Subsidi Petrol RON95 Dan Diesel Di Hapuskan Bermula 1 Disember 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Subsidi Petrol RON95 Dan Diesel Di Hapuskan Bermula 1 Disember 2014


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan, mengumumkan mulai 1 Disember, penetapan harga runcit RON95 dan diesel akan mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata,  tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam minyak.
Untuk itu, Hasan berkata, penetapan terbaharu harga RON95 dan diesel pada 1 Disember akan bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
   
Hasan berkata, harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak 1983.
   
Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu iaitu perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
   
Beliau memberikan contoh harga purata RON95 yang direkodkan pada pasaran dunia dari 1 hingga 19 November 2014 ialah RM2.27 seliter,berbanding harga di pam RM2.30.
   
Hasan berkata, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Dis nanti bergantung pada harga purata pasaran minyak dunia sepanjang November.
   
"Dalam hal ini kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 30 November dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember," katanya.

Hasan juga tidak menolak kemungkinan harga runcit RON95 pada Disember akan lebih rendah daripada harga semasa sekiranya harga pasaran minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan.
  
"Jika trend ini berlarutan adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM," katanya. Kepada satu soalan, Hasan berkata penetapan harga runcit RON95 dan diesel melalui kaedah pengapungan terkawal akan dibuat secara bulanan.
    
Beliau berkata, kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk berasaskan kos setiap masa, harga pasaran dunia dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.
  
"Kita akan pantau setiap hari harga di pasaran dunia tetapi kita ambil purata sebulan dan waktu itu kerajaan buat keputusan sama ada naik atau turun.
    
"Harga mungkin turun mungkin naik tetapi trend sejak bulan-bulan lepas stabil dan menurun," katanya.

Hasan berkata, kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel itu telah dilakukan oleh kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaannya.
  
"Langkah ini membuktikan hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia," katanya.
  
Ditanya sama ada pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal adalah muktamad,Hasan berkata kerajaan proaktif dan sensitif terhadap keadaan semasa berdasarkan harga pasaran dunia dan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
  
"Pendekatan kita adalah untuk meletakkan rakyat didahulukan. Jadi apa juga yang kita boleh jimat adalah untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

SUMBER : KLIK SINI

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. oo baru baca, demi untuk rakyat jangan terbeban nanti

    BalasPadam
  2. Ada terbaca semalam. Bg cik iput penghapusan subsidi ni amat memberi kesan. Coz cik iput berulang alik setiap hari 70 km ke tempat kerja....hukhuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu laa Cik Iput..Sabar ya ..Byk2 berdoa moga harga myk dunia jtuh merudum br la harga kt Malaysia pon jtuh ..

      Padam
  3. baru tahuu.. :) lama tak jalan sini tengok kak lya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala Nani ..Kak Lya pon lama tak jenguk..kdg2 tak sempat jenguk ..Maklum la ramai huhuhu..nak pergi komen semua mmg tak dpt sbb masa ..klau ada yg komen kak lya cuba terjah blk..Nani ..tq ingat Kak Lya lagi..

      Padam
  4. Mudah2an membawa kebaikan hendaknya...

    BalasPadam
  5. Kejap naik..kejap turun..
    Dalam masa yang singkat pulak tu.
    Feninn..

    BalasPadam
  6. Macam2 hal, seb bek tempat kerja dekat cuma nk ke bndr je la jauh cikit... nak kemana-mana pasni mmg b'kira la gamaknye..;-(

    BalasPadam
  7. Klo ye pon nk mansuhkn..buat la sedikit demi sedikit. Sakit kple yg dok isi minyak sllu neh. Depa mne isi..mmg la sdp je bckp..huhu
    Belog Miss Balqis

    BalasPadam
  8. wahh bagus ni moto dah la kuat mkan minyak . susahhh huhuu

    BalasPadam
  9. dok umah je lah jawabnya..kuar bila perlu...salam kenal lya

    iryantyahamad.blogspot.com

    BalasPadam
  10. hurmmm.. walaupun ayie masih bujng dan bawak motor je... tapi tetap terasa juga pasal minyk ini sebab ulng alik keje je dlm seminggu dah bape puluh habis.. adehhhh blom yg nek kereta lg..

    BalasPadam
  11. Walaupon bawak kete ulang alik kerja tp leh trase kott nk kene isi mnyak sllu..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.