Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sepertimana yang telah sedia maklum Lya adalah salah seorang daripada 34 peserta yang telah memenangi 2 utas Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk untuk dicuba dan seterusnya setelah menggunakan Bugslock gelang penghalau nyamuk ini Lya diwajibkan untuk membuat entri review untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.Boleh baca entri Lya kat SINI  dan pengumuman pemenang kat SINI .Terima kasih dari Lya untuk Blogger Mialiana dan juga Syarikat X Cube Enterprise Malaysia yang telah menganjurkan Giveaway Awesome ini.. Tq tq tq !!!

 Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk 


Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ?? Apa benda tu,tak pernah dengar pon sebelum ni mengenai Bugslock gelang penghalau nyamuk.Gadget barukah ini ?? Ha aaahhh untuk anda yang sedang tertanya tanya sendiri,Apakah dia Bugslock gelang penghalau nyamuk ini,Lya ceritakan sikit mengenainya kat sini.

Apa Itu Bugslock ???
Bugslock adalah gelang penghalau nyamuk yang menghalau nyamuk dengan menggunakan 100% aroma semulajadi daripada minyak serai wangi.Ianya merupakan produk berbentuk gelang yang di pakai pada pergelangan tangan atau pergelangan kaki mengikut kesesuaian pemakai.Produk ini adalah selamat dan diyakini kerana ianya diperbuat daripada 100% bahan bahan bukan toksik dan semua peringkat umur boleh menggunakannya termasuk bayi.Pakai Bugslock gelang penghalau nyamuk untuk mengelakkan diri dan keluarga anda terkena DENGGI !!!!. Mencegah lebih baik daripada merawat.


Cara Penggunaan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk
- Buka bungkusan pembalut Bugslock gelang penghalau nyamuk mengikut garisan putus putus yang telah dilakarkan pada pembalut.
- Buka zip lock dan dan keluarkan Bugslock gelang penghalau nyamuk.
- Boleh di pakai pada buku lali atau pergelangan tangan atau mana-mana tempat yang anda rasakan sesuai. 
- Selepas penggunaan letakkan kembali ke dalam pembalut asal apabila anda tidak menggunakannya.Jangan lupa zipkan kembali agar produk tidak dimasuki angin dan tercemar.
- Simpan Bugslock gelang penghalau nyamuk di tempat yang kering.

Jangkamasa Penggunaan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk
Bugslock gelang penghalau nyamuk boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam.Setelah menggunakannya anda hendaklah meletakkannya kembali kepada bekas asal dan memeterai dengan kemas agar tertutup rapat selepas anda selesai menggunakannya.


Sekarang ni musim hujan.Bila hujan memang banyak nyamuk kat kawasan perumahan Lya.Kalau waktu maghrib tak tutup pintu alamatnya memang berduyun duyun la nyamuk masuk.Bila menjelang waktu tidur dan Lya dah mula tutup lampu maka nyamuk mula lah bermaharajalela.Berdendang riang gembira mencari mangsanya.Tapi bagi Lya yang dewasa ni boleh tahan lagi tapi tidak anak kecil Lya,Akif memang tak dapat tidur kalau ada nyamuk walaupun seekor.Alamatnya tak tidur la dia kalau nyamuk duk menggigit.Kalau tak cari nyamuk tu hingga jumpa memang Akif tak tidur.Tapi sejak Lya pakaikan Bugslock gelang penghalau nyamuk ni kat tangan dan kaki Akif,alhamdulillah Akif dapat tidur lena tanpa gangguan nyamuk.Takde lagi nyamuk berkeliaran di sekeliling Akif kerana bau aromaterapi daripada Bugslock gelang penghalau nyamuk ini menyebabkan nyamuk takut nak mendekat.Dulu berani sangat menggigit anak kita sekarang ni baru tahu,nak dekat pon takut.. !!!! TAKUT LER TUUU ..


Lya pakaikan Bugslock gelang penghalau nyamuk ini pada tangan Akif.Akif kalau tidur tak suka pakai baju jadi nyamuk sangat suka kat dia.Berbanding kakak dan abangnya yang lebih suka pakai pakaian tidur.Ya laa bila tubuh dah terdedah nyamuk lagi la suka sebab tak perlu bersusah payah bila nak menggigit.Terus gigit kat badan yang sedia terdedah.Tapi sekarang tak lagi..NO NO NO NO.Nyamuk dah takut,nyamuk dah takut.Yeyyy nyamuk takut sebab adanya Bugslock gelang penghalau nyamuk setia menemani tidur Akif.Bila bangun tidur Akif cakap .. ("Umi,semalam Akif tidur bestt sangat,takde nyamuk macam selalu..'') .Umi cakap (Cuba tengok kat tangan Akif tu,haa aaa tu la dia Bugslock gelang penghalau nyamuk yang Umi pakaikan untuk Akif semalam..Sebab tu la nyamuk tak gigit Akif dah ..).Ni la ''cara mengusir nyamuk'' yang Umi gunakan untuk anak Umi.Sebenarnya Akif tak tahu Lya pakaikan gelang penghalau nyamuk untuk dia,Dia tak berapa suka dengan bau serai wangi,jadi Lya pakaikan gelang ni masa dia dah lena di ulit intan.Kalau sedar memang Akif tak mahu pakai.



Anak kedua Lya sangat sukakan aktiviti luar rumah,Biasanya Iman akan kepadang bersama kawan kawan bermain bola.Tetapi sejak dua menjak ni hujan selalu turun pada waktu petang jadi aktiviti ditangguhkan.Sesekali Iman suka keluar main2 kat luar rumah.Tengok pokok2 yang sedang membesar dan sesekali mengambil alih tugas abah mencabut rumput2 kat dalam pasu bunga.Aktiviti waktu petang begini mengundang nyamuk untuk mendekati.Tapi sejak Lya pakaikan Iman gelang penghalau nyamuk,syukur alhamdulillah nyamuk tak usik dia lagi.Nyamuk tak berapa nak layan Iman sebab bau aromaterapi kat tangan Iman tu buat nyamuk lumpuh.Kalau mendekat mati la nyamuk tu.Sebab tu la kot sekarang ni kalau keluar rumah memang takde nyamuk mendekati Iman.Nak buat aktiviti luar pon tak de la tergaru2 macam selalu.Sememangnya Bugslock gelang penghalau nyamuk adalah ''produk anti-nyamuk yang berkesan'' untuk ''elak kena gigitan nyamuk''.

Keberkesanan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Selepas Penggunaan 
Kesan yang dapat Lya simpulkan selepas menggunakan produk ini,Nyamuk dah tak nak dekat.Tak nak manja manja dah kat kita macam dulu dulu.Kalau dulu selalu la nak manja manja kat tepi kaki kat tepi telinga.Selalu duk menari nari duk menyanyi berdendang bagai kat tepi telinga.Tapi sekarang sejak dah TERHIDU aromaterapi dari Bugslock gelang penghalau nyamuk ni,dah tak nak datang dekat dah dengan kita..Dah tahu erti takut.Ha aa baru tahu takut.Selama ni berani sangat duk gigit orang,sekarang dah tak nak gigit dah sebab takut dengan BUGSLOCK ni.

Sememangnya Bugslock gelang penghalau nyamuk yang Lya dan keluarga gunakan sekarang ni adalah satu produk anti-nyamuk yang berkesan dan perlu dimiliki oleh setiap isi rumah.Inilah dia produk yang dicari cari selama ini untuk mengusir nyamuk.Bukan sahaja di dalam rumah malah Lya dan keluarga gunakan Bugslock gelang penghalau nyamuk saat beriadah di luar rumah pada waktu petang.Untuk mengelakkan diri anda terkena gigitan nyamuk Lya cadangkan dapatkan segera produk hebat dan berkesan Bugslock gelang penghalau nyamuk untuk seisi keluarga.Lya dan keluarga dah cuba dan ianya BERKESAN.Anda bila lagi nak mencuba?

Perbezaan Antara Bugslock Tulen & Tiruan 
Pembungkusan 
Tulen: Kerajang aluminium untuk kedua-dua sisi (tidak telus) 
Tiruan: satu bahagian adalah kerajang aluminium, bahagian lain adalah telus (tetapi tiruan tinggi akan menggunakan kerajang aluminium penuh) 

Bahan 
Tulen: 100% minyak semula jadi, tiada bahan-bahan kimia, tidak berbahaya untuk manusia. 
Tiruan: Boleh mengandungi bahan kimia (amina), yang berbahaya untuk manusia. 

Bahan Band 
Tulen: Dibuat oleh gentian mikro ultra, berasa kering apabila disentuh dan tidak bocor cecair berminyak. 
Tiruan: Lembap dan berminyak 

Kesan 
Tulen: Terkumpul sehingga 240 jam masa penggunaan bagi menghalau nyamuk
Tiruan: Tiada kesan,ada yang mempunyai kesan yang hanya dapat dikekalkan selama 1-2 hari, atau mempunyai kesan, tetapi ia meletakkan bahan kimia-amina. 

Bau
Tulen: mengandungi bau serai wangi asli (bagi menghalau nyamuk),walaupun mungkin tertumpu bau,tetapi ia benar-benar tidak berbahaya untuk bayi anda.Keselamatan Asli 
Tiruan: Penggunaan amina penghalau kimia, jadi ia tidak berbau.Kimia tidak berbau.

Keselamatan
Tulen: Ada pensijilan oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute untuk membuktikan bahawa ia tidak berbahaya untuk manusia. Dan telah didaftarkan di bawah Amerika Syarikat Agensi Perlindungan Alam Sekitar. 
Tiruan: Pemilikan bahan-bahan kimia yang berbahaya.

Bugslock yang dijual oleh Syarikat X Cube Enterprise Malaysia adalah 100% asli,100% aroma semula jadi dan tidak merbahaya kepada manusia.

SUMBER : KLIK SINI

Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 

Website : www.malaysiabugslock.com
Fanpage : https://www.facebook.com/gelangpenghalaunyamuk




Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway,sila klik SINI.


Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. memang terbaik kak lya dengan sekarang ini musim hujan. tentu banyak nyamuk membiak. bugslock melegakan ibubapa dari ancaman nyamuk

    BalasPadam
  2. Asalam Lya hadiah dah kirim ya..harap cepat sampai. Wah tahnia ya salah satu blog yang mentertainya...

    BalasPadam
  3. Asalam Lya hadiah dah kirim ya..harap cepat sampai. Wah tahnia ya salah satu blog yang mentertainya...

    BalasPadam
  4. Lya ok kah menghalau nyamuk ke, dah uji..pelik ya ada gelang penghalau pertama kali dengar..ada juga bertanya di blog tertentu tapi ..mybe etuza terlepas balasan komen dia..macam Keningau ada ke produk ni..kebun etuza memang banyak nyamuk..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum. Blog ni jadi bloglost Papaglamz. Pemilihan based on top komenter. Jom terjah www.papaglamz.com

    BalasPadam
  6. saya pakaikan kat kepala katil..heheh..sebab bau dia kuat sangt..tapi wngi..ehehe

    BalasPadam
  7. Comel selimut doraemon tu... hihi..
    Mesti seronok Akif sambil main dengan fokusnya.
    Anyway best of luck to you too ya..
    - Zaleha Awaluddin -

    BalasPadam
  8. perkongsian yang detail... good luck dear... =)

    BalasPadam
  9. Bagus produk ni.. mmg sesuai sgt dgn zaman sekarang. Tak merbahaya spt ubat2 nyamuk tu..

    BalasPadam
  10. Bestnya dapat bugslock ni kan ;D hehe

    BalasPadam
  11. Berkesan betul nampaknya.
    Tapi, susahlah kalau dapat yang tiruan pulak.

    BalasPadam
  12. Memang bagus guna Bugslock ni untuk menghalau nyamuk kan

    BalasPadam
  13. best pakai gelang ni,
    shad singgah dari segmen sama,
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/12/bugslock-gelang-penghalau-nyamuk.html

    BalasPadam
  14. Entri review yang sangat menarik. Boleh jadi laris Bugslock tu.. :)

    BalasPadam
  15. Salam... Terima kasih sudi berikan komitmen untuk review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2014/11/giveaway-bugslock-review-bugslock.html

    - Mia Liana -

    BalasPadam
  16. tahniah ya...

    http://www.mialiana.com/2014/12/pengumuman-pemenang-giveaway-bugslock.html

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.