Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Tengah Hari Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Tengah hari ni baru berkesempatan buka Mr Google ..Aik aik aik terpandang NO 10 ngan baju belang2 hitam kuning kat Google Search . Pemain Malaysia ni ..tapi siapakah dia ?? Jom kita kenali siapakah beliau ..
Berjersi no 10 adalah Allahyarham Mokhtar Dahari .. Hari ni 13 November 2014 adalah hari lahir allahyarham yang ke 61.
Sedikit Mengenai Allahyarham Mokhtar Dahari
Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.
Biodata Mokhtar Dahari
Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB).
- MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
- PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
- MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
- KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
- KAPS: 167
- GOL PIALA MALAYSIA: 177
- GOL ANTARABANGSA: 125
- JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
- PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
- ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976.
Al Fatihah buat Allahyarham ..
18 Ulasan
info yang menarik ni sis..tq tau? legend ni..
BalasPadamAl-Fatihah..sedekah untuk arwah.
BalasPadamTapi Malaysia kalah malam tadi.. Tetibe... Huhuhu
BalasPadamJom terjah entri baru papaglamz
Tipsglamz l#l Cara teguran yang kelas untuk isteri daripada suami
http://www.papaglamz.com/2014/11/tipsglamz-ll-cara-teguran-yang-kelas.html?m=1
lagenda yang belum ada galang ganti. Al fatihah.
BalasPadamalfatihah..
BalasPadamAl fatihah
BalasPadamAl fatihah.. doa yang baik-baik untuk arwah
BalasPadamhebat Arwah MD ni..harimau mati tinggalkan belang...manusia mati meninggalkan nama..
BalasPadamAlfatihah untuk arwah..
Al-fatihah moga rohnya sntiasa d cucuri rahmat
BalasPadamAlfatihah buat arwah Mokhtar Dahari
BalasPadamal-fatihah .
BalasPadamAl fatihah
BalasPadamInnalillahiwainnailaihiraji'un.
BalasPadamBaru tau ni siang tadi.
Al-Fatihah untuk arwah..
BalasPadamSemoga generasi kini & seterusnya sentiasa menghargai arwah.. Al Fatihah... aamiin.
BalasPadamLegend nii..
BalasPadamalfatihah..
BalasPadamjasamu dikenang..al fatihah...
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.