❤ Jom Sihat Bersama Detox Water ❤

November 03, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Pagi Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Krik krik ..sebelum Lya pergi lebih jauh melayan Detox Water ni Lya nak tanya sahabat2 Lya kat sini,pernah dengar tak mengenai Detox Water??  Pada yang pernah dengar tu mesti tahu la kan apakebenda Detox Water ni ..Tapi bagi yang tak tahu,ni Lya nak bagitahu apa benda la Detox Water tu ya ??? 

Detox Water adalah campuran air kosong bersama buah-buahan segar tanpa ada sebarang tambahan perasa.Maknanya takde gula la dalam air tu ya.. Ianya sangat sedap di minum dengan rasa buah-buahan segar disamping dapat membuang toksin didalam badan anda...

Ha aaa dah tahu kan apa itu Detox Water..Ok,sekarang ni kita belajar buat Detox Water pulak ya..Senang dan kacang jer caranya..Nak kena ada bahan jer kat rumah dah boleh buat..Kalau takde bahan camnoo nak buat.. Cepat2 pergi beli !!!!!


Air Lemon dan Pudina
Bahan yang diperlukan ialah air kosong,daun pudina dan juga buah lemon.
Mula2 bersihkan daun pudina dan letakkan ia didasar jag air.Potong lemon menjadi kepingan nipis.Isi dengan air dan tinggalkan ia dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kemudian sedia untuk diminum !!!!!


Air Epal dan Kayu Manis
Bahan2 yang diperlukan ialah epal,kayu manis dan air kosong.
Letakkan hirisan epal kedalam jag air dan tambahkan kayu manis. Potong buah epal dan masukkan sekali..Ok dah siap boleh masukkan ke pti ais..Sedia untuk di minum..


Air Strawberi
Sangat mudah dan senang disedikan..Hanya potong beberapa biji buah strawberi dan tambahkan air dan juga ais.Boleh juga ditambahkan dengan sedikit daun pudina..Ok dah siap..Sedia untuk diminum..


Air Tembikai
Hanya perlu potong buah tembikai menjadi kepingan kecil dan tambah sedikit daun pudina juga ketulan ais. Dah siap .. Apalagi jom minum ... !!!

Selamat Mencuba Sahabat !!!!!!!!!...

Artikel Menarik yang Lain

30 Sahabat Setia

  1. bila lya post ni teringat...alamakkk...minggu ni tak detoks lagi...hik hik hik... thanks lya sebab ingatkan...

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah buat lagi..tapi ramai yang dah buat kan..

    ReplyDelete
  3. Bagus ni.. bukan shj menyihatkan, tp menyelerakan especially tengok tngh2 hari ni.. dahaga pulak.. :D

    ReplyDelete
  4. semalam dalam nona, dia ada kongsikan....^_^

    ReplyDelete
  5. Boleh cuba buat ni, air ni bagus untuk badan :)

    ReplyDelete
  6. Sblm prgnant dok mnum ni la konon nk kuruih...
    Hehehehe...

    ReplyDelete
  7. bagus ada benda2 fresh mcm ni kak. klo ada bahannya senang nak buat. dekorasi nampak cantik n buat tekak tetibe rs haus

    kak nak tanye, akak online pakai hp ker? setiap kali akak masuk blog sy, ada gangguan tak? macam link wassap tu? coz ada yg pembaca bgtau ada link wassap keluar.

    sy ada test gak sebelum ni guna tablet, ok, xde masalah. cuma belum buka blog guna hp. akak online pakai hp ke?

    ReplyDelete
  8. sedapnya...siapa sangka ringkas macam ni tapi ada khasiatnya

    ReplyDelete
  9. memang segar bila minum detok ni..bagus bah

    ReplyDelete
  10. Lya kena tunggu hadiah tau...pasti ada tu jika tak ada masalah. Ni lah masa amat terbatas..tak sempat ada ja tugasan lain..akan segera di poskan ya..

    ReplyDelete
  11. Assalam,

    owh! senang jer yer...nanti boleh buat, kat rumah bunda ni ada buah jambu batu...boleh tak buat dengan buah jambu ni?...
    Salam ukhuwah dari bunda...

    ReplyDelete
  12. Sedap nya air tembikai tu... Tembikai laici.. fuhhh lg sedap..

    ReplyDelete
  13. menyegarkan bila minum time panas-panas ni..

    ReplyDelete
  14. dahaga pulak tengok . kalau la boleh minum sekarang ^^ huhuu

    ReplyDelete
  15. dalam gambar nampak sedap...tapi bila buat sendiri macam tak nampak sedap kak lya acaner ni

    ReplyDelete
  16. Memang nampak mengeliurkan...kalau ikut cara resepi tu memang sedap sebab buah2an tu pun dah manis terutama tembikai...takot2 nanti buahnye aje yang dimakan air masih ada banyaklagi..em alahai..

    ReplyDelete
  17. Lya x trbuat lgi..msti kna buat juga

    ReplyDelete
  18. Za baru taw kak pasal detox water ni..nak try lah nanti..

    ReplyDelete
  19. Pernah tgk kat blog someone.
    Tapi x pernah try lah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.