❤ Definisi Halal Dan Cara Mengenali Logo Halal Malaysia ❤

November 05, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Petang Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Definisi Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

- Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
- Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
- Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
- Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Cara-Cara Mengenali Logo Halal Malaysia Yang Original
Logo Halal Malaysia bermaksud logo yang hanya dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN. Hanya logo Halal ini sahaja yang diperakui dan diiktiraf di Malaysia mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. Logo-logo selain dari logo Halal Malaysia ini adalah tidak sah atau tidak boleh digunapakai sama sekali seperti yang termaktub di dalam Akta Perihal Dagangan 2011.

Logo-logo Halal yang ditanda 'FAKE' itu sama ada dikeluarkan oleh syarikat swasta,buatan sendiri,tidak memenuhi spesifikasi & juga logo Halal sebelum, diselaraskan adalah palsu & tidak diiktiraf.

Logo Halal
- Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM mengandungi:
- Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
- Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
- Diikuti tulisan rumi “HALAL”;
- Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
- Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.


Sumber: KLIK SINI 


Artikel Menarik yang Lain

16 sang pencerita

  1. asalam..memang betul sebagai muslim dan muslimah label halal kita kena utamakannya..sangat penting agar tak wujud was2..

    ReplyDelete
  2. Zumal hairan kekadang ada syarikat kata kami tak guna logo jakim sebab produk kami pasaran antarabangsa... macam la logo jakim tu tak diterima negara lain. Sedangkan kat negara lain pakai 1 logo rasmi je boleh jual kat Malaysia gak...

    ReplyDelete
  3. Mcm2 cop halal ade...
    Ayu snng ase was2 takyah beli da..
    Heheheh

    ReplyDelete
  4. Kekdg was2 juga da brmcm jns

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg bermanfaat utk pengetahuan bersama.. T kasih atas perkongsian Lya..

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak lya.. kita x boleh ambil mudah bab ni.. makanan tu jd darah daging kita..

    ReplyDelete
  7. Memang banyak sangat logo halal yang dijumpai.

    ReplyDelete
  8. Logo ni mudah sangat ditiru. Lepas tu kena print sekecil kuman. Memang macam-macam cara nak menipu..

    ReplyDelete
  9. Ada jugak ambik logo halal, sedangkan tak halal. Yang tu ana tak paham kenapa. Banyak sangat rasuah kat Malaysia ni. Hmm

    ReplyDelete
  10. byk betul yg logo halal fake... hishh..

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..