blogwalking pula tak dapat. Maybe tahun depan semua dapat diatasi. Hehe ^-^

    ReplyDelete
  10. Nampaknya menarik pesembahan Lya ni kemas lagi teratur. Lya murah rezeki ..ada ja hadiah dari blogger kan..inilah kelebihan berblog..kita team kuat di alam maya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulullah Cikgu Etuza suka..terima kasih ya Cikgu..

      Delete
  11. Uncle suka tengok post Akif ya...jadi lah anak yang baik ya akif...

    ReplyDelete
  12. uncle suka tengok akif pegagng tropi..jadi anak yang baik ya akif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terim kasih Uncle Etuza..doa2kan ya..

      Delete
  13. Wahh alhamdulillah tahniah Lya... bukan senang nak dpt trofi mcm tu. Kenangan berblogging yg menarik tu.. Tahniah lagi.. :)

    ReplyDelete
  14. semangat betul ye . tahniah kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat tak pernah luntur .tq Parihh

      Delete
  15. Hebatla Kak akak dpt byk hadiah Dari cikgu etuza, tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki akak Lya..thanks ya ..

      Delete
  16. Replies
    1. Haa aaa trofi lagi tuu ...rezeki ..ta Jia

      Delete
  17. bukan senang nak dapat award macam ni... hehe... tahniah kak lya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu Sha...bkn snang nak dpt ..bila dpt rasa dhargai..alhamdulillah rezeki..tq Sha

      Delete
  18. wahh siap trofi.. betul2 rase dihargai gitu.. tahniah kak lya :)

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah...tahniah Lya...^_^

    ReplyDelete
  20. Cikgu Etuza memang terbaik :), Tahniah kak Lya

    ReplyDelete
  21. Kita doakan cikgu Etuza murah rezeki.
    Aamiiin.
    Tahniah buat kak Lya juga.
    Cantik sijil designed by cikgu Etuza tu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.