Resepi Coklat Mousse Lazat Dan Sedap

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Pagi  Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...



Kadang2 waktu petang tak tahu nak masak apa untuk anak2. Boleh la cuba buat Coklat Mousse yang lazat dan sedap ni..Coklat Mousse ni nak buat dia mudah dan senang jer..Kalau nak jemput kawan2 datang makan pon takpe sebab cara nak buat tu senang sesangat ..Ok untuk sahabat Lya..meh sini Lya ajar camner nak buat Coklat Mousse 

Bahan-Bahan :
1 cawan whipped cream
2 biji telur (asingkan kuning dengann putih telur)
1/2 sudu serbuk nescafe  (bancuh dengan sedikit air)
250gm coklat masakan
1 sudu esen vanilla
Sesudu marjerin
5 sudu gula halus

Cara-Cara :
- Pukul whipped cream menggunakan mixer sampai kembang
- Dalam bekas yang lain,masukkan kuning telur dan gula.Kacau sampai telur tu bertukar menjadi jernih sikit. Lakukan dalam masa 3-4 minit.
- Ambil satu lagi bekas pastu cairkan coklat masakan dan marjerin dengan menggunakan teknik double boiler.Lepas coklat dah cair,masukkan serbuk nescafe yang dah dibancuh dengan air.
- Masukkan pula adunan kuning telur yang mula2 tadi tu ke dalam adunan coklat kita.Kacau sampai sebati dan panaskan kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler.Kejap sahaja,angkat dan ketepikan.
- Pukul putih telur dalam bekas lain sehingga kembang.
- Akhir sekali, gabungkan kesemua adunan (whipped cream, coklat dan putih telur).Kacau adunan sehingga sebati (Jangan terlebih kacau supaya tekstur mousse kita tak hilang). Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
- Sejukkan coklat mousse dalam peti ais selama 4-5 jam atau semalaman.Sedia untuk dimakan.Ok dah..selamat mencuba ya sahabatku sekalian ...


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Ohoii..menggoda2 coklat mouse tu kak Lya. Huhu

    BalasPadam
  2. Nampak macam senang nak buat, bahan-bahan pun tak banyak :)

    BalasPadam
  3. Bahan2 susah pulak nk membeli..if ade stock kt rumah ok gak buat ni

    BalasPadam
  4. nk cuba lah kak lya.. kene beli whipped cream dlu..

    BalasPadam
  5. bestnyee la . macam ice blend pasar malam pulak . cuma ni modern sikit

    BalasPadam
  6. wah sedap.....takut kawan-kawan tak mahu balik nanti

    BalasPadam
  7. sedapnya..tergoda tengok gambar tu

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.