❤ Bacaan Doa Harian Anak Anak Pasti Al Jihadi ❤

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Alhamdulillah ..Tadi Lya ada UPLOAD video Akif dan kawan2 baca doa harian masa Hari Ihtifal & Konvokesyen kat Pasti Al Jihadi..Ni pertama kali Lya masukkan video kat You Tube..Selama ni tak pernah lagi masukkan video..Jom layan video Bacaan Doa Harian Anak Anak Pasti Al Jihadi .Kita tengok siapakah yang paling kuat sekali baca doa ...........

Doa Harian



Doa Masuk Tandas ( Bilik Air ) 


Allahumma Inni A'uu zubika minal khubusi wal hobaiz
Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan-syaitan.

Doa Keluar Tandas ( Bilik Air )


Alham dulillah Hil Lazi Azhaba Anil Aza Wa Aafani.
Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkan diriku.

Doa Untuk IbuBapa 


Robbir firli waliwalidayya,warhamhumma kama robbayani soghiro.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Doa Selepas Makan


Alhamdulillahilladzii ath’amanaa wa saqaanaa wa ja’alanaa minal muslimiina.
Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami tergolong dalam orang-orang muslim. 

Doa Naik Kenderaan

Subhanallazi sakhorolana ha zha wama kunna lahu mukriniin.Wainna ila rabbina lamungkolibuun.
Maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya, dan kepada Allah kami kembali. 

Doa Sebelum Tidur 


Bismikallahumma ahya wa amuut.
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati 

Doa Bangun Tidur


Alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur.
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan (tidur) kami dan kepadaNya kami akan kembali. 

Doa Sebelum Makan


Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar.
Ya Allah barakahkanlah kepada kami apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari api neraka. 

Kredit Gambar : Mr Google 

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. bagus didikan dekt PASTI..
    pelbagai doa diajar kepada adik2 yg kecil..
    dunia dan akhirat sama2 seimbang..

    BalasPadam
  2. doa asas harian yang perlu diamalkan ...

    BalasPadam
  3. Bijak semuanya..saya singgah kak Lya..:D

    BalasPadam
  4. banyak doa2 amalan boleh diamalkan... latih dari kecik... sha dah kosong bab doa harian ni.. sobss...

    BalasPadam
  5. bagusnya.. doa2 macam ni memang anak anak kena amalkan :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. semoga dijadikan amalan kita semua juga... aamiin.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. semoga dijadikan amalan kita semua juga... aamiin.

    BalasPadam
  8. Insha Allah... Sedang latih si kakak dgn doa2 harian juga..

    BalasPadam
  9. Bagus kan...tak sangka abe banyak hafal doa sekali dengan tafsiran hasil pengajaran cikgu PASTI.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.